MyPPSM Cara Carian MyPPSM Cuti, GRC & Lain-Lain

Ketahui Apa Itu MyPPSM Cuti, GRC, Tanggung Kerja & Lain –Lain berkaitan Pengurusan sumber manusia bagi perkhidmatan awam termasuk myppsm perubatan, kenaikan pangkat serta semua pekeliling berkaitan sumber manusia sektor perkhidmatam awam.

Apa Itu MyPPSM

MyPPSM merupakan pengganti kepada MyPPSPP. Ianya dibangunkan sebagai sumber rujukan pekeliling-pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia yang dikemaskini bagi menggantikan portal MyPPSPP.

Ianya merupakan langkah berterusan pihak Jabatan Perkhidmatan Awam, bagi memastikan peraturan-peraturan berkaitan pengurusan sumber manusia adalah masih kekal relevan dan terkini. Ia nya boleh di akses melalui portal laman web https://docs.jpa.gov.my/ppsm/

Portal MyPPSM memberi akses kepada semua dasar yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam bentuk

  • Pekeliling Perkhidmatan (PP),
  • Surat Pekeliling Perkhidmatan (SPP) dan
  • Surat Edaran (SE)

Objektif MyPPSM

Antara objektif mengapa MyPPSM diwujudkan adalah ;

  • Menyemak semula pekeliling yang telah lapuk atau tidak lagi relevan;
  • Mengurangkan jumlah pekeliling sedia ada melalui proses penggabungan dan pembatalan; dan
  • Memudahkan pencarian peraturan dan rujukan berkaitan dengan pengurusan sumber manusia.

Kelebihan

Kelebihan portal MyPPSM adalah seperti berikut:

  • Pekeliling dalam portal disusun dengan lebih sistematik iaitu mengikut tema di bawah kategori kelompok yang saling berkaitan;
  • Pencarian pekeliling lebih mudah dan pantas berdasarkan kata kunci atau topik pekeliling tersebut tanpa perlu mengingati nombor bilangan dan tahun pekeliling itu diterbitkan;
  • Pengguna juga dapat membuat rujukan maklumat lain iaitu seperti Akta dan Peraturan yang berkaitan urusan Perkhidmatan Sumber Manusia; dan
  • Lebih mesra pengguna, sistematik dan informatif.

Cara Membuat Carian di MyPPSM

myppsm

Untuk akses menggunakan kemudahan MyPPSM, pengguna tidak perlu untuk mendaftar. Untuk carian, pengguna boleh menggunakan dua kaedah iaitu ;

Kaedah pertama – carian di laman utama MyPPSM

Contoh anda ingin menbuat carian berkaitan “cuti kuarantin anak sakit

  • Layari laman web https://docs.jpa.gov.my/ppsm
  • Taipkan kata kunci “cuti menjaga anak yang berkaitan di kotak carian yang terpapar di bahagian atas laman utama
  • Hasil carian akan muncul di dalam senarai search

Baca juga : GCR 2023 – Pekeliling Terkini 180 Hari Gantian Cuti Rehat

Kaedah kedua – carian di flipbook MyPPSM

Contoh jika pegawai ingin mencari peraturan mengenai ingin mencari peraturan mengenai ‘pakaian seragam,

  • Layari https://docs.jpa.gov.my/ppsm
  • Cari Kluster Saraan (SR) dan cari Pekeliling Induk SR.1 Kemudahan Pakaian.
  • Setelah masuk ke Pekeliling Induk berkenaan, pegawai perlu menekan butang carian (search) yang terletak di sebelah kanan atas flipbook dan menaip perkataan ‘pakaian seragam’.
  • Hasil carian akan muncul dalam senarai Search

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan lanjut boleh dikemukakan kepada e-mel help desk MyPPSM atau boleh berhubung dengan pegawai berikut:

E-mel help desk MyPPSM: [email protected]

Bahagian Penyelidikan, Perancangan dan Dasar
Jabatan Perkhidmatan Awam
Aras 12, Blok C1, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
W. P. Putrajaya.

Nama Pegawai: Dr. Putri Noorafedah binti Megat Tajudin
Telefon: 03-8885 3026
E-mel: [email protected]

Nama Pegawai: Puan Azura Azreen binti Yusof
Telefon: 03-8885 3028
E-mel: [email protected]

Nama Pegawai: Puan Wan Nurul Hayyu binti Wan Mahmood
Telefon: 03-8885 3711
E-mel: [email protected]

Baca juga : Cuti Tanpa Rekod : Senarai Cuti & Cara Mohon

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!