Permohonan UPUOnline Fasa 2 (Sesi Akademik 2023/2024)

Sukacita dimaklumkan bahawa Permohonan UPUOnline Fasa 2 kini dibuka untuk kemasukan pelajar Sesi Akademik 2023/2024 ke Program Asasi, Sijil, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.

Berdasarkan kenyataan daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), permohonan terbuka kepada pelajar yang berkelayakan bagi kemasukan ke 20 Universiti Awam (UA), 36 politeknik, 105 kolej komuniti dan empat Institusi Kemahiran Tinggi Awam (ILKA).

Untuk makluman, permohonan terbuka kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setaraf untuk semua program pengajian bagi permohonan Fasa Pertama manakala hanya program pengajian yang tidak bertemu duga dan atau ujian dibuka bagi permohonan Fasa Kedua.

Selaras dengan hasrat kerajaan bagi meringankan beban rakyat dan meningkatkan akses kepada pendidikan tinggi, sukacita diumumkan bahawa kos sebanyak RM15 sebagai Bayaran Proses UPUOnline bagi mendapatkan Unik ID akan ditanggung sepenuhnya oleh KPT.

Ikuti perkongsian kami untuk ketahui dengan lebih lanjut mengenai permohonan UPUOnline Fasa 2 bagi kemasukan sesi 2023/2024.

Baca Juga :Bantuan Ihsan Komputer (BAIK) Untuk Pelajar IPT Sabah

Tarikh Permohonan UPU Fasa 2 Sesi 2023/2024

Tarikh permohonan adalah seperti berikut :

  • Fasa 1 : 7 Januari hingga 28 Mac2023
  • Fasa 2 : 15 Mei hingga 12 Jun 2023
UPUOnline Fasa 2

Senarai Program Pengajian Yang Ditawarkan Bagi Permohonan UPUOnline 2023/2024

Terdapat sebanyak 471 buah program pengajian ditawarkan kepada lepasan SPM dan 1,088 buah program pengajian ditawarkan kepada lepasan STPM atau staraf oleh UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA seluruh negara.

Calon boleh membuat carian program pengajian semasa membuat permohonan dengan merujuk kepada pautan berikut :

https://upu.mohe.gov.my/

Pembelian No. Unik ID UPUOnline

Seperti yang tercatat dalam kenyataan rasmi KPT, pembelian nombor pin unik ID UPU ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan.

Panduan Permohonan UPUOnline Fasa 2 2023

Pemohon boleh ikuti langkah-langkah di bawah untuk kemukakan permohonan UPUOnline secara atas talian :

  • Layari portal rasmi UPU Online di pautan https://upu.mohe.gov.my/
  • Pastikan kategori anda betul.
  • Semak syarat kelayakan di e-panduan UPUOnline.
  • Kira merit disini.
  • Semak tren permohonan dan penawaran.
  • Semak laluan kerjaya.
  • Isi permohonan UPUOnline.
  • Pastikan mengisi maklumat bertanda (*) dengan lengkap.
  • Pilih pilihan program mengikut keutamaan.
  • Lengkapkan borang permohonan.
  • Klik butang “SIMPAN”.
  • Cetak slip permohonan.
  • Simpan slip permohonan sebagai bukti permohonan telah dibuat.
  • Semakan dan kemaskini permohonan adalah tanpa had. JANGAN TUNGGU SAAT AKHIR.
UPUOnline Fasa 2
UPUOnline Fasa 2

Tarikh-Tarikh Penting Permohonan UPU Online Sesi 2023/2024

Berikut dikongsikan tarikh-tarikh penting yang pemohon perlu tahu bagi permohonan UPUOnline Sesi 2023/2024 :

Aplikasi UPUPocket

UPUPocket adalah sebuah aplikasi mobile yang dibangunkan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Antara kemudahan yang ditawarkan dalam aplikasi adalah :

  1. Semakan status: Semak status permohonan UPU, status kelayakan, keputusan permohonan dan rayuan pemohon dengan lebih mudah
  2. e-Panduan: Dapatkan panduan untuk lepasan SPM, STPM / Setaraf, UPUSkills, carian program dan laluan kerjaya
  3. Takwim: Kalendar dengan tarikh -tarikh penting berkaitan permohonan UPU secara dalam talian
  4. Aduan: Salurkan sebarang aduan atau maklumbalas terus daripada UPUPocket
  5. Direktori: Aplikasi ini juga menyediakan direktori universiti / kolej yang disenaraikan untuk memudahkan para pelajar menghubungi terus pihak universiti/kolej

Para pemohon dialu-alukan untuk memuatnaik aplikasi UPUPocket ini di :

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai sistem serta permohonan UPU Online Fasa 2, sila hubungi UPU menerusi saluran berikut :

Anda juga boleh menyalurkan pertanyaan, aduan serta cadangan menerusi borang maklumbalas di pautan ini :
BORANG MAKLUMBALAS KPT

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!