Kemaskini UPUOnline 2023/2024  (STPM/Setaraf)

Tarikh Kemaskini UPUOnline 2023/2024 Bagi Lepasan STPM/Setaraf Serta Tarikh Semakan

Kemaskini UPUOnline bagi sesi akademik 2023/2024 bagi lepasan STPM / MATRIKULASI / ASASI / STAM setaraf kini telah dibuka bermula pada tarikh 27 Julai 2023 jam 12.00 tengah hari sehingga 31 Julai 2023 jam 5.00 petang.

Ini adalah peluang terakhir bagi anda untuk kemaskini UPUOnline untuk menukar pilihan kursus anda, mengemas kini butiran hubungan anda, atau membetulkan sebarang ralat dalam permohonan anda sebelum ini.

Tempoh Kemaskini UPUOnline 2023/2024 (STPM/Setaraf)

kemaskini upuonline

Bagi lepasan STPM/MATRIKULASI / ASASI / STAM yang telah membuat permohonan upu sesi akademik 2023/2024 yang lalu, kemaskini permohonan UPU Online boleh dibuat pada tarikh dan ketetapan berikut ;

  • Tarikh kemaskini bermula 27 Julai 2023
  • Tarikh tutup kemaskini 31 Julai 2023 jam 5:00 petang

Perkara yang perlu disemak dan di kemaskini

  • KEMASKINI PILIHAN PROGRAM PENGAJIAN KECUALI YANG TELAH DIPANGGIL TEMU DUGA DAN/ATAU UJIAN.
  • HANYA PROGRAM PENGAJIAN YANG MEMENUHI SYARAT KHAS AKADEMIK SAHAJA AKAN DISENARAIKAN DALAM PILIHAN.
  • KATEGORI DIPLOMA / SETARAF : MUAT NAIK DOKUMEN DAN KEMASKINI KEPUTUSAN AKADEMIK SAHAJA

Cara Kemaskini UPUOnline

Untuk kemaskini UPUOnline, langkah pertama, anda perlu log masuk ke akaun UPU Online anda melalui laman web https://upu.mohe.gov.my/.

Setelah anda berjaya log masuk, anda perlu cari pautan ke halaman kemaskini UPUOnline.

Seterusnya pada bahagian kemaskini , sila semak satu persatu data dan maklumat yang yang perlu di isi. Anda boleh membuat perubahan pada pilihan kursus, mengemas kini butiran hubungan, atau memperbetulkan sebarang ralat dalam permohonan anda sebelum in.

Apabila perubahan yang diperlukan telah dilakukan, jangan lupa untuk mengklik butang “Kemaskini” agar segala maklumat dikemaskini dengan jayanya.

Penting untuk memeriksa dan mengesahkan bahawa semua maklumat telah diisi dengan betul sebelum menghantar kemaskini anda. Sebarang kesilapan maklumat yang disi isi, akan menyebabkan kesulitan pada kemudian hari. Tiada perubahan dapat dibuat selepas tamat tempoh kemaskini.

Tips untuk Kemaskini UPUOnline

  • Pastikan anda mempunyai semua keputusan terkini STPM/MATRIKULASI / ASASI / STAM atau setaraf denganya sebelum anda membuat kemaskini permohonan UPUOnline.
  • Semak semula keutamaan kursus anda sebelum anda mengklik butang “Kemaskini”.
  • Simpan salinan permohonan anda yang dikemas kini untuk rekod anda

Maklumat Lanjut

Jangan Lupa Ikuti di Media Sosial Rasmi UPUOnline :~

  •  TikTok : @bkpaupu
  •  Facebook : kemasukan bkpa jpt
  •  Telegram : UPUONLINE CHANNEL
  •  Instagram : @kemasukanbkpa
  •  YouTube : bkpaUPU

Sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan kemaskini permohonan UPUOnline, anda boleh hubungi pihak UPUOnline melalui:-

Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA
Jabatan Pendidikan Tinggi,
Kementerian Pengajian Tinggi
Aras 4, No. 2 Menara 2, Jalan P5/6
Presint 5 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62200 Wilayah Persekutuan Putrajaya

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!