eUKCG KPM : Panduan Ujian, Tips & Semakan
Setiap calon pelantikan bagi jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 pada 7 April 2023 perlu menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (eUKCG) secara dalam talian sebelum ditemu duga.
Berdasarkan hebahan yang telah dikongsikan pada 7 April 2023, calon-calon berikut perlu menduduki eUKCG iaitu :
- Graduan BUKAN PENDIDIKAN daripada Institusi Pengajian Tinggi Tempatan (Universiti Awam dan Swasta) dan luar negara yang diiktiraf oleh kerajaan; atau
- Graduan BUKAN PENDIDIKAN yang memiliki Ijazah Sarjana selain Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).
Calon-calon ini diminta untuk menduduki eUKCG secara atas talian.
Para calon juga dikehendaki untuk mendaftar nombor pin / kata laluan bermula 11 Mei 2023 sehingga 14 Mei 2023 sebelum diberi akses bagi menduduki ujian tersebut.
Baca Juga : PISMP 2023 : Pengambilan Calon Guru Tajaan Kementerian Pendidikan Malaysia Untuk Lepasan SPM
Apa Itu eUKCG?
UKCG adalah ringkasan kepada Ujian Kelayakan Calon Guru.
eUKCG merupakan ujian psikometrik secara online yang dianjurkan oleh IPGM KPM untuk menyaring calon-calon yang memohon latihan perguuruan di IPG.
Calon juga diingatkan bahawa tarikh ujian tidak boleh ditukar. Oleh itu, calon perlu bersedia untuk menduduki ujian tersebut pada tarikh yang telah ditetapkan.
Menerusi ujian ini, hanya calon yang lulus sahaja akan dipertimbangkan untuk menduduki saringan seterusnya.
Tips dan Panduan Ujian eUKCG
Berikut merupakan beberapa butiran dan tips mengenai ujian eUKCG :
- Soalan menguji tahap kelayakan profesion seorang guru.
- Calon memerlukan talian internet yang stabil dan digalakkan menggunakan komputer atau komputer riba untuk menjawab eUKCG secara lancar.
- Secara amnya, soalan adalah berkisar tentang personaliti serta kualiti yang perlu ada pada seorang guru. Sama ada pandai bersosial, bekerja secara berkumpulan serta sifat kepimpinan.
- Soalan UKCG ini tidak ada format jawapan yang boleh dihafal.
- Soalan dipecah kepada beberapa bahagian. Biasanya 45 minit untuk 180 soalan. Jadi, ada 15 saat sahaja untuk satu soalan.
- Calon dinasihatkan untuk menjawab secara spontan. Pilih jawapan yang sesuai dengan diri sendiri.
- Soalannya menguji inventori seorang guru yang merangkumi integriti, personaliti, kecerdasan emosi dan sifat terpuji yang perlu ada pada seorang guru.
- Soalan UKCG ada yang berulang. Contoh soalan nombor 8 dan soalan nombor 39 adalah sama.
- Ada juga soalan yang menguji psikologi atau tahap kewarasan bakal guru.
- Calon juga diingatkan bahawa ujian eUKCG adalah sulit. Calon tidak dibenarkan menunjuk, membuka ruang untuk orang lain melihat atau menyebarkan soalan ujian kepada pihak lain.
Semakan Pendaftaran Online eUKCG 2023
Untuk makluman, pendaftaran eUKCG telah ditutup pada 17 Mei 2023. Para calon boleh mengenal pasti status kelayakan menduduki eUKCG berdasarkan lampiran berikut :
Untuk sebarang pertanyaan, calon-calon boleh berhubung dengan saluran berikut :
a) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) – urusan eUKCG : 03-8312 6731/ 6768/ 6760/ 6733/ 6693
b) Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) – urusan pengambilan :03-8893 4019 / 4020
Untuk makluman, calon-calon diminta memberi perhatian tarikh penting semakan kelulusan e-UKCG.
Ujian Online dan Pendaftaran
Calon yang berkelayakan boleh mendaftarkan nombor pin atau kata laluan di pautan https://ukcg.moe.gov.my bagi mendapatkan tarikh menduduki ujian.
Calon akan mendapat maklumat seperti lampiran di bawah.
Berikut pula adalah slip menduduki ujian online eUKCG.
Tarikh Semakan Keputusan Calon
Pengumuman rasmi calon berjaya adalah dibuat dari semasa ke semasa mengikut ambilan dan temuduga.
Bagi calon PISMP, sila layari pautan https://pismp.moe.gov.my/
Maklumat Lanjut
Untuk keterangan lanjut atau sebarang pertanyaan mengenai eUKCG, sila hubungi saluran berikut http://mypdpp.gov.my/
Calon juga boleh layari Facebook Jabatan Pengambilan dan Penempatan Pelajar IPGM. https://www.facebook.com/Jabatan-Pengambilan-dan-Penempatan-Ipgm-Kpm-100358478320097/