Skim Go Digital Hijrah Selangor Pembiayaan RM50,0000

Berita baik Pembiayaan Skim Go Digital Hijrah Selangor bagi tahun 2022 telah di tingkatkan dari RM5000 pada tahun 2021 kepada RM50,000. Tawaran Pembiayan Go Digital Yayasan Hijrah Selangor adalah terbuka kepada semua kaum

Para peniaga dan usahawan negeri Selangor yang layak, adalah di pelawa untuk memohon pembiayaan ini.

Dengan pemasaran perniagaan secara digital, ia dapat membantu meningkatkan keupayaan pasaran produk dan servis yang akhirnya mampu memaksimumkan keuntungan hasil jualan secara dalam talian.

Hijrah Selangor telah berjaya membantu ramai usahawan di Negeri Selangor untuk mendapatkan modal perniagaan bagi mengembangkan aktiviti perniagaan mereka.

Baca juga : Bantuan Zakat Selangor Peduli

Skim Go Digital Hijrah Selangor

Skim Pembiayaan Go Digital, diwujudkan untuk membantu para peniaga mentransformasikan kaedah perniagaan kearah digitalisasi melalui platform terkini dan moden.

Jumlah pembiayaan

Pembiayaan sehingga RM 50,000 ditawarkan oleh Hijrah Selangor melalui Skim Pembiayaan Go Digital untuk membantu peniaga mentranformasikan perniagaan sedia ada mereka kearah digital.

Syarat pembiayaan

skim go digital hijrah selangor
  • Had pembiayaan RM1,000 sehingga RM50,000
  • Tempoh pembiayaan 25 minggu (6 bulan) sehingga 250 minggu (5 tahun)
  • Caj perkhidmatan sehingga 8% setahun
  • Bayaran balik secara mingguan

Syarat dan kelayakan

skim go digital hijrah selangor
skim go digital hijrah selangor
  • Warganegara malaysia
  • Rakyat selangor atau bermastautin lebih dari 5 tahun
  • Mengundi di selangor
  • Berumur di antara 18 tahun – 65 tahun
  • Perniagaan sudah beroperasi
  • Mempunyai lesen/permit perniagaan yang sah
  • Layak menjadi pembiayaan kedua bagi peminjam hijrah

Dokumen diperlukan

skim go digital hijrah selangor
  • Salinan kad pengenalan pemohon
  • 2 keping gambar berukuran passport pemohon
  • Salinan lesen/permit perniagaan (ssm/lesen pbt) pemohon
  • Salinan penyata akaun bank (header) atau muka depan akaun (menunjukkan no.akaun pemohon)
  • Salinan bil utility tempat tinggal

Semua dokumen ini hendaklah dalam format pdf. Dan perlu dimuat naik semasa mengisi borang permohonan secara online

Peneraju Hijrah Selangor

Ianya sebuah inisiatif Kerajaan Negeri Selangor untuk melebarkan golongan kelas menengah di negeri Selangor melalui pendekatan pelaksanaan sistem penyaluran modal tambahan yang efisien kepada peniaga-peniaga kecil.

Dibawah Yayasan Hijrah Selangor, ditugaskan untuk mewujudkan satu sistem pengeluaran modal yang mudah, cepat dan tidak membebankan.

Ianya khusus membantu kepada penjaja dan peniaga kecil yang didapati seringkali menghadapi masalah kekurangan modal, dan peluang mendapatkan modal tambahan atas pelbagai faktor.

Program ini telah dilancarkan dengan rasminya pada 24 Mac 2015.

Cara memohon

Untuk memohon skim Go Digital Hijrah Selangor. Permohonan boleh di buat secara online dengan melayari pautan berikut :

http://mikrokredit.selangor.gov.my/e-hijrah/login

Hubungi

Untuk sebarang masalah dan pertanyaan, sila hubungi;

Terdapat 20 cawangan Hijrah Selangor berhampiran anda untuk pertanyaan dan permohonan pembiayaan di http://www.hijrahselangor.com/?page_id=32

Tel :03-5519 1692

Website : http://www.hijrahselangor.com/

Facebook : https://www.facebook.com/hijrahselangor/

                                                                                                                                                                                                                                                                                              

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!