Cuti Tanpa Rekod : Senarai Cuti & Cara Mohon

Bagi pegawai perkhidmatan awam, mereka juga diperuntukkan cuti tanpa rekod selain cuti tahunan dan cuti sakit.

Kemudahan cuti tanpa rekod ini ditawarkan bagi memudahkan urusan penjawat awam dalam menguruskan aktiviti tertentu.

Ikuti perkongsian kami untuk ketahui dengan lebih lanjut mengenai kemudahan Cuti Tanpa Rekod.

Jenis-Jenis Cuti Tanpa Rekod dan Tempoh

Berikut dikongsikan jenis cuti tanpa rekod (CTR) serta tempoh hari maksimum yang diperuntukkan.

Jenis-Jenis CTRTempoh hari maksimum
Mengambil bahagian dalam sukan/olahragaTidak lebih 30 hari
Cuti gantian9 jam bersamaan 1 hari
Latihan pasukan sukarela30 + 2 hari perjalanan
Latihan/khemah/Kerja Persatuan/ Pertubuhan14 + 2 hari perjalanan
Latihan Syarikat KerjasamaTidak melebihi 2 bulan
Mesyuarat Persatuan IkhtisasTempoh sebenar + 2 hari
Tugas khas perubatan14 hari
Lain-lain kursus (Kursus Belia, Kepimpinan dan Kesatuan Sekerja)14 + 2hari
Mengambil PeperiksaanHari Peperiksaan
Lawatan Kebudayaan dan Pertandingan Bulan Bahasa KebangsaanTempoh sebenar
Mesyuarat MBKHari Mesyuarat
Hadir Mahkamah Luar StesenTempoh sebenar + 2 hari
Isteri bersalin7 hari
Jurulatih PLKNTempoh sebenar + 2 hari
Kursus sambilan30 hari
Urusan kematian ahli keluarga terdekat3 hari
Meyertai musabaqah Al-Quran30 hari
Deepavali1 hari
Good Friday1 hari
Perayaan Songkran1 hari
Pesta Kaamatan dan Hari Gawai1 hari
Perayaan Vaisakhi1 hari
Keagamaan7 hari
Menderma organ42 hari
Umrah7 hari
cuti tanpa rekod

Seterusnya, dikongsikan butiran serta syarat kelayakan bagi setiap cuti

i) Cuti Ganti / Cuti Gantian

Pegawai Yang Layak Memohon

  • Pegawai yang tidak layak mendapat Bayaran Bekerja Lebih Masa / sebarang bayaran khas lain.
  • AKP yang tidak mendapat Bayaran Bekerja Lebih Masa.
  • Pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi
  • Pegawai Kumpulan P&P.
  • Diarahkan bertugas lebih masa pada hari bekerja biasa, hari cuti am atau hari kelepasan mingguan.

Syarat Kelayakan

  • Arahan dikeluarkan oleh Ketua Jabatan untuk bertugas lebih masa.
  • Tugas lebih daripada masa bekerja biasa atau masa kecemasan, hari cuti am atau hari kelepasan mingguan.
  • Cuti Gantian hendaklah sama banyak dengan masa yang dipanggil bertugas lebih masa (tidak termasuk hari perjalanan).

Kategori Kerja Lebih Masa

  • Kerja-kerja kecemasan
  • Kerja-kerja yang dikehendaki oleh anggota melebihi bidang tugas biasanya.
  • Kerja mustahak tidak boleh ditangguh kepada hari berikutnya (mudaratkan perkhidmatan jika ditangguh).

ii ) Cuti Latihan Pasukan Sukarela

Syarat Kelayakan

  • Dihadkan bagi tujuan menghadiri latihan khemah tahunan sahaja di dalam / di luar negeri.
  • Surat arahan dari Pemerintah Pasukan Sukarela yang menyatakan tempoh diperlukan.
  • Kelulusan tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan.
  • Dicatatkan dalam kenyataan perkhidmatan dan kenyataan cuti.

Pegawai Yang Layak

Pegawai merupakan ahli pasukan sukarela

Tempoh : Tidak melebihi 30 hari termasuk 2 hari bagi perjalanan pergi dan balik

Nota : Cuti rehat adalah bergantung kepada pertimbangan kuasa tertentu.

