Pembiayaan Skim i-Agro Hijrah Selangor Sehingga RM50,000
Terbaru Permohonan Skim i-Agro Hijrah Selangor sehingga RM50,000 telah di buka. Kepada usahawan sektor agro negeri Selangor di pelawa untuk membuat permohonan.
Permohonan untuk mendapatkan bantuan pembiayaan Skim i-Agro hijrah Selangor ini terbuka kepada semua kaum, masyarakat di negeri Selangor.
Pembiayaan Skim i-Agro adalah satu inisiatif baru yang diperkenalkan oleh Hijrah Selangor untuk membantu usahawan di Negeri Selangor yang memerlukan modal pembiayaan sehingga RM50,000 untuk mengembangkan aktiviti perniagaan dengan lebih pesat.
Skim i-Agro Hijrah Selangor
Skim ini baru sahaja di diwujudkan oleh Hijrah Selangor. Fokus utama kerajaan negeri Selangor menerusi skim ini, adalah bagi membantu dan menggalakkan penglibatan golongan muda atau siswazah dalam bidang sektor Agro. Ianya merangkumi 3 sektor berkaitan iaitu sektor pertanian, penternakan dan akuakultur.
Jumlah pembiayaan
Hijrah Selangor memberikan bantuan pembiayaan sehingga RM50,000 kepada usahawan yang memerlukan modal untuk usawahan agro bagi mengembangkan perniagaan mereka
Syarat kelayakan
- Warganegara Malaysia
- Perniagaan mestilah sudah beroperasi
- Mempunyai SSM/lesen PBT/dokumen perjanjian
- Rakyat Selangor atau bermastautin lebih daripada 5 tahun
- Mengundi di Selangor
- Berumur tidak kurang 18 tahun – 65 tahun
- Tidak mempunyai rekod pembiayaan yang tidak baik dari mana-mana intitusi kewangan atau agnsi kerajaan
- Terlibat secara langsung dalam perniagaan
- Hanya satu (1) pembiayaan sahaja dalam satu-satu perniagaan perkongsian
Pembiayan ini, khas untuk aktiviti perniagaan pertanian,penternakan dan akuakultur
Baca juga : Skim Go Digital Hijrah Selangor Pembiayaan Sehingga RM50,000
Syarat Pembiayaan
- Had pembiayaan minimum RM1,000 sehingga RM50,000 sahaja
- Tempoh pembiayaan 25 minggu (6 bulan) sehingga 250 minggu (5 tahun)
- Caj perkhidmatan sehingga 8% setahun
- Wajib membuat tabungan
- Bayaran balik secara mingguan
Dokumen Di Perlukan
- 2 keping gambar berukuran passport pemohon
- salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan
- salinan lesen perniagaan (SSM/permit PBT/kad nelayan/geran tanah)
- salinan penyata akaun bank 3 bulan terkini/buku bank
- gambar perniagaan pemohon
- salinan bil untiliti premis dan tempat tinggal pemohon
**Nota: Muat naik dokumen menggunakan format pdf dan saiz dokumen tidak melebihi 5MB.
Cara Permohonan
Permohonan untuk pembiayaan Skim i-Agro hijrah Selangor ini boleh di buat secara atas talian menerusi website berikut :-
http://mikrokredit.selangor.gov.my/e-hijrah/login
Maklumat lanjut
Untuk sebarang masalah dan pertanyaan, sila hubungi;
Terdapat 20 cawangan Hijrah Selangor berhampiran anda untuk pertanyaan dan permohonan pembiayaan di http://www.hijrahselangor.com/?page_id=32
Tel :03-5519 1692
Website : http://www.hijrahselangor.com/
Facebook : https://www.facebook.com/hijrahselangor/
Dapatkan update terkini Hijrah Selangor di Telegram Channel:
https://t.me/hijrahselangorofficial