Permohonan Kemasukan Tingkatan 1 Sekolah Seni Malaysia 2022

Ibu bapa yang berhasrat untuk menghantar anak-anak mereka ke Sekolah Seni Malaysia, permohonan bagi kemasukan tingkatan 1 sesi 2022 telah dibuka.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan permohonan kemasukan ke sekolah tersebut boleh dibuat secara dalam talian melalui laman sesawang https://essem.moe.gov.my.

Permohonan kemasukan tingkatan 1 Sekolah Seni Malaysia ini telah dibuka mulai 15 Julai sehingga 30 September 2021.

Mengenai Sekolah Seni Malaysia

Sekolah Seni Malaysia ditubuhkan untuk memberikan peluang dan ruang kepada anak-anak muda Malaysia untuk berkarya dalam bidang seni dan tidak hanya bergantung kepada kerjaya tertentu sahaja sebaliknya mereka boleh membentuk kerjaya dalam bidang seni.

Penubuhan sekolah ini adalah sejajar dengan usaha KPM sebagaimana yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025 iaitu “Menyediakan Kesamarataan Akses kepada Pendidikan Berkualiti Bertaraf Antarabangsa dengan memperluas akses dan meningkatkan kualiti pendidikan selari dengan usaha untuk mengukuhkan sistem pendidikan negara yang lebih menyeluruh dan bukan berkisar kepada akademik semata-mata.

Lokasi Sekolah

Terdapat 4 buah Sekolah Seni Malaysia di seluruh negara iaitu:

  • Sekolah Seni Malaysia Johor di Bandar Seri Alam, Masai
  • Sekolah Seni Malaysia Sarawak di Kuching
  • Sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur di Pudu, Kuala Lumpur
  • Sekolah Seni Malaysia Perak di Sungai Siput Utara

Terdapat sebuah sekolah yang melaksanakan Program Pendidikan Seni iaitu:

  • SMK Elopura, Sandakan, Sabah

Bidang Kesenian

Bidang kesenian yang ditawarkan bagi murid yang memasuki sekolah ini adalah seperti berikut:

  • Muzik
  • Tari
  • Teater
  • Seni Visual

Syarat Permohonan

Syarat permohonan bagi murid yang ingin memasuki sekolah ini adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berbakat dan berpotensi dalam bidang kesenian(Seni Visual/Tari/Teater/Muzik).
  3. Sihat tubuh badan.
  4. Hanya permohonan secara atas talian atau online sahaja akan diproses.

Syarat Kemasukan

Selain syarat permohonan, murid juga perlu memenuhi syarat kemasukan iaitu:

  1. Calon mesti daripada sekolah bantuan penuh kerajaan.
  2. Lulus Uji Bakat (dilaksanakan secara dalam talian).
  3. Bersetuju menerima kemasukan ke SSeM yang ditawarkan mengikut bidang yang ditetapkan.
  4. Murid yang berjaya wajib tinggal di asrama dan tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan.
  5. Mengemukakan rekod kesihatan murid.
  6. Permohonan akan ditolak sekiranya calon memalsukan sebarang dokumen semasa membuat permohonan.

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari laman web https://essem.moe.gov.my.
  2. Klik bahagian ‘Daftar Kali Pertama.’
  3. Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Daftar.’
  4. Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan yang didaftarkan.
  5. Isi maklumat di 5 bahagian berikut:
    – Maklumat Sekolah dan Bidang Pilihan
    – Maklumat Pemohon
    – Maklumat Keluarga
    – Maklumat Akademik (PBD)
    – Maklumat Kokurikulum dan Kepimpinan
  6. Klik bahagian ‘Kemaskini Pautan Rakaman Video (Uji Bakat)’ untuk menghantar rakaman video.
  7. Isi maklumat yang diperlukan dan klik ‘Kemaskini.’

Pertanyaan Lanjut

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai kemasukan ke sekolah seni ini, sila hubungi:

  • Pn Zuraini Binti Abu Hassan: 03-88721616
  • Cik Noor Azilah Binti Ismail: 03-88721760

Ibu bapa juga boleh menghantar email pertanyaan ke [email protected].

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!