Senarai Pasukan Sukarela

  • Askar Wataniah
  • Pasukan Sukarela Tentera Udara Diraja
  • Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja
  • Pasukan Sukarela Polis
  • Pasukan Pertahanan Awam.
  • Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA).

iii) Cuti Menghadiri Latihan atau Khemah Tahunan Pertubuhan / Persatuan

Syarat Kelayakan

Menghadiri kursus / latihan seperti yang disenarikan berikut :

  • Kursus Latihan
  • Khemah Latihan Tahunan
  • Mesyuarat Agung Tahunan
  • Mesyuarat Luar Biasa
  • Seminar
  • Aktiviti Sukan
  • Aktiviti dalam Malaysia sahaja.
  • Aktiviti luar Malaysia (Pertubuhan Pengakap & Pandu Puteri)
  • Aktiviti sukan anjuran Persatuan Kebajikan dan Sukan Jabatan Kerajaan hendaklah diadakan pada hari-hari cuti mingguan / cuti am dan tidak menggunakan waktu pejabat.

Kelulusan tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan dan perlu dicatatkan dalam kenyataan Perkhidmatan dan Kenyataan Cuti.

Pegawai Yang Layak

  • Pegawai adalah ahli pertubuhan / persatuan atau Persatuan Kebajikan dan Sukan di Jabatan Kerajaan.
  • Pertubuhan / Persatuan tergolong dalam 36 kumpulan yang berdaftar dengan pendaftar Pertubuhan dan diiktiraf oleh KPPA.

Tempoh : Tidak melebihi 14 hari termasuk 2 hari bagi perjalanan pergi dan balik.

iv) Cuti Lain-Lain Kursus

Syarat-Syarat Kelayakan

Merupakan ahli kesatuan sekerja yang menghadiri :

  • Persidangan Perwakilan di peringkat Kebangsaan / Antarabangsa.
  • Mesyuarat Agung Tahunan / Luar Biasa di peringkat Kebangsaan.
  • Kursus kesatuan sekerja yang dihadiri perlu terlebih dahulu diluluskan oleh Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS), Kementerian Sumber Manusia.
  • Aktiviti dalam Malaysia (Ketua Jabatan)
  • Aktiviti luar Malaysia (Kuasa Tertentu).

Pegawai yang Layak

Pegawai-pegawai dikehendaki menghadiri :

  • Kursus Kepimpinan Belia & Bina Semangat yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan.
  • Kursus Kesatuan Sekerja yang diluluskan oleh Kementerian Sumber Manusia.

Tempoh Cuti : Tidak melebihi 14 hari termasuk 2 hari bagi perjalanan pergi dan balik.

v) Cuti Menghadiri Latihan Syarikat Kerjasama

Syarat Kelayakan

  • Kursus / Latihan / Seminar / Mesyuarat Syarikat Kerjasama.
  • Aktiviti syarikat kerjasama diluluskan oleh Ketua Pengarah KPDNKK.
  • Aktiviti dalam Malaysia (Ketua Jabatan).
  • Aktiviti luar Malaysia (Kuasa Tertentu).
  • Kelulusan tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan.
  • Dicatatkan dalam Kenyataan Perkhidmatan dan Kenyataan Cuti.

Pegawai Yang Layak

  • Pegawai-pegawai yang menjadi ahli Syarikat Koperasi dan membuat akuan untuk memegang jawatan di dalam Syarikat Koperasi.
  • Akuan bertulis untuk memegang jawatan selama 2 tahun (selepas tamat kursus).

vi) Cuti Memasuki Peperiksaan

  • Cuti untuk hadiri peperiksaan yang boleh membaiki peluang pekerjaan pegawai berkenaan.
  • Terhad pada hari peperiksaan sahaja
  • Dicatatkan dalam Kenyataan Perkhidmatan dan Kenyataan Cuti.

vii) Cuti Menghadiri Mesyuarat Persatuan Ikhtisas

Syarat Kelayakan

  • Perlu hadiri Mesyuarat Agung Tahunan / Mesyuarat Agung Luar Biasa/ Aktiviti dalam Malaysia (Ketua Jabatan) /Aktiviti luar Malaysia (Kuasa Tertentu)
  • Kelulusan tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan
  • Dicatatkan dalam Kenyataan Perkhidmatan dan Kenyataan Cuti.

