TEKUN : Skim Pembiayaan Industri Sukan 2022

Permohonan Skim Pembiayaan Industri Sukan 2022 diteruskan lagi menerusi bajet 2022. Kementerian Belia Dan Sukan melalui TEKUN Nasional memperuntukan pembiayaan sehingga RM100,000 untuk suntikan modal bagi memulihkan penggiat industri sukan yang terjejas sejak pandemik covid-19 melanda.

Apakah itu Skim Pembiayaan Industri Sukan?

Skim pembiayaan suntikan modal pusingan / tambahan untuk memulihkan dan memulakan semula perniagaan yang terjejas akibat pandemik COVID-19 kepada operator / pengusaha fasiliti sukan.

Terma Dan Syarat

PerkaraPenerangan
Nilai PembiayaanDari RM1,000 to RM100,000
Tempoh Bayaran BalikSehingga to 120 bulan (10 tahun)
Kadar KeuntunganSebanyak 4% setahun sepanjang tempoh pembiayaan.Sebanyak 2% setahun dengan syarat perlu mengemukakan pengesahan dari Kementerian Belia dan Sukan bagi atlet / bekas atlet kebangsaaan ( termasuk atlet paralimpik )
SimpananSebanyak 5% daripada nilai pembiayaan setiap tahun
Kaedah Penyaluran PembiayaanPindahan terus secara elektronik / Electronic Fund Transfer (EFT), cek atau apa-apa kaedah lain yang ditentukan oleh TEKUN
tekun skim pembiayaan industri sukan

Kelayakan

  • Usahawan mikro yang layak memohon harus memenuhi kriteria di bawah : ​​
    1. Warganegara Malaysia Bumiputera / India.
    2. Berumur 18 – 65 tahun ( Tempoh pembiayaan tamat sehingga 65 tahun ).​
    3. Mempunyai daftar perniagaan (SSM), lesen atau permit yang sah daripada PBT. Bagi sektor Informal pemohon perlu mengemukakan dokumen pengesahan menjalankan perniagaan daripada Ketua Kampung / Pengerusi JKKK atau Penghulu/Ketua Kaum ( Sabah & Sarawak ) ATAU kupon/permit perniagaan oleh Jawatankuasa Penganjur bagi perniagaan pasar malam, pasar tani atau pasar tamu.​
    4. Terlibat secara langsung atau separuh masa dalam aktiviti perniagaan.
    5. Bebas daripada sebarang tindakan kebankrapan.
    6. Syarikat Sdn. Bhd. dengan had modal berbayar tidak melebihi RM 300,000.
    7. Baki pembiayaan sedia ada dengan TEKUN Nasional tidak melebihi RM100,000.
    8. Aktiviti perniagaan yang dijalankan adalah patuh Syariah.​

Cara Permohonan

  • Usahawan boleh menghantar permohonan melalui:
    1. Pejabat/Cawangan TEKUN yang berdekatan dengan premis / lokasi perniagaan pemohon ATAU
    2. Lawati Laman Web TEKUN

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan Skim Pembiayaan Insutri Sukan, anda boleh terus ke pejabat cawangan TEKUN berhampiran anda atau menghubungi ;

Ibu Pejabat TEKUN Nasional
Menara TEKUN, T5-01-01, Maju Link
Jalan Lingkaran Tengah 2
57000 Bandar Tasik Selatan,
Kuala Lumpur

Waktu Operasi
Isnin – Khamis :  8.30 pagi – 5.30 petang
Jumaat             :  8.30 pagi – 5.00 petang

No. Telefon: 03-9059 8888
No. Faks: 03-9059 9292
Emel: [email protected]
Peta Google : https://g.co/kgs/fPtthd

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!