Cuti Kuarantin Anak Sakit – Pekeliling Terkini Penjawat Awam

Pekeliling terkini kemudahan cuti kuarantin anak sakit penjawat awam telah diperuntukkan di bawah Perintah Am 24 Bab C (Cuti) kepada pegawai yang dalam perjalanan balik ke Malaysia dari luar negara yang ditahan di mana-mana stesen kuarantin oleh pihak berkuasa kesihatan pelabuhan atau lapangan terbang kerana berlaku wabak penyakit berjangkit atau pegawai dikurung di rumahnya oleh mana-mana kuasa kesihatan kerana wabak penyakit berjangkit.

Penjawat awam yang diberi perintah kuarantin adalah layak mendapat cuti bergaji penuh sepanjang tempoh kuarantin.

Selaras dengan keprihatinan kepada institusi kekeluargaan dalam konteks penjagaan kesihatan anak, Kerajaan telah bersetuju supaya Kemudahan Cuti Menjaga Anak Yang Dikuarantin atau Memerlukan Pengasingan diberikan kepada pegawai yang anaknya menghidap penyakit berjangkit dan perlu dikuarantin.

Cuti Kuarantin Anak Sakit

Cuti Kuarantin Anak Sakit

Sekiranya mana-mana anak penjawat awam telah diberi perakuan oleh mana-mana Pegawai Perubatan Kerajaan atau swasta yang menyatakan anak tersebut perlu dikuarantin kerana penyakit berjangkit, penjawat awam boleh diberi Kemudahan Cuti Menjaga Anak Yang Dikuarantin Atau Memerlukan Pengasingan untuk menjaga anak yang sakit.

Syarat Kelayakan Cuti Kuarantin Anak Sakit

Pegawai yang layak Kemudahan Cuti Menjaga Anak Yang Dikuarantin Atau Memerlukan Pengasingan adalah ibu dan bapa yang sah.

Anak adalah termasuk:

  • (a) anak kandung;
  • (b) anak tiri tanggungan;
  • (c) anak angkat de facto;
  • (d) anak angkat; dan
  • (e) anak pelihara.

a) tempoh yang boleh diluluskan adalah terhad kepada maksimum lima (5) hari bagi setiap kes atau selama tempoh perakuan yang dikeluarkan oleh manamana Pegawai Perubatan Kerajaan atau swasta mengikut mana yang lebih rendah, termasuk Hari Rehat Mingguan, Hari Kelepasan Mingguan dan Hari Kelepasan Am;

(b) syarat anak yang dikuarantin adalah:

(i) berumur bawah 18 tahun atau jika masih belajar bawah 21 tahun; dan

(ii) tidak kira apa jua umurnya bagi yang cacat otak atau hilang upaya dari segi jasmani dan secara kekal dan yang tidak berupaya untuk menanggung dirinya sendiri, dengan syarat anak itu adalah cacat otak atau hilang upaya dari segi jasmani dan secara kekal sebelum anak itu mencapai umur 21 tahun.

(c) pegawai yang memerlukan tempoh tambahan boleh memohon Cuti Rehat/ Cuti Rehat Khas atau cuti-cuti lain yang berkelayakan.

Selain itu, apabila keadaan seseorang pegawai adalah mengizinkan dan berupaya melaksanakan tugasan di rumah, Ketua Jabatan boleh mempertimbangkan Bekerja Dari Rumah sepertimana peruntukan MyPPSM Ceraian SR.4.1.2 (Dasar Bekerja Dari Rumah)

Kemudahan Cuti Menjaga Anak Yang Dikuarantin Atau Memerlukan Pengasingan hendaklah dilaksanakan seperti berikut:

(a) pegawai boleh menggunakan Kemudahan Cuti Menjaga Anak Yang Dikuarantin Atau Memerlukan Pengasingan pada bila-bila masa dalam tempoh perakuan yang dikeluarkan oleh mana-mana pegawai perubatan Kerajaan atau swasta;

(b) senarai penyakit berjangkit yang boleh dipertimbangkan dengan penambahan lain-lain penyakit berjangkit yang diperakukan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan atau swasta; dan

(c) permohonan hendaklah dikemukakan kepada Ketua Jabatan beserta perakuan yang dikeluarkan oleh mana-mana Pegawai Perubatan Kerajaan atau swasta dengan menggunakan Borang Permohonan Cuti Menjaga Anak Yang Dikuarantin Atau Memerlukan Pengasingan

Baca juga : GCR 2023 Pekeliling Terkini 180 Hari Gantian Cuti Rehat

Senarai Penyakit Berjangkit

Pekeliling Cuti Kuarantin Menjaga Anak Sakit

pekeliling Cuti Kuarantin Anak Sakit

Pekeliling cuti kuarantin terkini boleh dirujuk melalui ;

  • i.Surat Edaran JPA.SARAAN (S) 43/35 Jld.12 ( 8 )
  • ii. Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSM) Ceraian SR5.4.4 (Kemudahan Cuti Menjaga Anak Yang Dikuarantin Atau Memerlukan Pengasingan).
  • iii. Soalan Lazim

Borang Cuti Kuarantin Anak Sakit

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berkaitan pekeliling terkini kemudahan cuti kuarantin anak sakit, anda boleh rujuk dokumen yang disertakan yang di keluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) atau anda juga boleh hubungi

Baca juga :

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!