EFS : Bantuan Bayi Baru Lahir Sarawak RM1000

Permohonan Endowment Fund Sarawak (EFS), dana insentif bantuan bayi baru lahir Sarawak RM1000,boleh dimohon menerusi Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak.Pemberian RM1,000 kepada setiap kelahiran anak Sarawak, dalam bentuk simpanan bermula tahun 2019 tanpa mengira bangsa, agama atau status sosio-ekonomi.

Cara permohonan, semakan status dan syarat kelayakan adalah seperti di bawah.

Endowment Fund Sarawak (EFS) Insentif Bantuan Bayi Baru Lahir Sarawak

efs bantuan bayi baru lahir sarawak rm1000

Dana ini adalah bertujuan untuk membantu anak-anak Sarawak sebagai persediaan bagi melanjutkan pelajaran ke pengajian tinggi, memulakan karier atau sebagai modal kecil perniagaan.

Baca juga : Bantuan Ibu Bersalin Sarawak RM450

Syarat Kelayakan

Syarat-syarat kelayakan adalah seperti berikut:

  • (i) Warganegara Malaysia;
  • (ii) Lahir di Sarawak atau di luar Sarawak;
  • (iii) Kedua-dua atau salah seorang ibubapa pemegang MyKAD berstatus ‘K’; dan (iv) Permohonan dibuat semasa pendaftaran kelahiran atau dalam tempoh satu (1) tahun selepas kelahiran.
  • (v) Bagi kategori anak angkat:
    • a) Kedua-dua atau salah seorang ibu bapa angkat pemegang MyKad berstatus ‘K’; dan
    • b) Mempunyai Sijil Pengangkatan Anak yang sah.

Cara Mohon

Pemohonan boleh dibuat di kesemua 52 cawangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Negeri Sarawak dengan membawa borang permohonan EFS yang disertakan dengan dokumen yang lengkap seperti

  • Salinan sijil lahir bayi yang telah disahkan oleh pegawai JPN,
  • Salinan MyKad ibu atau bapa berstatus ‘K’ yang telah disahkan oleh pegawai JPN atau
  • Salinan cetakan biometrik ibu atau bapa berstatus ‘K’ yang telah disahkan oleh pegawai JPN.
  • Borang EFS yang diisi lengkap

Semakan Status Permohonan

Semakan status permohonan boleh dibuat dalam 14 hari waktu bekerja tertakluk kepada kelengkapan dokumen yang dihantar kepada JPN Negeri Sarawak

Soalan Lazim

Anak saya telah dilahirkan di Johor, adakah anak saya layak untuk mendapat?

Ya, sekiranya kelahiran berlaku di negeri-negeri lain di Malaysia, borang permohonan EFS yang diisi lengkap dan dokumen sokongan seperti berikut perlu dikemukakan ke Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara, Negeri Sarawak dalam tempoh masa setahun dari tarikh kelahiran anak.

a) Salinan sijil lahir bayi yang telah disahkan oleh pegawai JPN;
b) Salinan MyKad ibu atau bapa berstatus ‘K’ yang telah disahkan oleh pegawai JPN atau
c) Salinan cetakan biometrik ibu atau bapa berstatus ‘K’ yang telah disahkan oleh pegawai JPN.

Anak saya telah dilahirkan di luar negara, adakah anak saya layak untuk mendapat?

Ya, bagi kelahiran di luar negara, kelahiran perlu didaftar di Pejabat Kedutaan Malaysia bagi mengesahkan ibu bapa memilih kewarganegaraan Malaysia bagi anak tersebut sebelum menghantar permohonan ke Jabatan Pendaftaran Negara, Negeri Sarawak dalam tempoh 1 tahun. Sila lampirkan salinan sijil lahir bayi yang telah disahkan oleh pegawai JPN, salinan MyKad ibu atau bapa berstatus ‘K’ yang telah disahkan oleh pegawai JPN atau salinan cetakan biometrik ibu atau bapa berstatus ‘K’ yang telah disahkan oleh pegawai JPN.

Anak saya telah meninggal dunia pada umur 15 tahun, adakah saya dibenarkan untuk mengeluarkan Endowment Fund Sarawak (EFS) tersebut?

Ya, dibenarkan. Sekiranya anak itu meninggal dunia sebelum mencapai umur 18 tahun, waris boleh mengeluarkan EFS bagi tujuan pengurusan jenazah dengan mengemukakan sijil kematian asal dan MyKad ke cawangan Bank Islam berdekatan.

Apakah prosedur yang diperlukan untuk mengeluarkan Endowment Fund Sarawak (EFS) setelah anak saya mencecah umur 18 tahun?

Apabila penerima atau akaun telah genap 18 tahun, penerima boleh mengeluarkan EFS dengan mengemukakan MyKad di cawangan Bank Islam yang berdekatan.

Adakah saya layak untuk memohon Endowment Fund Sarawak (EFS) untuk bayi saya sekiranya saya masih di bawah umur 18 tahun atau muflis?

Ya, layak untuk memohon Endowment Fund Sarawak (EFS) untuk bayi anda dengan syarat ibu atau bapa kepada bayi melantik legal guardian untuk urusan permohonan. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Urus Setia EFS.

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai EFS Bantuan Bayi Baru Lahir Sarawak, anda boleh hubungi +6082-442050 (Isnin hingga Jumaat, 8.30 pagi hingga 5.30 petang) atau anda juga boleh layari website https://isarawakcare.sarawak.gov.my/

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!