Pegawai Yang Layak

  • Pegawai adalah ahli bagi salah satu daripada 53 Persatuan /Pertubuhan Ikhtisas
  • Persatuan berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan dan diiktiraf oleh KPPA.

viii) Cuti Mengambil Bahagian dalam Olahraga / Sukan

Syarat Kelayakan

  • Atlit / pengurus pasukan / pengadil / jurulatih.
  • Ahli majlis Jawatankuasa pertandingan bagi menghadiri mesyuarat sebelum atau selepas pertandingan.
  • Perlawanan sukan di peringkat wilayah, negeri, kebangsaan atau antarabangsa.
  • Dicatatkan dalam Kenyataan Perkhidmatan dan Kenyataan Cuti.
  • Pertimbangan Kuasa Tertentu

Tempoh : Tidak melebihi 30 hari

ix) Cuti bagi Pegawai Yang Dipilih Untuk Mengambil Bahagian dalam Lawatan Kebudayaan

  • Pegawai yang mengambil bahagian dalam lawatan atau pertunjukan kebudayaan anjuran MOTAC / KBS / Aktiviti dalam Malaysia (Ketua Jabatan) /Aktiviti luar Malaysia (Kuasa Tertentu)
  • Cuti diambil berdasarkan tempoh aktiviti yang dinyatakan dalam surat dari pihak penganjur
  • Cuti dicatatkan dalam Kenyataan Perkhidmatan dan Kenyataan Cuti.
  • Kelulusan tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan.

x) Cuti Tanpa Rekod Bagi Peserta Rancangan Pertukaran Belia Antarabangsa

  • Pegawai yang dipilih menyertai Rancangan Pertukaran Belia Antarabangsa atau program anjuran KBS
  • Dicatatkan dalam Kenyataan Perkhidmatan dan Kenyataan Cuti.
  • Kelulusan tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan.
  • Berdasarkan tempoh program yang dinyatakan dalam surat dari pihak penganjur.

xi) Cuti Tanpa Rekod Untuk Menghadiri Mesyuarat Bersama Kebangsaan / Jabatan

Perlu hadiri Mesyuarat Majlis Bersama Kebangsaan / Mesyuarat Majlis Bersama Kebangsaan (Pihak Pekerja) /Konvensyen bagi memilih Ahli Majlis Pihak Pekerja /Mesyuarat yang dipanggil oleh Kerajaan (pegawai hadir mewakili Kesatuan Sekerja) /Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (Peringkat Kementerian / Jabatan).

xii) Kemudahan Bagi Pegawai Yang Disapina Untuk Hadir di Mahkamah Sebagai Saksi / Memberi Keterangan Pakar

Saksi Pihak Kerajaan

  • Dianggap sebagai tugas rasmi
  • Layak tuntut elaun menjalankan tugas rasmi.

Saksi Pihak Bukan Kerajaan (Dalam Stesen)

  • Diberi pelepasan bagi tempoh diperlukan.
  • Tidak layak tuntut elaun menjalankan tugas rasmi.

Saksi Pihak Bukan Kerajaan (Luar Stesen)

  • Layak Cuti Tanpa Rekod bagi mahkamah di luar stesen.
  • Tidak layak tuntut elaun menjalankan tugas rasmi.
  • Dicatatkan dalam kenyataan Perkhidmatan dan Kenyataan Cuti.

xiii) Cuti Isteri Bersalin

  • Untuk pegawai lelaki lantikan tetap /PPP yang bertugas / diarah bertugas dalam Cuti Penggal persekolahan
  • Cuti terhad sebanyak 5 kali sepanjang perkhidmatan
  • Kelulusan tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan.
  • Cuti bermula pada hari isteri bersalin atau keesokan harinya jika isteri bersalin selepas waktu pejabat (6.01 petang)

Tempoh : 7 hari termasuk semua hari rehat dan hari kelepasan am.

Nota : Tempoh cuti bermula pada hari isteri bersalin ATAU keesokan harinya jika isteri bersalin selepas waktu pejabat (6.01 petang).

