Permohonan Baharu & Semakan Kemasukan Matrikulasi KPM 2021

Calon-calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2020 yang berhasrat ingin menyambung pengajian ke Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) 2021, permohonan baharu telah dibuka.

Untuk makluman, Program Matrikulasi KPM mula diwujudkan pada tahun 1998 yang merupakan program persediaan bagi pelajar Bumiputera untuk melayakkan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah pertama dalam bidang sains, teknologi dan sastera ikhtisas.

Ini bermakna, pelajar lepasan Program Matrikulasi KPM layak untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah pertama sama ada di Institut Pengajian Tinggi (IPT) dalam negara mahupun luar negara.

Bagi calon yang belum memohon program ini, anda boleh membuat permohonan baharu sehingga 22 Jun 2021 manakala calon yang telah memohon program ini sebelum ini boleh membuat semakan kemasukan pada 8 Julai 2021.

Jurusan Yang Ditawarkan

Secara umumnya terdapat 3 jurusan yang ditawarkan melalui Program Matrikulasi KPM iaitu:

  1. Jurusan Sains:
    – Sains Hayat
    – Sains Fizikal
    – Sains Komputer
  2. Jurusan Kejuruteraan:
    – Kejuruteraan Asas
    – Kejuruteraan Awam
    – Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
    – Kejuruteraan Mekanikal
  3. Jurusan Perakaunan
    – Perakaunan
    – Perakaunan Profesional

Syarat Umum

Syarat umum yang perlu dipenuhi bagi calon-calon yang ingin memohon Program Matrikulasi KPM 2021 adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Pemohon mesti berumur tidak melebihi 20 tahun pada 1 Januari 2021.
  3. Pemohon mestilah merupakan calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2020.

Syarat Khusus

Selain syarat umum, calon-calon perlu memenuhi syarat khusus dan mendapat keputusan minimum mengikut jurusan yang diambil kelak iaitu:

i) Jurusan Sains

  • Bahasa Melayu- C
  • Bahasa Inggeris- C
  • Sejarah- Lulus
  • Matematik- B
  • Matematik Tambahan- C
  • Kimia- C
  • Fizik atau Biologi- C

ii) Jurusan Perakaunan

  • Bahasa Melayu- C
  • Bahasa Inggeris- C
  • Sejarah- Lulus
  • Matematik- C
  • Mendapat minimum C dalam mana-mana 3 mata pelajaran berikut: Fizik/ Kimia/ Biologi/ Matematik Tambahan/ Sains/ Sains Tambahan/ Lukisan Kejuruteraan/ Asas Kelestarian/ Pertanian/ Sains Rumah Tangga/ Reka Cipta / Sains Komputer/ Sains Sukan/ Lukisan Kejuruteraan/ Grafik Komunikasi Teknikal/ Prinsip Perakaunan/ Ekonomi/ Perdagangan/ Perniagaan/ Pendidikan Syariah Islamiah/ Tasawwur Islam/ Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik.

iii) Jurusan Kejuruteraan

  • Bahasa Melayu- C
  • Bahasa Inggeris- C
  • Sejarah- Lulus
  • Matematik- B
  • Matematik Tambahan- C
  • Kimia- Lulus
  • Fizik- C
  • Mendapat minimum C dalam mana-mana 1 mata pelajaran berikut: Biologi/ Sains Tambahan/ Lukisan Kejuruteraan/ Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik/ Asas Kelestarian/ Pertanian/ Sains Rumah Tangga/ Reka Cipta / Sains Komputer/ Sains Sukan/ Lukisan Kejuruteraan/ Grafik Komunikasi Teknikal/ Prinsip Perakaunan / Ekonomi/ Perdagangan/ Perniagaan.

iv) Perakaunan Professional

  • Bahasa Melayu- C
  • Bahasa Inggeris- A-
  • Sejarah- Lulus
  • Matematik- A
  • Matematik Tambahan- C
  • Mendapat minimum A dalam mana-mana 3 mata pelajaran berikut: Fizik/ Kimia/ Biologi/ Sains/ Sains Tambahan / Lukisan Kejuruteraan/ Asas Kelestarian/ Pertanian/ Sains Rumah Tangga/ Reka Cipta/ Sains Komputer/ Sains Sukan/ Grafik Komunikasi Teknikal/ Prinsip Perakaunan/ Ekonomi/ Perdagangan/ Perniagaan/ Pendidikan Syariah Islamiah/ Tasawwur Islam/ Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik

Senarai Matrikulasi

Calon yang berjaya mengikuti Program Matrikulasi KPM akan ditempatkan di Kolej Matrikulasi berikut mengikut jurusan yang ditawarkan:

Kolej MatrikulasiAliran/Jurusan
Kolej Matrikulasi MelakaPerakaunan, Sains
Kolej Matrikulasi Negeri SembilanPerakaunan, Sains
Kolej Matrikulasi Pulau PinangPerakaunan, Sains
Kolej Matrikulasi PerlisPerakaunan, Sains
Kolej Matrikulasi LabuanPerakaunan, Sains
Kolej Matrikulasi JohorPerakaunan, Sains
Kolej Matrikulasi PerakPerakaunan, Sains
Kolej Matrikulasi KedahPerakaunan, Sains
Kolej Matrikulasi PahangPerakaunan, Sains
Kolej Matrikulasi Kejuruteraan KedahKejuruteraan
Kolej Matrikulasi Kejuruteraan PahangKejuruteraan
Kolej Matrikulasi Kejuruteraan JohorKejuruteraan
Kolej Matrikulasi SelangorPerakauanan Professional, Perakaunan, Sains
Kolej Matrikulasi KelantanPerakaunan, Sains
Kolej Matrikulasi SarawakPerakaunan, Sains
Kolej MARA KulimPerakaunan, Sains
Kolej MARA Kuala NerangPerakaunan, Sains

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan kemasukan ke program ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://matrikulasi.moe.gov.my/.
  2. Klik bahagian ‘Permohonan.’
  3. Klik bahagian ‘Daftar Kali Pertama.’
  4. Masukkan no kad pengenalan serta angka giliran SPM dan seterusnya klik butang ‘Cari.’
  5. Isi maklumat diri dengan lengkap dan klik butang ‘Daftar.’
  6. Log masuk semula dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan yang didaftarkan.
  7. Isi maklumat dengan betul dan klik butang ‘Halaman Seterusnya.’
  8. Pada paparan akhir, klik butang ‘Hantar Permohonan.’
  9. Cetak borang permohonan untuk simpanan.

Pertanyaan Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut pertanyaan lanjut mengenai Program Matrikulasi KPM 2021 ini, sila hubungi Bahagian Matrikulasi KPM ditalian 03-8884 4083/4036/4037/4031 atau menghantar email ke [email protected]

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!