MSSM 2023 : Takwim Kejohanan & Carta Keputusan

TAKWIM MSSM 2023 KEJOHANAN OLAHRAGA MAJLIS SUKAN SEKOLAH MALAYSIA (MSSM) KALIKE-63 TAHUN 2023

Kejohanan MSSM 2023 akan berlangsung pada tarikh 15 Julai nanti. Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, ketika merasmikan Seminar Kejurulatihan Sukan dan Majlis Pelancaran Takwim Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia Tahun 2023. Beliau berkata Kementerian Pendidikan bersama Kementerian Belia dan Sukan akan memeterai Kod Sukan Selamat minggu depan bagi memastikan ekosistem sukan yang selamat untuk pelajar kod tersebut akan terpakai untuk semua kejohanan sukan termasuk kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 2023 nanti.

KPM berhasrat melahirkan insan terdidik serta seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani bersesuaian dengan tema kejohanan MSSM 2023 iaitu Sukan Nadi ABC

Sejarah MSSM

Majlis Sukan Sekolah Sekolah Malaysia Persekutuan Tanah  Melayu telah ditubuhkan pada tahun 1958 melalui satu mesyuarat yang dipengerusikan oleh Ketua Penasihat Persekutuan Tanah Melayu dan dianggotai oleh semua Ketua Pegawai Pelajaran Negeri. Mesyuarat kali pertama diadakan pada 3 Mac 1958 di Rumah Persekutuan Kuala Lumpur, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Selepas tertubuhnya Negara Malaysia pada tahun 1963, Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia telah ditukarkan nama kepada Majlis Sukan Sekolah Malaysia atau lebih dikenali sebagai MSSM.  Untuk memperkasakannya, MSSM diletak dibawah Akta Pelajaran 1961 dan dibawah kuasa Menteri Pelajaran. Tujuan asal penubuhan MSSM adalah untuk mengamalkan konsep sukan untuk kecemerlangan selaras dengan Dasar Sukan Negara.

Pada 6 April 2009, MSSM telah diwarta kerajaan Seri Paduka Bagida dan diterbitkan dengan kuasa mengikut Akta Pendidikan 1996. Sebanyak 22 jenis sukan disenaraikan ketika itu dan telah berkembang kepada 24 jenis sukan sehingga sekarang.

Tema MSSM 2023

SUKAN NADI ABC. Pemilihan tema ini selari dengan hasrat KPM dalam melahirkan konsep ‘Anak Yang Baik Lagi Cerdik’ dengan menitikberatkan pembentukan karakter, pembinaan insan, akhlak dan integriti dalam kalangan murid.

Sukan sebagai asas dan penggerak utama dalam usaha membudayakan adab, akhlak dan integriti dalam kalangan murid.

Baca juga : Tawaran Skim Bantuan Dermasiswa Sukan Majlis Sukan Negeri Johor

Tarikh Kejohanan MSSM 2023

Kejohanan Majlis Sukan sekolah-sekolah Malaysia bagi musim ini akan berlangsung pada tarikh 15 Julai – 20 Oktober 2023. Ianya akan berlangsung secara berfasa iaitu

Fasa 1 – 15 Julai 2023

Fasa 2 – Cuti persekolahan

  • KUMPULAN A : 24 Ogos – 2 September 2023
  • KUMPULAN B : 25 Ogos – 3 September 2023

Fasa 3  -19 – 23 September 2023

Fasa 4 -15- 19 Oktober 2023

Kejohanan ini juga bakal berlangsung di 14 negeri pengelola kejohan yang dipecahkan mengikut acara sukan yang dipertandingkan.

mssm 2023

Senarai Sukan Dipertandingkan di Kejohanan MSSM 2023

Sebanyak 23 sukan olahraga dipertimbangkan bagi kejohan pada tahun ini antaranya ;

  1. Akuatik
  2. Badminton
  3. Bola Baling
  4. Bola Keranjang
  5. Bola Tampar
  6. Boling Tenpin
  7. Catur
  8. Gimnastik Artistik
  9. Gimrama
  10. Golf
  11. Hoki
  12. Kriket
  13. Memanah
  14. Pelayaran
  15. Ping Pong
  16. Ragbi
  17. Sepak Takraw
  18. Skuasy
  19. Tenis
  20. Bola Sepak
  21. Bola Jaring
  22. Sofbol
  23. Olahraga 
  24. Merentas Desa

Jadual Takwim Kejohanan Sukan MSSM 2023

jadual takwim mssm 2023
takwim mssm 2023

Sebanyak 24 acara sukan yang akan dipertandingkan yang akan melibatkan sebanyak 14 buah negeri lokasi.

FASA 1

  • Tarikh kejohanan : 15 Julai 2023
  • Lokasi kejohanan :Kelantan
  • Acara : Ragbi

FASA 2 (Cuti Persekolahan)

  • Tarikh kejohanan : 24-30 Ogos 2023
  • Lokasi kejohanan : Kelantan
  • Acara : Ragbi
  • Lokasi Kejohanan : Selangor
  • Acara : Akuatik & Kriket
  • Lokasi kejohanan : pulau pinang
  • Acara : Badminton &boling tenpin
  • Lokasi kelojanan : WP Putrajaya
  • Acara : Bola baling
  • Lokasi kejohanan : Pahang
  • Acara : Bola keranjang & Memanah
  • Lokasi kejohanan : Sarawak
  • Acara : Ping pong
  • Lokasi kejohanan : Johor
  • Acara : Bola sepak
  • Lokasi kejohanan : Melaka
  • Acara : Hoki
  • Lokasi kejohanan : Terengganu
  • Acara : Bola tampar
  • Lokasi kejohanan : Kedah
  • Acara : Pelayaran & Sepak takraw
  • Lokasi kejohanan : Perak
  • Acara : Skuasy

FASA 3

Tarikh kejohanan : 19-23 September 2023

  • Lokasi kejohanan : Melaka
  • Acara : Bola jaring
  • Lokasi kejohanan : Terngganu
  • Acara : Catur
  • Lokasi kejohanan : Perlis
  • Acara : Gimnastik
  • Lokasi kejohanan : wp kuala lumpur
  • Acara : Gimrama & Golf
  • Lokasi kejohanan : Johor
  • Acara : Tenis

FASA 4 (hari pesekolahan)

  • Tarikh kejohanan : 15-19 Oktober 2023
  • Lokasi kejohanan : Negeri sembilan
  • Acara : Olahraga

Carta Keputusan Terkini

Carta terkini keputusan boleh dilihat menerusi pautan berikut

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) Kali Ke-63 Tahun 2023, anda boleh layari https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/mssm2023/

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!