Permohonan Kelas Digital SPM YWP: Tuisyen Online Percuma

Kepada calon-calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Wilayah Persekutuan pada tahun ini, sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Wilayah Persekutuan dan Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) telah bersetuju untuk melaksanakan Kelas Digital SPM YWP.

Untuk makluman, inisiatif Kelas Digital SPM YWP adalah salah satu daripada tujuh inisiatif baharu di bawah Inisiatif Wilayah Cakna 5.0 telah diumumkan oleh YB Tan Sri TPr Annuar Bin Haji Musa, Menteri Wilayah Persekutuan pada 25 Mei yang lalu.

Menerusi inisiatif ini, pelajar SPM yang terpilih akan mengikuti tusiyen online secara percuma mulai 1 Jun 2021 sehingga tarikh tamat peperiksaan SPM 2021.

Pelaksanaan kelas digital ini akan melibatkan seramai 20,000 pelajar di Wilayah Persekutuan yang bakal mengambil SPM pada tahun ini.

Subjek Yang Terlibat

Subjek-subjek yang terlibat dalam kelas digital ini merangkumi 10 subjek teras/wajib lulus/kritikal SPM iaitu:

  • Bahasa Malaysia
  • Bahasa Inggeris
  • Sejarah
  • Pendidikan Islam
  • Matematik
  • Sains
  • Fizik
  • Kimia
  • Biologi
  • Matematik Tambahan

Kesemua kelas pembelajaran tersebut direkodkan dalam Video On Demand (VOD) yang membolehkan pelajar yang terlibat untuk mengakses melalui semua jenis peranti dan berinteraksi dengan tutor melalui live chat.

Syarat Kelayakan

Hanya dua syarat kelayakan yang ditetapkan bagi melayakkan pelajar menyertai kelas ini iaitu:

  1. Calon SPM bagi tahun 2021
  2. Belajar di mana-mana sekolah dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Cara Memohon

Untuk memohon bagi meneyrtai kelas ini, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari laman web iaitu https://www.yayasanwp.org/kelasdigitalspmywp.
  2. Klik butang ‘Klik Di Sini Untuk Memohon.’
  3. Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan betul.
  4. Klik butang ‘Submit.’

Soalan Lazim

Bilakah Kelas Digital SPM YWP akan bermula?

Kelas Digital SPM YWP akan bermula mulai 1 Jun 2021 sehingga tamat SPM 2021.

Apakah bayaran yang ditetapkan untuk menyertai Kelas Digital SPM YWP ini?

Tiada bayaran ditetapkan dan penyertaan ke dalam kelas ini adalah percuma.

Apakah subjek yang ditawarkan dalam kelas ini?

Sebanyak 10 subjek teras yang ditawarkan iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Sejarah, Pendidikan Islam, Matematik, Sains, Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik Tambahan.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!