AISJ : Pencalonan Anugerah Ikon Siswa Johor 2022

Pencalonan Anugerah Ikon Siswa Johor (AISJ) 2022 telah dibuka. Kerajaan Negeri Johor melalui Yayasan Pelajaran Johor dengan kerjasama Gabungan Mahasiswa Anak Johor Kebangsaan mempelawa mahasiswa anak Johor yang masih belajar,sama ada di institut pengajian tinggi dalam negara mahupun luar negara untuk menghantar pencalonan ini.

Calon yang layak juga boleh menyertai tiga penyertaan sekaligus daripada 5 kategori yang di pertandingkan termasuk bidang akademik, kebudayaan, kepimpinan, keusahawanan dan kesukarelawan

Apa Itu Anugerah Ikon Siswa Johor (AISJ)

anugerah ikon siswa johor 2022_1

AISJ merupakan platform terbaik untuk mengiktiraf dan memberi galakkan kepada kepimpinan mahasiswa Johor yang telah menunjukkan kecemerlangan kepimpinan yang holistik dan kompeten dan juga yang terlibat secara langsung dalam pelaksanaan aktiviti bersama masyarakat selari dengan Lonjakan 1 Pelan Pembangunan Pendidikan (Pengajian Tinggi) 2015-2025.

Objektif Anugerah Ikon Siswa Johor 2022

  1. Memberi pengiktirafan dan penghargaan terhadap kejayaan individu dan mahasiswa dalam pengurusan organisasi dan pelaksanaan program mahasiswa.
  2. Mengiktiraf peranan individu dan badan mahasiswa yang berjaya memanfaatkan secara positif ruang dan peluang yang disediakan oleh institusi Pendidikan Tinggi dalam pelaksanaan program/aktiviti kemahasiswaan.
  3. Memberi kesedaran, motivasi serta peluang kepada para mahasiswa untuk mengetengahkan potensi dan mengembangkan bakat yang ada pada diri untuk menjadi insan yang cemerlang.

Syarat-Syarat Pencalonan:

anugerah ikon siswa johor
  1. Pencalonan ini terbuka kepada semua mahasiswa anak negeri Johor Institusi Pengajian Tinggi dalam dan luar negara.
  2. Dibenarkan menyertai maksimum tiga (3) penyertaan sahaja(calon yang sama).
  3. Calon hendaklah masih dalam tempoh pengajian semasa permohonan dibuat.
  4. Pencalonan adalah berdasarkan program yang dilaksanakan sepanjang sesi 2021/2022 sahaja.
  5. Nyatakan CGPA terkini(bagi pencalonan individu) dan Laporan Program.
  6. Tarikh tutup pencalonan adalah pada 18 SEPT 2022.

Maklumat Borang Pencalonan AISJ 2022 adalah seperti berikut :

  • Pencalonan dibuka : 21 Ogos 2022
  • Pencalonan ditutup : 18 September 2022
  • Sesi temuduga : 2 Oktober 2022

Cara Permohonan Pencalonan Anugerah Ikon Siswa Johor

Permohonan untuk pencalonan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan online dengan cara ;

  • Layari pautan http://tiny.cc/BorangPencalonanAISJ22
  • Isikan setiap ruangan soalan dan maklumat dengan tepat
  • Tekan butang hantar
  • Akhir sekali, anda dikehendaki menyertai group whatsapp yang disediakan

Status Pencalonan

Pencalonan yang berjaya akan dihubungi dan diumumkan di Majlis Anugerah Ikon Siswa Johor pada Oktober ini..

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumbalas berkaitan Pencalonan Anugerah Ikon Siswa Johor 2022, anda  boleh hubungi talian +60 11 1045 3453 / 07 234 4355 sambungan 246 atau email ke pencalonanaisj22@admin

Soalan Lazim F.A.Q

Apa Itu AISJ?

AISJ 2020 merupakan satu majlis yang memberi pengiktirafan kepada mahasiswa anak johor sama ada di IPTA atau IPTS dalam pelbagai bidang. antaranya ialah kepimpinan, kesukarelawan,keusahawanan dan sebagainya

Bilakah AISJ tahun ini?

Aisj 2022 akan di adakan seawal bulan Oktober 2022 atau November 2022. Tarikh khusus akan dimaklumkan dari masa ke semasa

Cara pelaksanaan program AISJ?
Majlis AISJ 2022 akan dijalankan secara fizikal. Tertakluk kepada perubahan

Cara persiapan program?
Persiapan akan dijalankan secara atas talian dan fizikal bergantung kepada keperluan

Apakah platform temuduga yang digunakan?
Temuduga akan dijalankan secara atas talian sahaja

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!