Semakan Tawaran & Rayuan Kemasukan Tingkatan 6 Semester 1 2021

Bagi pelajar yang merupkan lepasan SPM 2020, anda kini boleh menyemak tawaran kemasukan ke Tingkatan 6 semester 1 tahun 2021 mulai 5 Julai 2021 iaitu pada hari Isnin.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan dalam satu kenyataan memaklumkan, semakan tawaran tersebut boleh dibuat melalui Portal Aplikasi Dalam Talian Tingkatan 6 iaitu https://sst6.moe.gov.my/.

Semakan tawaran tersebut akan dibuka kepada pelajar SPM 2020 yang terlibat sehingga 15 Julai 2021.

Bagi pelajar yang tiada capaian internet, pihak sekolah akan memaklumkan tawaran kemasukan kepada pelajar yang terlibat.

Sesi pengajian Tingkatan 6 bagi negeri Kumpulan A akan bermula pada 25 Julai 2021 dan bagi negeri Kumpulan B pula, sesi pengajian akan bermula 26 Julai 2021.

Mengenai Tingkatan 6

Untuk makluman, Tingkatan 6 ialah peringkat lepasan SPM yang telah dilaksanakan di sekolah-sekolah menengah harian bantuan penuh kerajaan sejak lebih 50 tahun dahulu. 

Pelajar yang telah menamatkan pengajian menengah atas dan telah menduduki peperiksaan SPM layak ditawarkan untuk meneruskan pendidikan pasca menengah iaitu Tingkatan 6, jika menepati syarat-syarat umum dan khusus bagi jurusan, selama 3 penggal.

Objektif pelaksanaan Tingkatan 6 adalah seperti:

  • Meningkatkan taraf pendidikan ke arah yang lebih tinggi.
  • Memberi pendidikan berdasarkan sistem penggal dan berdaya saing yang tinggi.
  • Memberi pendidikan yang setara dengan program prauniversiti yang lain.
  • Memastikan murid lulusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) mempunyai nilai kebolehpasaran yang tinggi.
  • Membentuk kepemimpinan menuju ke arah membina Negara Bangsa meliputi aspek perpaduan, patriotisme, dan jati diri bagi mendokong aspirasi nasional.

Aliran Yang Ditawarkan

Terdapat dua aliran yang ditawarkan untuk Tingkatan 6 di sekolah menengah harian iaitu:

  • Aliran Sains.
  • Aliran Sains Sosial (Kemanusiaan dan Agama).

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan yang membolehkan pelajar menyambung pengajian ke Tingkatan 6 terbahagi kepada syarat am dan syarat khas.

Syarat Am

  1. Lulus SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu.
  2. Berumur antara 17 hingga 20 tahun pada 1 Januari tahun 2021.

Syarat Khas

  1. Bidang Sains – Mendapat sekurang-kurangnya tiga kepujian dalam mata pelajaran sains dengan jumlah mata gred tidak melebihi 18 unit.
  2. Bidang Sains Sosial – Mendapat sekurang-kurangnya tiga kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 12 unit.

Cara Membuat Semakan

Kemasukan ke Tingkatan tidak melibatkan sebarang permohonan dan calon lepasan yang layak dan memenuhi syarat akan terus ditawarkan bagi mengikuti pengajian ini.

Cara-cara membuat semakan kemasukan adalah seperti berikut:

  1. Layari laman web semakan di https://sst6.moe.gov.my/semakanT6/index.cfm.
  2. Masukkan No Kad Pengenalan tanpa ada sempang.
  3. Klik butang ‘Klik Untuk Semak.’
  4. Keputusan kemasukan dipaparkan.

Rayuan Kemasukan

Untuk pelajar yang tidak layak untuk memasuki Tingkatan 6 selepas membuat semakan, anda boleh terus membuat rayuan menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://sst6.moe.gov.my/semakanT6/erayuan/calon_spm0.cfm.
  2. Masukkan No Kad Pengenalan tanpa ada sempang.
  3. Klik butang ‘Klik Untuk Merayu.’
  4. Ikuti langkah-langkah seterusnya untuk menyelesaikan proses rayuan.

Pertanyaan Lanjut

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai kemasukan ke Tingkatan 6, sila hubungi Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, KPM di talian 03-8884 9370.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!