Pinjaman YAKIN Kelantan 2022 : Tajaan Pinjaman Kursus Peringkat Diploma Sesi 2022/2023
Terkini, permohonan pinjaman YAKIN Kelantan 2022 telah dibuka. Permohonan adalah dipelawa kepada warganegara Malaysia peranakan Kelantan yang bermastautin di Negeri Kelantan dan berkelayakan untuk memohon pinjaman Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN) begi mengikuti pengajian di peringkat:
- Diploma di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA sahaja)
- Diploma di UNISZA (kursus selain daripada kursus Usuluddin, Dakwah dan Syariah)
- Diploma di Koleh Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS)
Apa Itu Pinjaman YAKIN Kelantan 2022
Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN) menawarkan Pinjaman Pelajaran bagi calon-calon yang berkelayakan untuk melanjutkan pengajian di Institusi-institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Tempatan atau Luar Negara yang diiktiraf oleh Malaysian Qualifications Agency (MQA).
Tarikh Permohonan
Tarikh akhir permohonan online adalah pada 25 Ogos 2022 (Khamis) manakala Borang Permohonan Manual hendaklah dihantar kepada Pejabat YAKIN Sebelum 1 September 2022 (Khamis).
Kelebihan Pinjaman YAKIN
Khairat kematian
RM130.00 setahun | Bagi pinjaman melebihi RM10,000.00 setahun |
RM100.00 setahun | Bagi pinjaman antara RM4,000.00 sehingga RM9,999.00 setahun |
RM70.00 setahun | Bagi pinjaman kurang dari RM3,999.00 setahun |
Syarat-Syarat Kelayakan
Pemohon-pemohon hendaklah mempunyai kelayakan berikut:
- Warganegara Malaysia peranakan Kelantan
- Mendapat tawaran kemasukan daripada Universiti / Insitusi tempatan sebagaimana di atas
- Kepujian dalam Bahasa Melayu di Peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
- Pelajar-pelajar yang sedang dibiayai oleh penaja lain TIDAK LAYAK memohon
Cara Permohonan
- Permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi borang permohonan pinjaman yakin secara online di (http://www.espmb.com/yakin) bermula pada 26 Julai 2022 (Selasa)
- Pemohon mestilah mempunyai e-mel peribadi untuk permohonan dalam talian.
- Borang permohonan online hendaklah dicetak dan disertakan bersama dengan salinan-salinan dokumen disahkan benar sebagaimana berikut:
- Surat beranak / Surat sumpah dan Kad Pengenalan pemohon
- Surat beranak / Surat sumpah dan Kad Pengenalan Ibu bapa dan Penjaga
- Sijil-sijil persekolahan (SPM, STPM, STAM) dan lain-lain berkaitan
- Satu keping gambar berukuran pasport
- Slip gaji terakhir ibu dan bapa (jika ibu bapa bekerja)
- Surat tawaran kemasukan ke universiti
- Keputusan peperiksaan yang terakhir (jika sedang belajar)
- Hantar borang permohonan yang telah dicetak salinan dokumen tersebut ke alamat berikut:
- YAYASAN KELANTAN DARULNAIM (YAKIN)
Tingkat 5, Kompleks YAKIN,
Jalan Gajah Mati,
15000 Kota Bharu, Kelantan.
Tel : 09-748 3213 / 744 6127
- YAYASAN KELANTAN DARULNAIM (YAKIN)
Semakan Keputusan Pinjaman YAKIN Kelantan 2022
Hanya pemohon yang berjaya akan dimaklumkan melalui email dan pemohon boleh menyemak keputusan di. Jika tidak menerima sebarang jawapan daam tempoh (1) satubulan selepas tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya
Maklumat Lanjut
Sekiranya anda mempunyai pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai Pinjaman YAKIN Kelantan 2022, anda boleh layari website http://www.espmb.com/yakin/ @ http://yakin.kelantan.gov.my/
Telefon: 09-744 6127
E-mel: [email protected]
Facebook: https://www.facebook.com/yayasankelantandarulnaim
Baca juga :