Permohonan Skim i-Bermusim Hijrah Selangor
Permohonan Skim Pembiayaan i-Bermusim,Hijrah Selangor 2022 telah dibuka. Melalui skim ini,telah berjaya membantu ramai usahawan di Negeri Selangor untuk mendapatkan modal perniagaan bagi menjalankan aktiviti perniagaan di musim perayaan atau musim buah-buahan.
Pembiayaan sehingga RM20,000 ditawarkan oleh Hijrah Selangor melalui Skim ini amat membantu para peniaga bagi menjalankan aktiviti perniagaan terutma pada musim perayaan yang bakal tiba.
Skim ini TERBUKA untuk:
- Pernigaan Musim Perayaan
- Perniagaan Musim Buah-Buahan
Pembiayaan Skim i-Bermusim adalah satu inisiatif baru yang diperkenalkan oleh
Hijrah Selangor untuk membantu usahawan di Negeri Selangor yang memerlukan
modal pembiayaan sehingga RM20,000 untuk mengembangkan aktiviti perniagaan bermusim dengan lebih pesat.
Skim i-Bermusim Hijrah Selangor
Skim ini baru sahaja di diwujudkan oleh Hijrah Selangor. Fokus utama kerajaan negeri Selangor menerusi skim ini, adalah bagi membantu dan menggalakkan menjalankan aktiviti perniagaan di musim perayaan atau musim buah-buahan
Jumlah pembiayaan
Hijrah Selangor memberikan bantuan pembiayaan sehingga
RM20,000 kepada usahawan yang memerlukan modal untuk menjalankan aktiviti perniagaan di musim perayaan atau musim buah-buahan
Syarat kelayakan
- Warganegara Malaysia
- Perniagaan mestilah sudah beroperasi
- Mempunyai SSM/lesen PBT/dokumen perjanjian
- RakyatSelangor atau bermastautin lebih daripada 5 tahun
- Mengundi di Selangor
- Berumur tidak kurang 18 tahun – 65 tahun
- Tidak mempunyai rekod pembiayaan yang tidak baik dari mana-mana intitusi
kewangan atau agnsi kerajaan - Terlibat secara langsung dalam perniagaan
- Hanya satu (1) pembiayaan sahaja dalam satu-satu perniagaan perkongsian
Syarat Pembiayaan
- Had pembiayaan minimum RM1,000 sehingga RM20,000 sahaja
- Tempoh pembiayaan 25 minggu (6 bulan)
- Caj perkhidmatan sehingga 1% sebulan
- Surat perjanjian,Salinan geran tanah/dokumen lain yang sah melibatkan perniagaan atau aktiviti ekonomi berkonsep sewaan/pajak
- Bayaran balik secara mingguan
Dokumen Di Perlukan
- 2 keping gambar berukuran passport pemohon
- salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan
- salinan lesen perniagaan (SSM/permit PBT/kad nelayan/geran tanah)
- salinan penyata akaun bank (header) atau muka depan buku akaun (menunjukkan
no.akaun pemohon) - gambar perniagaan pemohon
- salinan bil untiliti premis dan tempat tinggal pemohon
**Nota: Muat naik dokumen menggunakan format pdf dan saiz dokumen tidak
melebihi 5MB.
Cara Permohonan
Permohonan untuk pembiayaan Skim i-Bermusim hijrah Selangor ini boleh di buat
secara atas talian menerusi website berikut :-
Maklumat lanjut
Untuk sebarang masalah dan pertanyaan, sila hubungi;
Terdapat 20 cawangan Hijrah Selangor berhampiran anda untuk pertanyaan dan
permohonan pembiayaan di http://www.hijrahselangor.com/?page_id=32
Tel :03-5519 1692
Website : http://www.hijrahselangor.com/
Facebook : https://www.facebook.com/hijrahselangor/
Dapatkan update terkini Hijrah Selangor di Telegram Channel:
https://t.me/hijrahselangorofficial
Artikel berkaitan :
- Skim Go Digital Hijrah Selangor Sehingga RM50,000
- Skim Pembiayaan i-Agro Hijrah Selangor Sehingga RM50,000
- Skim Pembiayaan Zero To Hero