Tips & Cara Belajar Membuat Peta Minda Yang Menarik

Peta minda merupakan salah satu kaedah pembelajaran yang sering digunakan bagi peringkat pengajian sama ada di sekolah mahupun di peringkat universiti.

Untuk maklumat, peta minda diperkenalkan oleh Tony Buzan bagi membantu pelajar berfikir dan belajar menggunakan cara membuat nota menerusi gambaran visual dengan lebih efektif dan efisien. 

Teknik yang digunakan ini sangat berguna dalam mengaitkan hubungan antara topik dan subtopik dalam sesuatu subjek atau pembelajaran.

Selain itu, peta ini juga berperanan menghubungkan setiap topik dalam membentuk hierarki yang mudah untuk difahami dan diingati.

Kebaikan Menggunakan Peta Minda

Kebaikan pembelajaran menggunakan kaedah ini adalah seperti berikut:

  • Membantu pelajar untuk belajar secara visual atau pemerhatian.
  • Memberi penekanan untuk unsur visual seperti imej, warna dan bentuk yang membantu meningkatkan fungsi kognitif dalam minda. 

Tips Membuat Peta Minda

Beberapa tips yang boleh digunakan dalam membuat peta ini adalah seperti berikut:

1. Gunakan warna dan gambar Yang Bersesuaian

Pelajar perlu memilih lakaran dan imej yang bersesuaian dengan topik atau subjek yang ingin ditulis.

Ini bagi memudahkan pelajar untuk anda menggambarkan visual dan topik yang dibincangkan.

Perlu diingatkan, elakkan daripada menggunakan warna yang seakan sama kerana ia akan menyukarkan pelajar untuk mengingati topik yang dibincangkan.

2. Gunakan kata kunci dan ayat yang ringkas.

Kata kunci dan ayat yang ringkas adalah penting bagi memastikan pelajar dapat mengingati setiap kata kunci dan ayat tersebut.

Perlu diingatkan, elakkan daripada membuat kata kunci yang terlalu panjang dan kompleks.

3. Rangka idea untuk pemetaan yang lebih teratur.

Rangka idea adalah penting mengelakkan pelajar membincangkan topik yang tidak berkaitan dan tidak bertindan mengenai idea yang ditulis.

Ini juga bagi memastikan peta minda ini lebih mudah untuk dilihat dan menampakan kesinambungan idea.

Cara Membuat Peta Minda

Untuk membuat peta minda ini, pelajar boleh mengikuti cara-cara berikut:

  1. Cari maklumat atau topik yang berkaitan.
  2. Gunakan hanya kata kunci atau gambar rajah yang sesuai.
  3. Tulis tajuk atau topik utama di bahagian tengah dan subtopik keluar ke semua arah
  4. Untuk setiap subtopik dan tuliskan kata kuncinya dan input-input yang penting.
  5. Ulang setiap tajuk atau topik sehingga semua isi penting tercatat.
  6. Jangan ambil masa terlalu lama.

Contoh Peta Minda

Contoh-contoh yang boleh dijadikan panduan seperti berikut:

i) Contoh 1

ii) Contoh 2

iii) Contoh 3

Info Lanjut

Untuk mendapatkan info lanjut, sila tontoh video di pautan berikut https://www.youtube.com/watch?v=IuQJIyBue_k.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!