Tawaran Program Biasiswa Zamalah Pendidikan MAIK 2022

Tawaran bagi Permohonan Program Biasiswa Zamalah Pendidikan MAIK 2022 kini di buka bermula April. Program biasiswa ini khusus anak Kelantan dan juga pemastautin tetap di negeri ini yang mencukupi syarat-syarat yang ditetapkan. Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) merupakan penaja untuk program biasiswa ini.

Maklumat berkaitan borang permohonan biasiswa Maik, semakan status, cara permohonan boleh diikuti seperti berikut.

Apa Itu Biasiswa Zamalah Pendidikan Maik

biasiswa zamalah pendidikan maik 2022

Ianya merupakan penajaan berbentuk biasiswa kepada para pelajar yang telah menerima tawaran dan mendapat tempat di institusi pengajian tinggi awam/swasta sama ada di semester pertama dan seterusnya untuk membantu para pelajar melanjutkan pengajian di pelbagai peringkat pengajian di sahaja.

Tarikh Tutup Permohonan

Permohonan untuk program biasiswa sesi 2022 ini bermula April sehingga tarikh tutup permohonan pada 30 April 2022

Syarat Umum

  1. Terbuka kepada semua pelajar lepasan SPM.
  2. Merupakan warga negara Malaysia yang lahir dan bermastautin tetap di Kelantan.
  3. Terdiri daripada golongan asnaf yang layak menerima zakat.
  4. Melepasi had kifayah yang telah ditetapkan oleh MAIK.
  5. Tidak mendapat tajaan atau bantuan kewangan daripada badan penaja lain.
  6. Berumur tidak melebihi 25 tahun pada tarikh permohonan.
  7. Telah menerima surat tawaran kemasukan ke tahun pertama pengajian dari mana- mana institusi tempatan (keutamaan kepada IPTA)

Syarat Khusus

Selain itu, syarat khusus bagi permohonan program ini adalah bergantung kepada peringkat pengajian:

i) Sijil Kemahiran

  1. SKM yang diiktiraf oleh MLVK perlu sekurang-kurangnya telah/sedang menduduki tahap 2; atau
  2. Sijil Kemahiran lain perlu sekurang- kurangnya lulus SPM.

ii) Diploma

  1. PNGK 3.5 pada semester 1 dan seterusnya; atau
  2. Berkelulusan SPM dengan sekurang-kurangnya gred 3A (tiada gred C dan ke atas ) 7 kredit.

iii) Ijazah Sarjana Muda

  1. PNGK 3.0 ke atas pada semester 1 dan seterusnya; atau
  2. Diploma PNGK 3.5 ke atas; atau
  3. STPM dengan sekurang-kurangnya PNGK 3.0 ke atas; atau
  4. STAM yang setara dengan STPM; atau
  5. Matrikulasi/Asasi Sains/Asasi Universiti berkenaan dengan sekurang-kurangnya PNGK 3.0.

Bidang Pengajian

MAIK tidak menetapkan syarat khusus untuk bidang pengajian yang di ambil.Mana-mana bidang yang bermanfaat. Walaupun begitu bidang perubatan tidak menjadi keutamaan untuk tawaran program biasiswa MAIK ini

Tempat Pengajian

Institusi tempatan sahaja dan tertakluk kepada surat tawaran.

Cara Mohon Biasiswa Zamalah Pendidikan MAIK

Permohonan untuk program biasiswa ini boleh di buat menerusi dua kaedah iaitu ;

  1. Secara atas talian dengan klik pada pautan http://eagihan.e-maik.my/
  2. Perkhidmatan KIOKS dan mesin pengimbas disediakan di aras bawah Unit Agihan Zakat MAIK dan seluruh Masjid Bandar Negeri di Kelantan.

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan dan kemusyiklan mengenai Program Biasiswa Zamalah Pendidikan MAIK, sila hubungi 09-7421519 atau menghantar email ke [email protected].

 

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!