Permohonan BISTARI Bantuan Ihsan Tabung Pendidikan Anak Sabah
Berita baik untuk rakyat Sabah,permohonan BISTARI iaitu Bantuan Ihsan Tabung Pendidikan Anak Sabah boleh dibuat mulai 1 Januari sehingga 31 Disember 2022. Ianya merupakan bantuan bayi baru lahir di negeri Sabah.Borang permohonan, syarat kelayakan permohonan seperti dinyatakan di bawah.
Bantuan ini merupakan salah satu insiatif kerajaan negeri Sabah dalam pembangunan modal insan bagi rakyat negeri ini serta bagi mengalakkan ibu bapa untuk menabung bagi tujuan pendidikan anak-anak sejak awal kelahiran. Bantuan BISTARI ini telah diumumkan oleh Ketua Menteri Sabah iaitu Datuk Seri Hajiji Noor pada akhir tahun 2021.
Tarikh Permohonan BISTARI
Tarikh permohonan bagi bantuan ini, dibuka sepanjang tahun, bermula dari 1 Januari 2022 hingga 31 Disember 2022.
Baca juga : Permohonan Tabung Simpanan Pendidikan Anak Perak RM200
Jumlah Bantuan
Bantuan yang di berikan berjumlah RM100 dalam bentuk tabung simpanan . Simpanan sebanyak RM100 ini akan dikreditkan ke dalam akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN).
Syarat-Syarat Kelayakan
Ibu bapa yang berminat untuk kemukakan permohonan perlulah menepati syarat-syarat kelayakan seperti berikut :
- Bayi tersebut berstatus warganegara Malaysia yang lahir pada tahun 2022 dan ibu/bapa/penjaga yang berasal dari Sabah
- Simpanan sebanyak RM100 akan dikreditkan ke dalam akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN).
- Simpanan boleh dikeluarkan apabila penerima manfaat berusia 18 tahun.
Cara Memohon
Terdapat 2 kaedah permohonan yang ibu bapa boleh lakukan iaitu :
- Atas Talian (Online)
- Layari pautan permohonan berikut https://cutt.ly/OnlineBISTARI.
- Lengkapkan borang permohonan di pautan berikut.
- Muat naik dokumen yang diperlukan.
- Pastikan semua maklumat yang diisi adalah lengkap.
- Klik butang “Submit” untuk menghantar permohonan.
- ii) Borang Permohonan
- Muat turun borang permohonan di pautan berikut https://cutt.ly/BorangBistari.
- Isi borang permohonan tersebut dengan lengkap.
- Sediakan dokumen yang diperlukan.
- Hantar borang permohonan beserta dokumen yang diperlukan ke alamat berikut:
Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas
Blok A, Tingkat 29, Menara Kinabalu
Jalan UMS, Teluk Likas
88400 Kota Kinabalu, Sabah
Baca juga : EFS : Bantuan Bayi Baru Lahir Sarawak RM1000
Dokumen Di Perlukan
Dokumen sokongan seperti berikut perlu disertakan ketika menghantar borang permohonan :
- Sijil lahir bayi
- Kad pengenalan ibu bapa
Maklumat Lanjut
Untuk keterangan lanjut mengenai bantuan Bantuan Ihsan Tabung Pendidikan Bayi Baru Lahir Negeri Sabah (BISTARI ), sila layari laman Facebook rasmi Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas atau hubungi 088-369872/012-8662419. atau anda juga boleh layari facebook PTPTN Negeri Sabah
Soalan lazim mengenai BISTARI ;
Apakah Itu BISTARI?
Bantuan Ihsan Tabung Pendidikan Negeri Sabah atau ringkasanya BISTARI merupakan bantuan berbentuk tabung pendidikan anak Sabah. Bayi berstatus warganegara Malaysia yang lahir pada tahun 2022 dan ibu/ bapa/penjaga yang berasal dari Sabah. Simpanan sebanyak RM100 akan dikreditkan ke dalam akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN)
Bagaimana Cara Memohon?
Permohonan secara online melalui pautan berikut https://cutt.ly/OnlineBISTARI. Atau secara manual dengan menghantar borang berikut https://cutt.ly/BorangBistari. ke alamat ;
Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas
Blok A, Tingkat 29, Menara Kinabalu
Jalan UMS, Teluk Likas
88400 Kota Kinabalu, Sabah
Bilakah Tarikh Tutup Permohonan?
31 Disember 2022