Bantuan Skim Rawatan Jantung Selangor 2022

Kerajaan negeri Selangor di bawah belanjawan Selangor 2022, menyediakan skim rawatan jantung Selangor.

Skim ini membantu rakyat Selangor yang kurang berkemampuan, untuk mendapatkan rawatan berkaitan masalah jantung secara percuma. Permohonan dibuka khusus untuk warga Selangor sahaja.

 

Kerajaan negeri Selangor memperuntukan dana sebanyak 5 juta untuk skim bantuan ini.

 

Apa Itu Skim Rawatan Jantung Selangor

skim rawatan jantung selangor 2022

Skim Rawatan Jantung Negeri Selangor menawarkan khidmat rawatan jantung secara percuma kepada golongan berpendapatan rendah B40 mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri.

Skim ini telah dilaksanakan bermula tahun 2018 dengan peruntukan sebanyak RM10 juta dan RM5 juta untuk tahun 2019 sehingga tahun 2022. Program ini dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Selangor dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Program ini telah dikendalikan oleh anak syarikat PKNS iaitu SELGATE Corporation Sdn Bhd (SELGATE) melalui anak syarikat milikannya iaitu Selcare Management Sdn Bhd (SELCARE) yang merupakan penyedia pelaksana program.

Sebagai penyedia pelaksana program, SELCARE juga bekerjasama dengan beberapa hospital panel yang dilantik yang terdiri daripada Institut Jantung Negara (IJN), Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur (CVSKL), UiTM Private Specialist Centre, Sungai Buloh dan Hospital Serdang dalam memberikan rawatan kepada pesakit yang layak.

 

Syarat dan Kelayakan

Kategori A

Ahli Iltizam Selangor Sihat (Dahulu dikenali sebagai Skim Insurans Peduli Sihat).

  1. Warganegara Malaysia; dan lahir atau telah menetap atau bermastautin di Negeri Selangor sekurang-kurangnya 10 tahun dan merupakan pengundi berdaftar di Negeri Selangor.
  2. Pendapatan isi rumah Bawah RM3,000 sebulan
  3. Mekanisme Rujukan Pesakit (Referral Mechanism) -Klinik Panel Iltizam Selangor Sihat/SELCARE atau Hospital Kerajaan
  4. Had pembiayaan ;
  •  Saringan Jantung
  • Prosedur Rawatan Pembedahan (Rujuk Lampiran 1)
  • Rawatan Susulan (maksimum 2 kali)
  • *Maksimum had rawatan adalah sebanyak RM50,000.00 sahaja

Kategori B

Bukan Ahli Iltizam Selangor Sihat (Dahulu dikenali sebagai Skim Insurans Peduli Sihat) & Pendapatan isi rumah bawah RM8,000 sebulan.

  1. Warganegara Malaysia; dan lahir atau telah menetap atau bermastautin di Negeri Selangor sekurang-kurangnya 10 tahun dan merupakan pengundi berdaftar di Negeri Selangor.
  2. Pendapatan isi rumah bawah RM8,000 sebulan
  3. Mekanisme Rujukan Pesakit (Referral Mechanism) -Kelulusan khas oleh EXCO (Kesihatan), Kerajaan Negeri Selangor
  4. Had pembiayaan ;
  • Prosedur Rawatan Pembedahan (Rujuk Lampiran 1)
  • Rawatan Susulan (maksimum 2 kali)
  • Maksimum had rawatan adalah sebanyak RM50,000.00 sahaja.

Cara Mohon Skim Rawatan Jantung Selangor

Kategori A

  1. .Pemohon merupakan ahli aktif berdaftar dibawah Skim Iltizam Selangor Sihat (Dahulu dikenali sebagai Skim Insurans Peduli Sihat).
  2. Pesakit perlu mendapatkan pemeriksaan dan surat rujukan dari Klinik Panel atau hospital kerajaan
  3. Permohonan boleh dihantar melalui emel ke [email protected]dengan tajuk PERMOHONAN SKIM RAWATAN JANTUNG SELANGOR KATEGORI A.
  4. Pemohon wajib mengepilkan dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan.
  5. Sekiranya permohonan diluluskan, pemohon akan dimaklumkan melalui emel atau panggilan telefon.
  6. Pesakit perlu membawa Kad penenalan bagi mendapatkan rawatan. (GL akan dihantar ke Panel Hospital).

Kategori B

  1. Pemohon perlu memuat turun borang permohonan di laman sesawang https:// iltizamselangorsihat.com/cvs.htm (Dahulu dikenali sebagai https://pedulisihat.com/cvs.html).
  2. Permohonan boleh dihantar melalui emel ke SELCARE atau email ke [email protected]dengan tajuk PERMOHONAN SKIM RAWATAN JANTUNG SELANGOR KATEGORI B.
  3. Pemohon wajib mengepilkan dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan.
  4. Sekiranya permohonan diluluskan, pemohon akan dimaklumkan melalui emel atau panggilan telefon

 

Semakan Status Permohonan

Semakan boleh dibuat dengan menghubungi SELCARE di talian 1-800-22-6600

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Skim Rawatan Jantung Selangor 2022, anda bolh menghubungi ;

No Telefon: 1-800-22-6600
No Faks: 03 – 5525 6900
Emel: [email protected]

Website : https://pedulisihat.com/cvs.html

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!