Permohonan Geran Agropreneur Muda 2023

Geran Agropreneur Muda 2023 Dibuka Sepanjang Tahun (Percuma)

Sebuah inisiatif untuk mengalakkan golongan muda bergiat aktif dalam bidang keusahawanan agro telah diperkenalkan.

Untuk mengetahui lanjut tentang Geran Agropreneur Muda 2023 berikut adalah perkongsiannya.

Apa itu Geran Agropreneur Muda?

Geran Agropreneur Muda

Geran Agropreneur Muda adalah sebuah program yang diasaskan untuk membantu golongan muda yang berumur di antara 18 hingga 40 tahun terlibat dalam bidang keusahawanan agro.

Program ini sudah mula diperkenalkan sejak tahun 2016 lagi dan berjaya memberi manfaat lebih daripada 8,000 orang penerima bantuan geram dan pembiayaan.

Objektif Program Agropreneur Muda

Program Agropreneur Muda ini ditubuhkan dengan membawa objektif seperti yang berikut:

  1. Menarik golongan muda berumur di antara 18 – 40 tahun untuk menceburi bidang pertanian.
  2. Mengubah persepsi golongan muda terhadap sektor pertanian sebagai industri yang berdaya maju.
  3. Meningkatkan pendapatan agropreneur muda melalui peningkatan produktiviti pengeluaran, kualiti produk dan penggunaan teknologi dan inovasi serta penyediaan pasaran yang kompetitif.
  4. Menjadi industri agromakanan sebagai bidang kerjaya pada masa depan yang mampu menjana pendapatan yang mampan.

Skop program yang ditawarkan

Terdapat empat sektor utama yang ditawarkan iaitu:

1. Tanaman – (fertigasi, cendawan, ternakan kelulut / lebah madu, sayuran, buah-buahan, tanaman nanas, tanaman hidroponik)

2. Perikanan – (Akuakultur, penangkapan ikan, pembenihan, ikan hiasan, perkhidmatan sokongan dan input perikanan)

3. Ternakan – (Ternakan ruminan seperti lembu / kambing / kerbau / rusa, ternakan bukan ruminan selain unggas seperti arnab, ternakan unggas seperti ayam / itik / puyuh, perkhidmatan sokongan dan input makanan)

4. Industri makanan dan asas tani – (produk industri makanan dan asas tani, karavan tani / food truck / mobile food kiosk)

5. Agroteknologi – (sistem penanaman pintar seperti smart farming)

Syarat-syarat kelayakan pemohon

Untuk syarat-syarat kelayakan pemohon dan jumlah siling kelulusan, berikut adalah maklumat lengkap yang boleh anda rujuk:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Individu berumur di antara 18 hingga 40 tahun; dan
  3. Boleh membaca, mengira dan menulis.

Syarat Tambahan Permohonan Geran

  1. Individu yang baru memulakan projek WAJIB mengikuti kursus/ latihan teknikal yang dianjurkan atau diikitiraf oleh Jabatan/ Agensi di bawah Kementerian atau yang diiktiraf oleh Kementerian; 
  2. Individu yang telah mempunyai projek sedia ada perlu mendapatkan perakuan dari Jabatan/ Agensi pembimbing bagi DIPERTIMBANGKAN untuk DIKECUALIKAN dari mengikuti kursus/ Latihan teknikal di bawah Kementerian atau yang diiktiraf oleh Kementerian;
  3. Individu yang baru memulakan projek dan berkelulusan Sijil/ Diploma/ Ijazah dari institusi pendidikan yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) atau Institut Latihan di bawah Kementerian berkaitan projek pertanian yang dipohon boleh dipertimbangkan untuk DIKECUALIKAN daripada mengikuti program latihan teknikal;
  4. Individu yang berpendapatan bersih kurang dari RM5,000.00 sebulan layak untuk memohon bantuan GAM; 
  5. Individu yang mempunyai tanah berstatus pertanian atau premis sedia ada untuk pelaksanaan projek (milikan sendiri, sewaan atau diberi kebenaran oleh pemilik).
  6. Pemohon yang memohon GAM digalakkan berdaftar dengan SSM atau Lesen yang berkaitan untuk projek yang dipohon;dan
  7. Permohonan dianggap gagal sekiranya tiada maklum balas diterima dalam tempoh tiga (3) bulan.

Jenis bantuan yang akan diterima

Terdapat dua jenis bantuan yang boleh anda terima. Antara bantuan yang boleh anda terima adalah seperti berikut.

1. Geran Agropreneur Muda (GAM) – Bantuan daripada Kerajaan kepada agropreneur muda bagi membantu mereka meminimakan kos kewangan dalam menjalankan perniagaan.

2. Khidmat Nasihat Teknikal dan Latihan – Program khidmat nasihat dan latihan secara intensif yang bersesuaian melalui program-program yang dilaksanakan oleh jabatan/agensi atau syarikat.

Tarikh permohonan Geran Agropreneur Muda

Tarikh permohonan geran ini dibuka sepanjang tahun.

Cara untuk memohon

  1. Layari laman web rasmi LPP Bahagian Pembangunan Usahawan
  2. Klik pada bahagian Borang Pembangunan Keushawanan Lembaga Pertubuhan Peladang atau Klik Di Sini
  3. Pilih “Program Geran Entrepreneur Muda GAM” sebagai permohonan utama.
  4. Isi semua maklumat yang diminta dengan lengkap dan klik butang “Submit”.

Senarai borang yang diperlukan

Berikut adalah senarai borong yang boleh anda muat turun berdasarkan kepada proses-proses permohonan.

Peringkat Pendaftaran dan Permohonan (Geran)

Lampiran 1 – Penyediaan Rancangan Perniagaan

Lampiran 2 – Borang Permohonan UAM

Lampiran 3 – Borang Permarkahan Permohonan Geran

Lampiran 4 – Borang Permohonan Peluang Kedua

Lampiran 5 – Borang Penilaian Permohonan Geran Agropreneur Muda

Peringkat Pembekalan

Lampiran 5 – Borang Permohonan Pertukaan Spesifikasi GAM

Lampiran 6 – Borang Permohonan Pelanjutan Tempoh Serahan Dokumen Sebut Harga Bagi GAM

Lampiran 7 – Borang Penilaian Sebut Harga Pembekalan GAM

Lampiran 8 – Borang Permohonan Pelanjutan Tempoh Pembekalan GAM

Lampiran 9 – Borang Permohonan Pembatalan Pembekal GAM

Peringkat Pembayaran

Lampiran 10 – Borang Tuntutan Pembayaan Geram Agropreneur Muda

Lampiran 11 – Surat Akur Janji

Peringkat Pemantauan

Lampiran 12 – Borang Laporan Pemantauan

Maklumat lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut yang berkaitan dengan geran ini, anda boleh menghubungi pada talian berikut:

  • Telefon: 03-26109600
  • Faks: 03-26970987

Atau boleh juga rujuk pada Lembaga Pertubuhan Peladang melalui alamat dan pautan berikut:

Anda juga boleh baca informasi kami yang lain mengenai permohonan geran dan bantuan 2023:

Diharapkan semoga perkongsian kami mengenai Bantuan Geran Agropreneur Muda ini dapat memberikan anda semua informasi yang bermanfaat.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!