Solat Witir : Panduan, Lafaz Niat, Wirid & Doa (JAKIM)

Solat witir adalah satu ibadah yang cukup sinonim sebagai penutup kepada solat sunat tarawih pada bulan Ramadan.

Namun begitu, ia bukanlah sekadar dilaksanakan pada bulan Ramadan sahaja. Sebaliknya, ia merupakan adalah ibadah sunat muakkad, iaitu amalan yang sangat digalakkan bagi umat Islam.

Waktu untuk mengerjakan sembahyang sunat witir adalah sepanjang malam iaitu selepas selesainya solat fardhu Isyak sehinggalah menjelang sebelum masuknya waktu solat fardhu Subuh.

Bagi anda yang ingin mengamalkan solat sunat ini secara bersendirian atau berjemaah, jom kita semak lafaz niat serta panduan bagi sembahyang sunat witir.

Baca Juga : Solat Terawih Cara Bacaan, Niat,Witir & Doa – JAKIM

Panduan Solat Sunat Witir

Sembahyang sunat witir dilakukan dengan kaedah sama seperti solat sunat lain, namun dengan bilangan rakaat ganjil.

Lazimnya, solat sunat witir dilaksanakan sebanyak 3 rakaat, dua salam. Dalam erti kata lain, solat ini dilakukan sebanyak dua kali berturut-turut dengan dua rakaat pada solat pertama dan satu rakaat pada solat kedua. 

Lafaz Niat

Lafaz Niat Witir 2 rakaat (Solat Pertama)

أُصَلِّى سُنَّةَ الوِتْرِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى

Maksud : Sahaja aku sembahyang sunat witir 2 rakaat (makmum / mengikut imam) kerana Allah Taala.

Lafaz Niat Witir 1 Rakaat (Solat Kedua)

أُصَلِّى سُنَّةَ الوِتْرِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى

Maksud : Sahaja aku sembahyang sunat Witir satu rakaat kerana Allah Taala.

Kaifiat Solat Witir Dua Rakaat Pertama

Bagi solat sunat dua rakaat pertama ini, anda boleh membaca apa-apa surah selepas surah Al-Fatihah, namun adalah afdhal untuk anda membaca surah berikut :

  • Rakaat pertama – surah Al-A’la
  • Rakaat kedua – surah Al-Kafirunn

Kaifiat Solat Sunat Witir Satu Rakaat Akhir (Solat Kedua)

Selepas dua rakaat pertama telah dilaksanakan, anda perlulah menambah satu lagi rakaat dihujungnya beserta satu salam.

Bagi rakaat ketiga ini, anda digalakkan untuk membaca surah berikut selepas Al-Fatihah :

  •  Surah Al-Ikhlas
  •  Surah Al-Falaq
  •  Surah An-Nas
solat witir

NOTA : Pada malam ke-16 hingga berakhirnya bulan Ramadan, anda disunatkan untuk membaca qunut pada rakaat terakhir ini. Lafaznya adalah sama dengan lafaz qunut solat Subuh.

Doa, Selawat dan Wirid Antara Solat

Bacaan doa, selawat serta wirid antara solat witir tidak diwajibkan jika kita tidak menghafalnya. Namun, anda sangat digalakkan untuk amalkannya sebagai penambah ibadah pada malam Ramadan.

Berikut merupakan bacaan wirid serta zikir sebelum dan selepas solat sunat ini.

solat witir

Doa Solat Witir

Selepas melengkapkan solat, anda boleh bacakan doa seperti berikut :

solat witir

Maksud :

Dengan nama Allah, yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Ya Allah! Sesungguhnya kami memohon daripada Engkau keimanan yang berkekalan. Kami memohon daripada Engkau hati yang khusyuk (teguh dan sebulat hati).

Kami memohon daripada Engkau ilmu yang bermanfaat. Kami memohon daripada Engkau keyakinan yang benar. Kami memohon daripada Engkau amalan yang soleh (patut).

Kami memohon daripada Engkau agama yang berkualiti. Kami memohon daripada Engkau keampunan dan kesihatan. Kami memohon daripada Engkau kesihatan yang sepenuhnya. Kami memohon daripada Engkau rasa syukur ke atas kesihatan. Kami memohon daripada Engkau kekayaan.

Ya Allah! Terimalah solat kami, puasa kami, solat malam kami, kekhusyu’an kami, kerendahan hati kami, ibadah kami. Sempurnakanlah kelalaian atau kekurangan kami, Ya Allah! Ya Allah! Ya Allah! Wahai Yang Paling Pengasih di antara yang mengasihani.

Selawat dan salam sejahtera Allah ke atas junjungan kami Nabi Muhammad, ahli keluarga dan para sahabatnya. Maha Suci Tuhan yang Maha Mulia daripada sebarang kekurangan. Salam sejahtera ke atas para rasul dan segala puji hanya untuk Allah, Tuhan sekalian alam.

Dalam kesempatan bulan Ramadan kali ini, ayuh kita perbanyakkan amal ibadah termasuk solat sunat tarawih dan solat sunat witir. Ia merupakan salah satu wasiat Rasulullah SAW agar kita mendirikan solat sunat ini sebelum tidur pada waktu malam.

Semoga perkongsian ini bermanfaat dan dapat membantu anda mengerjakan solat sunat dengan lebih sempurna. Selamat beramal!

Sumber : JAKIM & Jabatan Mufti Negeri Selangor

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!