Maulidur Rasul 2023/1445H: Tema & Tarikh Sambutan Di Malaysia

Maulidur Rasul 2023/1445H: Tema & Tarikh Sambutan Di Malaysia

Pada setiap tahun mengikut kalender Islam iaitu pada 12 Rabiulawal adalah tarikh penting bagi seluruh umat Islam.

Hal ini kerana ianya adalah tarikh Maulidur Rasul dalam Islam iaitu tarikh memperingati kelahiran Nabi Muhammad SAW yang kita kasihi. 

Artikel pada kali ini, kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan sambutan Maulidur Rasul 2023/1445H.

Sejarah sambutan Maulidur Rasul

Maulidur Rasul 2023

Sebagai mukadimah, dinyatakan dalam kitab Al-Bidayah wa al-Nihayah 13/136 al-Allamah Ibn Kathir antara lain beliau memuji Raja al-Muzaffar yang telah menyambut majlis Maulid al-Rasul secara besar-besaran dengan berkata: 

“Adalah Raja Muzaffar menganjurkan Maulid Syarif pada Rabi’ul Awal dan membuat perhimpunan secara besar-besaran.

Disamping itu, beliau adalah seorang yang berhati bersih, bersemangat, berani, mempunyai semangat keperwiraan, cerdik, alim, adil. Semoga Allah merahmatinya dan memuliakan kuburnya.”

Dinukilkan di sini daripada beberapa kitab bagaimana para penyair di kalangan sahabat dan lainnya memuliakan Baginda SAW samada di hadapannya atau melalui syair-syair mereka. Antaranya:

Al-Abbas bersyair: 

“Di kala dikau dilahirkan, bumi bersinar terang hingga jelas pasak bumi tidak mampu untuk menanggung cahayamu dan kami dapat terus melangkah lantaran kerana terangnya cahaya dan jalan yang terpimpin.” Lihat al-Mustadrak ala al-Sahihain.

Hasan bin Thabit banyak menggubah syair di hadapan Rasulullah SAW dan para Sahabat Baginda. Isu ini seringkali menjadi polemik dalam kalangan sarjana Islam.

Hukum menyambut Maulidur Rasul

Maulidur Rasul 2023

Imam al-Suyuti meriwayatkan daripada Imam Baihaqi dalam kitab Manaqib al-Syafii. Menurut Imam al-al-Syafii berkata:

Perkara-perkara baharu yang diadakan terbahagi kepada dua bentuk:

1. Perkara yang diadakan menyalahi al-Quran, al-Sunnah, pandangan ulamak salaf dan ijmak, maka ia adalah bid’ah (perkara baharu) yang sesat.

2. Jika perkara yang diadakan itu ada kebaikan yang tidak bertentangan dengan mana-mana daripada al-Quran, al-Sunnah, pandangan Ulamak Salaf Dan Ijmak, maka ia adalah bid’ah (perkara baharu) yang tidak tercela.

Oleh itu, berdasarkan pandangan ini sambutan Maulid Nabi tidak termasuk di dalam perkara bidaah (perkara baharu) yang menyesatkan.

Selagi mana ianya tidak bertentangan dengan syariat Islam dan menepati syariat baik daripada sudut akidah, syariah dan akhlak Ahli Sunnah Wal Jammah.

Tarikh sambutan Maulidur Rasul 2023

Maulidur Rasul 2023 akan berlangsung pada 28 September 2023 – Khamis (12 Rabiulawal 1444H).

Tema sambutan Maulidur Rasul 2023

Tema sambutan pada tahun 2023 pada ketika ini, masih belum diumumkan.

Namun pada tahun 2022 yang lalu, tema sambutannya adalah “Keluarga Malaysia Pemangkin Kemakmuran.”

Takwim tarikh penting bulan Islam

Jadual hari kelepasan Am Persekutuan 2023

Untuk makluman, Maulidur Rasul adalah cuti umum bagi semua negeri di Malaysia. Berikut adalah jadual hari kelepasan Am Persekutuan 2023:

Lokasi sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan

Bagi tahun 1445H ini, sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan akan diadakan di (akan dikemaskini kemudian) pada 28 September 2023 (Khamis).

Siaran langsung akan dapat ditonton melalui saluran televisyen dan radio utama pada hari tersebut.

Anda juga boleh baca informasi kami yang lain dan lebih menarik seperti:

Sumber:

  1. Bayan Linnas Siri Ke-80: Hukum Menyambut Maulid Al-Rasul. Mufti Wilayah Persekutuan
SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!