myMOHON 2023 Permohonan Pensyarah & Pengurusan IPG

myMOHON 2023 : Pengambilan Pensyarah, Jurulatih Kokurikulum, Pegawai Pengurusan & Pegawai Kaunselor Di 27 Buah Ipg Kampus Dan Eltc 2023.

Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia (IPGM, KPM) dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia berstatus Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Siswazah Bumiputera/ Bukan Bumiputera (Jawatan Akademik, Jurulatih Kokurikulum, Pegawai Kaunselor & Pegawai Pengurusan) yang berkelayakan dalam bidangbidang berkaitan untuk mengisi jawatan tetap di semua Instititut Pendidikan Guru Kampus (IPGK) dan English Language Teaching Centre (ELTC). Bagi pensyarah yang berkhidmat di Sabah dan Sarawak adalah layak mendapat Elaun Perumahan Wilayah, Elaun Gangguan, Elaun Kritikal, Elaun Warden (jika dilantik sebagai warden) dan Bantuan Sara hidup (BSH). Kekosongan kritikal di Sabah dan Sarawak.

Apa Itu myMOHON

myMOHON atau mohon sgmy merupakan portal yang dibangunkan khusus untuk membolehkan permohonan bagi Jawatan Akademik & Pegawai Pengurusan, IPG dapat dibuat secara online.

Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPG), Kementerian Pendidikan Malaysia (IPGM, KPM) ingin mnegajak kepada calon-calon Warganegara Malaysia yang berstatus Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Jawatan Akademik, Jurulatih Kokurikulum & Pegawai Pengurusan) yang berkelayakan dalam bidang-bidang berkaitan untuk mengisi jawatan tetap di semua Kampus Instititut Pendidikan Guru

myMOHON 2023 : Iklan Pengambilan Pensyarah, Jurulatih Kokurikulum, Pegawai Pengurusan & Pegawai Kaunselor

mymohon 2023

Tarikh -tarikh penting myMOHON 2023

   
PERKARA   
   
TARIKH   

Permohonan dibuka secara online
   
9 Mac 2023   

Permohonan ditutup
   
21 Mac 2023   

Semakan dokumen oleh IPGK
   
22 Mac – 31 Mac 2023   

Semakan panggilan temuduga
   
2 April 2023   

Temuduga Bersemuka
   
9 April – 18 April 2023   

Baca juga : Bantuan Pendidikan BAKTIDESA KPLB

JAWATAN AKADEMIK : PENSYARAH (PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN-PPP)DG44H / 48 / 52 / 54 (KUP)

Syarat Kelayakan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut ;

  • Warganegara Malaysia;
  • Disahkan dalam perkhidmatan;
  • Tahap kesihatan yang baik;
  • Mencapai kecemerlangan perkhidmatan dengan markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT/ PBPPP) sekurang-kurangnya 85% dalam tempoh tiga (3) tahun berturut-turut (2019, 2020 dan 2021);
  • Tidak pernah dikenakan tindakan tatatertib / surcaj;
    • Melaksanakan perisytiharan harta;
    • Bebas daripada disenaraikan sebagai Peminjam Tegar Institut Pendidikan dan tidak berada dalam keberhutangan yang serius;
  • Memiliki kelayakan akademik seperti berikut:-
    • Ijazah Sarjana Muda atau Diploma Lanjutan dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar penuh dengan Lembaga Akreditasi Malaysia.
    • Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;atau
    • Ijazah Kedoktoran (Ph.D) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    • Keutamaan akan diberikan kepada calon yang memiliki kelayakan akademik yang sama atau selari dalam Ijazah Sarjana Muda atau Diploma Lanjutan, Ijazah Sarjana dan Ph.D dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    • Diperakukan oleh Ketua Jabatan (Diluluskan oleh Pengarah JPN/ Bahagian dan Pengetua/ Guru Besar).

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

Calon lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

JAWATAN AKADEMIK : JURULATIH KOKURIKULUM DG44H / 48 / 52 / 54(KUP)

Syarat kelayakan :

  • Warganegara Malaysia;
  • Disahkan dalam perkhidmatan;
  • Tahap kesihatan yang baik;
  • Mencapai kecemerlangan perkhidmatan dengan markah Laporan Nilaian restasiPTahunan (LNPT/ PBPPP) sekurang- kurangnya 85% dalam tempoh tiga (3) tahun berturut-turut (2020, 2021 dan 2022);
  • Tidak pernah dikenakan tindakan tatatertib / surcaj;
  • Melaksanakan perisytiharan harta;
  • Bebas daripada disenaraikan sebagai Peminjam Tegar Institut Pendidikan dan tidak berada dalam keberhutangan yang serius;
  • Berada di Gred PPP Siswazah sekurang-kurangnya DG44 Hakiki / KUP;
  • Memiliki kelayakan akademik seperti berikut:-
    • Ijazah Sarjana Muda atau Diploma Lanjutan dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar penuh dengan Lembaga Akreditasi Malaysia.
    • Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
    • Ijazah Kedoktoran (Ph.D) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    • Keutamaan akan diberikan kepada calon yang memiliki kelayakan akademik yang sama atau selari dalam Ijazah Sarjana Muda atau iploma Lanjutan, Ijazah Sarjana dan Ph.D dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    • Diperakukan oleh Ketua Jabatan (Diluluskan oleh Pengarah JPN/ Bahagian dan Pengetua/ Guru Besar).
  • Kelayakan tambahan dalam bidang Ko-Kurikulum seperti:
    • Mempunyai kelayakan, pengalaman dan kepakaran dalam bidang KoKurikulum.
    • Mempunyai sekurang-kurangnya SATU (1) Sijil Kejurulatihan dan DUA(2) Sijil Kepegawaian dalam bidang Ko-Kurikulum daripada Jabatan/ Agensi sukan yang diperaku.
  • Aktif dan banyak memberi sumbangan dalam bidang Ko-Kurikulum

