Senarai Sekolah KPM Terjejas Banjir & Tarikh Pengoperasian Semula Sekolah

Senarai Sekolah KPM Terjejas Banjir & Tarikh Pengoperasian Semula Sekolah ~ Bencana banjir yang melanda negara pada ketika ini turut menjejaskan banyak institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Institusi pendidikan di bawah pengelolaan KPM adalah merujuk kepada sekolah, kolej vokasional, kolej matrikulasi serta IPT.

Ia juga terpakai kepada sekolah swasta yang berdaftar di bawah KPM.

Tarikh Pengoperasian Sekolah

Menerusi kenyataan media KPM bertarikh 24 Disember 2021, tarikh permulaan sesi persekolahan bagi Penggal 3 2021/2022 adalah seperti berikut :

Kumpulan A : 9 Januari 2022

Kumpulan B : 10 Januari 2022

Namun demikian, kenyataan media terkini dari KPM memaklumkan terdapat beberapa institusi pendidikan yang terkesan akibat banjir sehingga 3 Januari 2022 seperti berikut :

  • 18 institusi pendidikan, melibatkan 16 sekolah rendah dan 2 sekolah menengah
  • 87 institusi pendidikan masih dijadikan Pusat Pemindahan Sementara (PPS)
  • 8 institusi pendidikan telah terkesan akibat banjir dan belum bersedia untuk beroperasi

Berdasarkan kenyataan media terkini yang dikeluarkan KPM, sejumlah sekolah di negeri Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Selangor, Johor dan Sabah telah dinaiki air dan dijadikan PPS buat masa ini.

Justeru itu, sekolah-sekolah yang dinaiki air dan dijadikan PPS mungkin akan beroperasi pada tarikh lain berbanding sekolah lain yang tidak terjejas.

Bagi institusi pendidikan yang telah selesai dibersihkan dan dapat kembali beroperasi, pengoperasian institusi pendidikan tersebut akan bermula pada hari Ahad atau Isnin minggu persekolahan berikutnya.

KPM akan terus memantau dan mengemas kini maklumat pengoperasian institut pendidikan yang tersenarai akibat dilanda banjir atau dijadikan sebagai PPS.

Perubahan senarai yang dikeluarkan oleh KPM juga adalah tertakluk kepada situasi semasa banjir di seluruh negara.

Oleh itu, senarai institusi pendidikan mungkin akan bertambah akan berkurang pada setiap minggu.

Senarai Sekolah KPM Terjejas Banjir dan Masih Dinaiki Banjir (Senarai Dikemaskini 5.1.2022)

sekolah KPM terjejas banjir
sekolah KPM terjejas banjir
sekolah KPM terjejas banjir
sekolah KPM terjejas banjir

Sekolah Yang Pulih Banjir Tapi Masih Belum Bersedia Untuk Beroperasi

Semak Maklumat Terkini Pengoperasian Sekolah

Bagi memudahkan persiapan anak-anak kembali ke sekolah, ibu bapa digesa untuk peka dengan perkembangan yang akan sentiasa dikemaskini oleh KPM. Ibu bapa boleh layari laman sesawang KPM bagi mendapatkan maklumat terkini.

https://www.moe.gov.my/

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!