Permohonan Skim Pembiayaan Zero To Hero
Kini, menerusi Skim Pembiayaan Zero To Hero yang ditawarkan oleh Hijrah Selangor, anda tidak perlu keluarkan modal permulaan. Hanya terus berniaga dengan bantuan latihan, pemasaran dan bimbingan yang disediakan oleh syarikat peneraju.
Skim Pembiayaan Zero To Hero menawarkan lebih daripada 30 pakej perniagaan untuk warga Selangor yang ingin memulakan perniagaan.
Apa Itu Skim Pembiayaan Zero To Hero
Ianya merupakan insentif Yayasan Hijrah Selangor untuk membantu bolongan belia dan siswazah yang terjejas di sebabkan oleh pendemik yang melanda seluruh dunia, untuk bangkit dan memulakan perniagaan dengan zero modal.
Golongan belia atau graduan siswazah baharu kini boleh menjalankan perniagaan di musim pandemik dengan mudah. Melalui Skim yang ditawarkan Hijrah Selangor, peserta tidak perlu mengeluarkan modal perniagaan dan boleh menjalankan perniagaan dengan bimbingan yang disediakan syarikat peneraju
Pakej perniagaan
- Bakeri
- Barber/dandanan rambut
- Kraftangan
- Solekan professional
- Deko kreatif
- Jahitan
- Makanan & minuman
- Perkhidmatan
- Servis digital
- Mobile spa/bekam
Syarat kelayakan
- Warganegara Malaysia
- Terbuka kepada semua kaum
- Rakyat Selangor atau bermastautin lebih dari 5 tahun
- Mengundi di Selangor
- Berumur di antara 18 tahun – 65 tahun
- Minat dan bersemangat berniaga
- Bersedia untuk di bimbing
Dokumen di perlukan
- 2 keping gambar berukuran passport pemohon
- Salinan kad pengenalan pemohon
- Salinan penyata akaun bank (header) atau muka depan buku akaun (menunjukan no.akaun pemohon)
- Salinan bil untiliti tempat tinggal pemohon
**Nota: Muat naik dokumen menggunakan format pdf dan saiz dokumen tidak melebihi 5MB.
Syarat pembiayaan
- Pembiayaan berbentuk pakej perniagaan sehingga RM10,000
- Tempoh pembiayaan sehingga 150 minggu (3 tahun)
- Caj perkhidmatan sehingga 8%
- Wajib membuat tabungan
- Bayaran balik secara mingguan
Aliran proses Skim Pembiayaan zero to hero
01.Majlis taklimat
- taklimat penerangan awal
- saringan dan pemilihan peserta mengikut kriteria
02.Kursus/latihan
- peserta yang layak akan mengikuti kursus/latihan
- tempoh kursus bergantung pada pakej yang ditawarkan
03.Pra-penilaian
- menilai kelayakan peserta kursus berdasarkan potensi dan minat
- pengesahan tempat tinggal dan dokumen berkaitan
04.Permohonan lengkap
- peserta layak akan melengkapkan borang permohonan pinjaman untuk di proses
- dokumen dan sijil kursus/latihan di sertakan
05.Siasatan/penilaian
- menilai kelayakan permohonan peminjam
- menilai keupayaan bayaran balik
06.Kelulusan
- penilaian jawatankuasa kelululsan (JKL Caw)
07.Kursus asas disiplin kredit
- menghadiri kursus ADK selama satu jam atau lebih
- kursus berkaitan disiplin kredit dan asas mikrokredit
08.Tandatangan surat tawaran
- menandatangani surat tawaran pinjaman
- mempersetujui terma dan syarat yayasan hijarah selangor
09.Penyerahan peralatan
- penyerahan di pejabat cawangan
- melafazkan IKRAR pinjaman
10.Bayaran balik
- membuat bayaran balik selepas 30 hari dari tarikh serahan peralatan
- bayaran mingguan secara konsisten mengikut jadual bayaran balik
- memastikan resit bayar balik di terima
Maklumat lanjut Skim Zero To Hero
Berminat? Hubungi kami sekarang, untuk menyemak sama ada anda layak!!!
Sila klik di pautan berikut: https://forms.gle/r2ryDetuBt6Thf6V6
Pertanyaan
Sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan Skim Zero To Hero, anda boleh
Hubungi 20 Cawangan Hijrah berhampiran anda untuk pertanyaan dan permohonan pembiayaan di http://www.hijrahselangor.com/?page_id=32
Tel :03-5519 1692
Website : http://www.hijrahselangor.com/
Facebook : https://www.facebook.com/hijrahselangor/
Dapatkan update terkini Hijrah Selangor di Telegram Channel:
https://t.me/hijrahselangorofficial
Artikel berkaitan :
- Skim Go Digital Hijrah Selangor Pembiayaan Sehingga RM50,000
- Pembiayaan Skim i-Agro Hijrah Selangor Sehingga RM50,000