Bantuan Kebajikan iSejahtera 2022 Pulau Pinang
Bantuan Kebajikan iSejahtera 2022 Pulau Pinang ~ Sukacita dimaklumkan bahawa bantuan Kebajikan iSejahtera untuk warga Pulau Pinang kini dibuka untuk permohonan.
Bantuan tahunan ini disasarkan untuk membantu kebajikan warga Pulau Pinang yang terdiri daripada golongan seperti berikut :
- Warga Emas
- Orang Kurang Upaya (OKU)
- Ibu Tunggal
- Suri Rumah
- Bayi Berumur 2 tahun ke bawah
Syarat-Syarat Asas Permohonan
Warga Pulau Pinang yang berminat untuk memohon perlulah menepati syarat-syarat permohonan seperti berikut :
- Warganegara Malaysia
- Pemohon mestilah pengundi di Pulau Pinang (kecuali bagi Program Bantuan OKU).
Pemohon boleh rujuk pada syarat-syarat permohonan bagi setiap kategori bantuan di pautan berikut :
https://isejahtera.penang.gov.my/syarat.php
Kadar Bayaran iSejahtera 2022
Butiran bagi kadar bayaran iSejahtera mengikut kategori adalah seperti berikut :
Bayaran Satu Kali Setahun
- Program Penghargaan Warga Emas : RM 150
- Program Bantuan Ibu Tunggal : RM 100
- Program Ibu Emas : RM 100
- Program Bantuan OKU : RM 150
Bayaran secara One-Off
- Program Anak Emas : RM 200
- Khairat Kematian : RM 1,000
Bayaran iSejahtera Fasa 1/2022
Untuk makluman, bayaran iSejahtera akan dikreditkan secara berperingkat bermula 25 Januari 2022.
Pemohon dinasihatkan untuk semak status bayaran melalui sistem iSejahtera .
Permohonan Baru dan Semakan Status Untuk Bantuan iSejahtera 2022
Pemohon boleh ikuti langkah seperti di bawah untuk tujuan permohonan baru dan semakan status bantuan iSejahtera :
- Klik Permohonan iSejahtera
- Masukkan nombor kad pengenalan
- Tekan Semak/Mohon.
Log Masuk Pemohon
Pemohon yang telah mendaftar boleh log masuk dengan cara berikut :
- Klik Login
- Masukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan
- Tekan Login
Panduan Sistem iSejahtera
Pemohon boleh ikuti panduan lengkap bagi penggunaan sistem iSejahtera 2022 seperti di pautan di bawah :
Muat Turun Borang
Berikut merupakan pautan bagi borang untuk bantuan iSejahtera 2022 :
BORANG PENGEMASKINIAN MAKLUMAT EFT I SEJAHTERA
BORANG PERMOHONAN PERLANTIKAN ATAU PERTUKARAN WARIS
BORANG PERMOHONAN SUMBANGAN PENGURUSAN JENAZAH DAN KEMATIAN
Maklumat Lanjut
Untuk keterangan lanjut, anda boleh rujuk Soalan Lazim (FAQ) bagi bantuan iSejahtera 2022 di pautan di bawah :
https://isejahtera.penang.gov.my/faq.php
Pemohon juga boleh layari laman sesawang iSejahtera di laman web https://isejahtera.penang.gov.my/hubungi.php atau hubungi Pejabat Masyarakat Penyayang di talian 04-650 5699 untuk keterangan lanjut mengenai bantuan iSejahtera Pulau Pinang.