GCR 2023 – Pekeliling Terkini 180 Hari Gantian Cuti Rehat

Pekeliling terkini GCR 2023 Gantian Cuti Rehat kepada 180 hari berbanding 160 hari sebelum ini manakala pemberian awal award wang tunai GCR sebanyak 90 hari

Sukacita dimaklumkan, kerajaan melalui pembentangan Belanjawan 2023 telah bersetuju menaikkan jumlah hari maksimum gantian cuti rehat (GCR) dan membenarkan pemberian awal award wang tunai GCR mulai 1 Januari 2023.

Gantian Cuti Rehat (GCR) 2023 

permohonan gcr 2023

Award Gantian Cuti Rehat telah berkuatkuasa mulai 1 Januari 1974 melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1/1974. Walaubagaimanapun penambahbaikan telah dibuat menerusi GCR 2023 yang mana kerajaan melalui pembentangan Belanjawan 2023 telah bersetuju:

  • Kenaikan kadar maksimum GCR daripada 160 hari kepada 180 hari
  • Pemberian awal award wang tunai GCR sebanyak 90 hari
  • Pekeliling GCR terkini 180 hari berkuatkuasa mulai 1 Januari 2023.

Sekiranya pegawai telah mengumpul GCR melebihi 180 hari, lebihan GCR yang terkumpul berkenaan boleh digunakan oleh pegawai sebagai cuti rehat pada tahun persaraan.

Jumlah maksimum pengumpulan gantian cuti rehat yang boleh dibayar award wang tunai sepanjang tempoh perkhidmatan adalah 180 hari.

NOTA: Pemberian awal award wang tunai gantian cuti rehat sebanyak 90 hari hanya boleh dibuat sekali sahaja sepanjang perkhidmatan pegawai, manakala baki 90 hari gantian cuti rehat terkumpul akan dibayar pada tahun persaraan wajib pegawai.

Syarat Kelayakan GCR 2023

Pegawai yang telah memilih Skim Pencen mahupun Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang berhasrat untuk memohon pemberian awal award wang tunai GCR 2023 perlu memenuhi syarat-syarat berikut:

  • Tempoh perkhidmatan pegawai yang boleh dimasuk kira hendaklah tidak kurang daripada 15 tahun.
  • Pegawai telah mencapai umur 45 tahun.
  • Jumlah GCR yang terkumpul sebelum permohonan pemberian awal award wang tunai GCR/ hendaklah sekurang-kurangnya 90 hari.
  • Bebas daripada sebarang prosiding jenayah atau tindakan tatatertib.
  • Mendapat perakuan daripada Ketua Jabatan.
  • Pemberian awal award wang tunai GCR sebanyak 90 hari hanya boleh dibuat sekali sahaja sepanjang tempoh perkhidmatan

Permohonan GCR 2023

Untuk membuat permohonan penebusan GCR 2023, ketua Jabatan hendaklah menggunakan aplikasi Sistem Pengiraan GCR untuk tujuan pengiraan yang tepat bagi pemberian awal award wang tunai GCR.

Sila muat turun sistem tersebut melalui portal JPAPencen di pautan berikut: http://www.jpapencen.gov.my

Ketua Jabatan perlu memastikan pengumpulan gantian cuti rehat yang dibuat sepanjang tahun perkhidmatan pegawai adalah betul dan teratur sebagaimana kehendak peraturan yang berkuat kuasa.

Semua dokumen permohonan pemberian awal award wang tunai gantian cuti rehat yang telah diperakukan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan kepada Bahagian Pasca Perkhidmatan JPA.

Pekeliling GCR Terkini

pekeliling gcr terkini
pekeliling gcr 180 hari 2023

Rujukan punca kuasa:

  • (i)Surat edaran JPA/PEN/228/26/6-13 Jld. 5 (29) bertarikh 12 Mei 2023
  • (ii) Ceraian PP.1.3.1.: Pemberian Award Wang Tunai Gantian Cuti Rehat (GCR)
  • (iii) Ceraian PP.1.3.3.: Kebenaran Gantian Cuti Rehat Melebihi 180 Hari Digunakan Sebagai Cuti Rehat Pada Tahun Persaraan
  • (iv) Ceraian PP.1.3.4.: Pemberian Awal Award Wang Tunai Gantian Cuti Rehat

Anda juga boleh download pekeliling GCR terkini menerusi pautan berikut ;

https://docs.jpa.gov.my/docs/myppsm/PPSM/PP/pencen/

Maklumat Lanjut & Pertanyaan 

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila hubungi talian 03-8885 4686 / 4428 / 4431 / 4670 / 4427 / 4729

Atau, e-mel ke: [email protected]y.

Surat Edaran boleh dimuat turun melalui portal JPA di : https://docs.jpa.gov.my/docs/se/2023/se12052023.pdf

 Soalan Lazim F.A.Q

Apa Itu Gantian Cuti Rehat (GCR)?

Gantian Cuti rehat adalah Award wang tunai yang diberi kepada Anggota Perkhidmatan Awam yang tidak berpeluang menghabiskan cuti rehat disebabkan kepentingan perkhidmatan

Apakah yang dimaksudkan pemberian awal award wang tunai GCR?

Pemberian awal award wang tunai GCR adalah inisiatif yang membenarkan seseorang pegawai menebus jumlah GCR yang telah dikumpulkan kepada wang tunai semasa dalam perkhidmatan, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan

Bagaimanakah pengiraan pemberian awal award wang tunai GCR ini dilaksanakan?

1/30 x (gaji hakiki + *imbuhan tetap) x 90 hari

*Nota:
(a) Imbuhan Tetap Jawatan Utama
(b) Imbuhan Tetap Keraian
(c) Imbuhan Tetap Khidmat Awam
(d) Imbuhan Tetap Perumahan

Adakah saya dibenarkan untuk membuat permohonan semula sekiranya permohonan terdahulu tidak diluluskan atau ditolak?

Ya

Adakah pegawai yang memilih Skim KWSP layak membuat penebusan awal award wang tunai GCR sekiranya syarat-syarat seperti yang ditetapkan telah dipenuhi?

Ya. Pegawai yang memilih Skim KWSP juga layak membuat penebusan awal award wang tunai GCR sekiranya syarat-syarat seperti yang ditetapkan telah dipenuhi. Nota: Pengiraan GCR bagi pegawai yang memilih Skim KWSP bermula 1 November 2004.

Siapakah yang akan melaksanakan kelulusan dan pembayaran awal award wang tunai GCR bagi pegawai lantikan Persekutuan yang ditempatkan ke Jabatan/ Agensi Negeri?

Bagi pegawai lantikan Persekutuan yang ditempatkan ke Jabatan/ Agensi Negeri, kelulusan akan diuruskan oleh Bahagian Pencen, JPA manakala pembayaran akan diuruskan oleh Jabatan/ Agensi Negeri dengan menggunakan peruntukan daripada Kementerian Kewangan Malaysia

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!