Inisiatif Sukan Rahmah – Tawaran Diskaun 30% Alatan Sukan

Promosi diskaun inisiatif sukan rahmah sehingga 30% di AEON BiG yang terpilih bagi pembelian lebih 100 jenis peralatan sukan dan pakaian dalam tempoh promosi bermula dari 1 Ogos – 14 Oktober 2023.

Selain daripada program-program di bawah jenama RAHMAH yang telah di usahakan oleh mantan Menteri KPDNKK Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub, seperti Menu Rahmah yang menyasarkan kepada makanan mampu milik.

Inisiatif Sukan Rahmah pula adalah menyasarkan untuk menggalakan agar rakyat dapat memiliki peralatan sukan dengan harga Rahmah

Program inisiatif sukan rahmah ini telah di sempurnahkan pelancarannya oleh Menteri Belia dan Sukan YB Hannah Yeoh di AEON BiG Klang pada 1 Ogos baru-baru ini.

Apa Itu Inisiatif Sukan Rahmah

Inisiatif Sukan Rahmah adalah kesinambungan kepada program-program di bawah payung Rahmah. Objektif utamanya adalah bagi memastikan tiada rakyat Malaysia yang tercicir, akibat isu kos sara hidup dalam bidang sukan.

Menurut YB Hannah Yeo program ini adalah bagi membantu kanak-kanak dan golongan B40 yang ingin bersukan, tetapi mungkin mempunyai kekangan kewangan bagi mendapatkan peralatan sukan, dengan itu diharap inisiatif ini mampu untuk mengurangkan sedikit beban dan bagi membolehkan golongan ini membeli peralatan sukan dan sama-sama bersukan

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyokong usaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), agar usaha ‘Rahmah’ ini diteruskan.

Inisiatif Sukan Rahmah

Tempoh Promosi

Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan diskaun khas pembelian alatan sukan ini, diskaun Inisiatif Sukan Rahmah ini bermula dari 1 Ogos hingga 14 Oktober 2023 di cawangan-cawangan AEON BiG terpilih.

Orang ramai boleh mendapatkan diskaun bermula 10% sehingga 30% bagi pembelian peralatan dan pakaian sukan dari 100 jenis item yang ditawarkan sepanjang tempoh promosi ini berjalan.

Inisiatif Sukan Rahmah

Senarai Peralatan Sukan

Berikut antara beberapa jenis peralatan dan pakaian sukan yang boleh didapatkan dengan harga diskaun di AEON Big terpilih antaranya ;

  • Peralatan Yoga
  • Rangkaian aksesori /peralatan kecergasan
  • Rangkaian bols sepak & bola keranjang
  • Badminton raket
  • Basikal 12inci model 1204
  • Basikal 16inci model 1600
  • Gy Helmet dewasa / Helmet kanak-kanak dengan set perlindungan
  • SH Kolam
  • Papan Renang
  • Bra sukan wanita
  • Baju sukan
  • Seluar sukan

Untuk mendapatkan maklumat dan promosi diskaun senarai peralatan sukan Insiatif Sukan Rahmah anda boleh layari https://aeonbig.com.my/

Selain daripada AEON Big, YB Hannah Yeoh juga menggalakkan lebih banyak pasar raya untuk tampil bagi menyahut seruan kerajaan untuk sama-sama membantu masyarakat dari golongan yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan peralatan sukan dengan harga yang murah.

Maklumat Lanjut

Untuk kaklumat lanjut berkaitan Inisiatif Sukan Rahmah juga anda boleh dapati di laman web Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di https://www.kbs.gov.my/

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!