JAWATAN PENGURUSAN : PEGAWAI PENGURUSAN DG41 / 42 / 44(KUP) PEGAWAI KAUNSELOR DG41 / 42 / 44(KUP)

Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Disahkan dalam perkhidmatan;
  • Tahap kesihatan yang baik;
  • Mencapai kecemerlangan perkhidmatan dengan markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT/ PBPPP) sekurang  kurangnya 85% dalam tempoh tiga (3) tahun berturut-turut (2020, 2021 dan 2022);
  • Tidak pernah dikenakan tindakan tatatertib / surcaj;Telah melaksanakan perisytiharan harta;
  • Perakuan daripada Ketua Jabatan dan pemohon bebas daripada disenaraikan sebagai Peminjam Tegar Institusi Pendidikan dan tidak berada dalam keberhutangan yang serius;
  • Berada di Gred PPP Siswazah sekurang-kurangnya DG41 Hakiki /42/ 44 KUP;
  • Memiliki kelayakan akademik seperti berikut:-
    • Ijazah Sarjana Muda atau Diploma Lanjutan dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar penuh dengan Lembaga Akreditasi Malaysia.
    • Keutamaan akan diberikan kepada calon yang memiliki kelayakan akademik yang sama atau selari dalam Ijazah Sarjana Muda atau Diploma Lanjutan, Ijazah Sarjana dan Ph.D dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Cara Permohonan di myMOHON

Pemohon dikehendaki mengisi borang permohonan di laman sesawang berikut:

  1. Layari https://mypdpp.moe.gov.my/myMOHON
  2. Daftar Permohonan Baharu       
  3. Log Masuk Permohonan              
  4. Profil Permohonan( Lengkapkan Maklumat)       
  5. Permohonan    
  6. Pergesahan Permohonan/ Cetak Borang Permohonan   
  7. Pergesahan/ Sokongan Secara Manual daripada:
    • i .Ketua Jabatan/ Pengetua/ Guru Besar
    • ii Pengarah/ Pengarah JPN
  8. Tamat/ Log Keluar

Prosedur Permohonan

  1. Seorang pemohon hanya boleh memohon untuk SATU JAWATAN yang diiklankan dan HANYA boleh memohon di SATU (1) INSTITUT PENDIDIKAN GURU (IPG) sahaja.
  2. Calon yang berjaya ditempatkan di IPG perlu berkhidmat sekurang-kurangnya tiga (3) tahun sebelum boleh memohon ke mana-mana Bahagian atau agensi awam atau swasta.
  3. Calon yang mempunyai Ijazah Kedoktoran (Ph.D) adalah sangat dialu-alukan memohon.
  4. Calon perlu mencetak borang permohonan dari sistem myMohon dan wajib mendapat sokongan serta ulasan dari Ketua Jabatan masing-masing. Calon perlu mendapat kelulusan atau pelepasan dan ulasan daripada Pengarah Bahagian/ JPN seperti dalam ruangan kelulusan Ketua Jabatan dan Pengarah Bahagian/ JPN sebelum menghantar borang ke IPGK yang dipilih. Borang permohanan yang telah lengkap dan mendapat kelulusan daripada Pengarah Bahagian/ JPN perlu dihantar ke IPGK yang berkenaan untuk diproses. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.
  5. Tarikh tutup permohonan adalah pada 21 MAC 2023 11.59 Malam (Selasa)
  6. Permohonan yang tidak lengkap atau tidak mematuhi kriteria yang ditetapkan atau tidak dikemukakan melalui KETUA JABATAN/ BAHAGIAN akan ditolak oleh Bahagian ini dan tidak akan diproses.

Dokumen Yang di Perlukan

Sila sertakan semua Salinan dokumen/ sijil (Perlu disahkan oleh Pegawai dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional – Kumpulan A) seperti berikut:

  • Kad Pengenalan;
  • Salinan Buku Perkhidmatan Kerajaan yang telah dikemaskini;
  • Sijil-sijil Akademik (SPM/ STPM/ Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana/ PhD);
    • Sijil-sijil Ko-kurikulum/ Penglibatan NGO;
    • Sijil Kelayakan Profesional (sekiranya ada);
    • Testimonial/ Pengesahan Kerja daripada majikan ;

myMOHON Semakan Memohon

Calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temu duga. Proses temuduga secara bersemuka akan dilaksanakan di IPG Kampus yang dimohon. Permohonan dianggap tidak berjaya sekiranya tidak menerima sebarang maklum balas dalam masa enam (6) bulan dari tarikh iklan.

Maklumat Lanjut

Sila hubungi IPGK/ELTC berkenaan sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan (mymohon).

Unit Pengurusan Sumber Manusia,
Pejabat Pendaftar,
Institut Pendidikan Guru Malaysia,
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Aras 1-3, Blok 2250, Jalan Usahawan 63000 Cyberjaya,
SELANGOR

No Telefon Pejabat : 03-8312 6666/ 6644/ 6613

Soalan Lazim F.A.Q

Bagaimana cara untuk membuat permohonan?

Permohonan boleh dibuat secara online melalui https://mypdpp.moe.gov.my/myMOHON/

Bilakah tarikh tutup permohonan myMOHON 2023?

Permohonan dibuka 9 hingga 21 Mac 2023.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!