Jawatan Kosong FELDA Sebagai Field Supervisor

Berita baik, permohonan jawatan kosong sebagai Field Supervisor FELDA dibuka. Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan sebagai Field Supervisor.

Pemohon adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan Field Supervisor mengikut syarat kelayakan yang ditetapkan. Permohonan boleh dibuat sebelum tarikh tutup permohonan pada 24 Jun 2022.

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)

Telah ditubuhkan pada 1 Julai 1956 di bawah Ordinan Kemajuan Tanah 1956 (Akta 474) untuk pembangunan tanah dan penempatan semula (dibawah GSA-Group Settlement Areas – Akta 530) dengan objektif pembasmian kemiskinan melalui penanaman tanaman minyak sawit dan getah. Antara fungsi FELDA adalah untuk melaksanakan projek-projek pembangunan tanah dan aktiviti pertanian, perindustrian dan komersial sosial ekonomi.

FELDA Plantation Management Sdn Bhd FPMSB adalah merupakan sebuah anak syarikat felda (Federal Land Development Authority) yang menumpukan kepada sektor peladangan seperti kelapa sawit dan getah

Jawatan Kosong FELDA – Field Supervisor

jawatan kosong felda field supervisor

Ringkasan Tugas Sebagai Field Supervisor

Bertanggungjawab menyelia, mengawasi, memantau dan menilai pelaksanaan program/ aktiviti untuk urusan kebun, kebersihan ladang, pembajakan, kawalan makhluk perosak tanaman dan penghasilan kebun getah dan sawit.

Kelayakan

  • Minimum spm/stpm atau setaraf dengan mendapat minima 4 kredit termasuk subjek bahasa melayu & matematik
  • Keterampilan yang baik, ampu bertutur serta menulis dengan baik
  • Boleh bekerja dengan pengawasan yang minimum dan secara berkumpulan
  • Mempunyai kemahiran menggunakan computer
  • Berumur tidak melebihi 35 tahun
  • Memiliki lesen bs
  • Lelaki

Baca juga : Program GEMS PTPTN : Tawaran Graduan Menjadi Ejen PTPTN RM400 Sebulan

Tarikh Permohonan

Permohonan boleh dibuat sebelum tarikh tutup pada 24 Jun 2022

Cara Permohonan

Calon-calon yang berminat hendaklah membuat permohonan beserta resume dan salinan sijil-sijil akademik serta gambar berukuran pasport (tidak dikembalikan). Sila kemukakan permohonan kepada;

Ketua bahagian pembangunan sumber manusia

Felda Plantation Management Sdn Bhd

Tingkat 28,menara felda

platinum park, no 11,persiaran klcc

50088 kuala lumpur

Atau emailkan kepada [email protected], [email protected]

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai Jawatan Kosong FELDA Sebagai Field Supervisor 2022 anda boleh layari facebook https://www.facebook.com/FeldaLKTP

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!