Tempoh cuti termasuk semua hari rehat dan hari kelepasan am.

xiv) Cuti Kursus Sambilan

Cuti khusus untuk penjawat awam hadiri kuliah / tutorial / seminar / bengkel / Kolokium / Latihan Amali / Latihan Industri

Syarat-Syarat

  • Pegawai telah mendapat kebenaran bertulis mengikuti kursus secara sambilan daripada Ketua jabatab.
  • Pegawai yang dilantik berjawatan tetap dan disahkan dalam perkhidmatan
  • Kursus yang diikuti diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
  • IPTA / IPTS yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan.
  • Mengikuti pengajian dalam apa jua bidang di peringkat Diploma / Ijazah Pertama / Ijazah Lanjutan.
  • Pegawai belum mempunyai kelayakan berkenaan, kecuali guru kerana pengajian yang dibenarkan hanya bidang yang diluluskan oleh BPG sahaja.

xv) Cuti Bagi Menderma Organ

Syarat Kelayakan

  • Pegawai lantikan tetap /sementara / kontrak (CoS) Sangkut / Guru Sandaran.
  • Mematuhi semua peraturan dan prosedur yang ditetapkan oleh KKM.
  • Pembedahan dalam negara sahaja.

Kemudahan Cuti Sakit

Tempoh pegawai dimasukkan ke hospital untuk jalani ujian, pembedahan dan tempoh sebelum dibenarikan discaj dari hospital.

Tempoh cuti : Tidak melebihi 42 hari mulai dari tarikh pegawai dibenarkan pulang ke rumah bagi menjalani proses pemulihan.

xvi) Cuti Perayaan Vaisakhi

Syarat Kelayakan

Penjawat awam merupakan penganut Sikh untuk menunaikn tanggungjawab keagamaan.

Tempoh : 1 hari (14 April setiap tahun).

xvii) Cuti Kematian Ahli Keluarga Terdekat

Tujuan : Membuat urusan pengebumian jenazah ahli keluarga terdekat dan untuk membantu waris jenazah.

Ahli keluarga terdekat termasuk :

  • Suami / Isteri
  • Anak kandung
  • Ibu kandung / Ibu angkat
  • Bapa kandung / bapa angkat
  • Ibu mentua
  • Bapa mentua
  • Anak angkat
  • Anak angkat de facto
  • Anak pelihara

Syarat Kelayakan

  • Cuti bermula pada tarikh kematian ATAU hari berikutnya jika kematian selepas waktu pejabat
  • Cuti termasuk hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am.

Tempoh Cuti : 3 hari berturut-turut

xviii) Cuti Pesta Kaamatan dan Hari Gawai

Syarat Kelayakan

  • Pegawai kelahiran Sarawak yang berkhidmat di Semenanjung Malaysia. (sempena Hari Gawai 1 Jun / 2 Jun setiap tahun)
  • Pegawai kelahiran Sabah atau WP Labuan yang berkhidmat di Semenanjung Malaysia. (sempena Pesta Kaamatan 30 Mei / 31 Mei setiap tahun)

xix) Cuti Umrah

Syarat Kelayakan

  • Pegawai awam perkhidmatan awam persekutuan beragama Islam dan bertaraf Tetap.
  • Permohonan cuti disertakan dengan dokumen perjalanan.
  • Kelulusan tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan.
  • Dicatat dalam Kenyataan Perkhidmatan dan Kenyataan Cuti.
  • Menunaikan ibadah umrah di tanah suci Mekah dan ziarah di Madinah.

Cuti tak termasuk :

  • Hari rehat mingguan
  • Hari kelepasan mingguan
  • Hari kelepasan am
  • Cuti penggal persekolahan
  • Cuti peristiwa

Tempoh cuti : 7 hari

Anda juga boleh semak lampiran di bawah untuk informasi lanjut

Cara Mohon Cuti Tanpa Rekod

Penjawat awam boleh mengisi borang cuti tanpa rekod (CTR) dan kemukakannya kepada Ketua Jabatan masing-masing.

Berikut dilampirkan contoh borang permohonan Cuti Tanpa Rekod (CTR).

Nota : Format borang mungkin berbeza mengikut jabatan, sila rujuk pada Jabatan Sumber Manusia masing-masing untuk maklumat lanjut.

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai Cuti Tanpa Rekod, sila rujuk pada Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia berkenaan kemudahan cuti menerusi pautan berikut : https://docs.jpa.gov.my/docs/myppsm/PPSM/SR/Kemudahan-Cuti/

Anda juga disarankan untuk merujuk Jabatan Sumber Manusia masing-masing untuk sebarang pertanyaan.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!