Permohonan Online MySTEP 2023 & Jawatan Kosong Terkini

Berita baik Permohonan MySTEP 2023, menerusi Bajet 2023, inisiatif JaminKerja Keluarga Malaysia (JaminKerja), MySTEP kini menawarkan sebanyak 80,000 peluang pekerjaan secara kontrak yang merangkumi 50,000 peluang pekerjaan dalam Sektor Awam dan 35,000 peluang pekerjaan dalam GLC serta rakan strategik. Di samping itu, dalam usaha untuk memastikan golongan OKU tidak dipinggirkan, Kerajaan turut mengumumkan kuota khas OKU sebanyak 1 peratus bagi pengambilan MySTEP 2023 terus dikekalkan.

Melalui kerjasama erat daripada setiap Kementerian, Agensi Kerajaan dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), Kerajaan percaya bahawa sasaran sebanyak 80,000 peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia akan berjaya dicapai.

Permohonan MySTEP 2023

jawatan kosong mystep 2023

Bagi tahun 2023,Inisiatif dengan nilai RM1.8 bilion ini menawarkan 80,000 peluang pekerjaan secara kontrak (50,000 peluang pekerjaan dalam sektor awam dan 30,000 peluang pekerjaan dalam GLC serta rakan-rakan strategik).

  • Di samping itu, dalam memastikan golongan OKU tidak dipinggirkan, Kerajaan turut mengumumkan kuota khas sebanyak satu (1) peratus kepada golongan OKU di dalam Sektor Awam / GLC / rakan strategik

Terdapat dua saluran program penempatan di bawah MySTEP iaitu:

  • Penempatan di Sektor Awam
  • Penempatan di GLC dan rakan strategik

Penempatan perolehan perkhidmatan Personel MySTEP adalah berdasarkan output tanpa tertakluk kepada waktu/ tempat/ jadual bertugas yang terpakai kepada pegawai awam.

  • Personel MySTEP yang ditempatkan di sektor awam tidak tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Awam 2012, Perintah-Perintah Am atau peraturan-peraturan yang berkuatkuasa ke atas pegawai awam
  • Bagi GLC, penempatan adalah berdasarkan kepada struktur program penempatan GLC masing-masing.

Tempoh Kontrak Perkhidmatan MySTEP

  • Minimum satu (1) bulan dan maksimum dua belas (12) bulan; dan
  • Tempoh kuatkuasa kontrak tidak melangkau 30 Jun 2023

Baca juga : Permohonan BKP Negeri Sembilan : Bantuan Hilang Pekerjaan RM300

Gaji MySTEP 2023

Kadar upah sebenar yang ditawarkan adalah berdasarkan jenis dan kompleksiti tugas yang bersesuaian dengan kelayakan akademik berasaskan prinsip kadar upah untuk kerja. Bayaran upah perlu mengandungi elemen caruman kepada PERKESO dan KWSP.

Jenis / Kompleksiti Tugas Berdasarkan Kesetaraan AkademikKadar Sektor Awam (RM)GLC / GLIC / rakan strategik
Saranan Kadar Minimum*
(RM)
Ijazah Sarjana Muda setaraf dan ke atas2,1002,100
Setaraf Diploma/ Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia1,9001,900
Setaraf Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)1,7001,700
Tiada Sijil Pelajaran Malaysia1,5001,500

Kemudahan Yang Diberi

permohonan mystep 2022

Kelayakan Permohonan

  • Warganegara Malaysia
  • 18 tahun keatas
  • Lepasan Sekolah/ Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia/ Lulusan Diploma/ Lulusan Ijazah Sarjana Muda dan Keatas
  • Bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), pelantikan adalah tertakluk kepada Kementerian masing-masing

Permohonan My STEP Online

  1. Tempoh permohonan: 1 Januari 2023 – 31 Disember 2023
  2. Dokumen yang diperlukan:
    • CV atau Resume
    • Sijil Digital Vaksinasi COVID-19
  3. Permohonan MySTEP adalah melalui Portal Rasmi MySTEP

Semakan MySTEP 2023

Untuk semakan keputusan permohonan, anda akan di hubungi melalui e-mel sekiranya anda layak untuk mengisi kekosongan jawatan tersebut.

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan dan masalah berkaitan Permohonan MySTEP 2023, anda boleh layari https://mystep.mof.gov.my/ atau hubungi ;

Soalan Lazim F.A.Q

Apa Itu MySTEP 2023

Malaysia Short-Term Employment Programme (MySTEP) merupakan inisiatif Kerajaan yang menyediakan peluang pekerjaan jangka pendek (kontrak) di pelbagai Kementerian, Agensi Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) dan Rakan Strategik

Tempoh Kontrak Perkhidmatan MySTEP

a.Minimum satu (1) bulan dan maksimum dua belas (12) bulan; dan
b.Tempoh kuatkuasa kontrak tidak melangkau 31 Disember 2023 (Bagi Sektor Awam)

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!