Biodata Juara Qari Antarabangsa 2023 – Muhammad Qayyim Nizar Sarimi

Biodata Juara Qari Antarabangsa 2023 – Muhammad Qayyim Nizar Sarimi

Siapa sangka kekurangan yang ada pada seorang pemuda yang cukup istimewa ini melayakkan beliau dinobat sebagai Juara Qari Antarabangsa 2023.

Ikuti bingkisan artikel pada kali ini, untuk anda mengenal dengan lebih mendalam kepada sosok insan yang bernama Muhammad Qayyim Nizar Sarimi.

Biodata Juara Qari Antarabangsa 2023

juara qari antarabangsa 2023

Nama: Muhammad Qayyim Nizar Sarimi

Tarikh Lahir: 7 September 1998

Tempat Lahir: Ketereh, Kelantan

Keupayaan: Orang Kurang Upaya (OKU) membaca Al-Quran braille

Guru-guru:

  • Mendapat bimbingan dalam pembacaan Al-Quran melalui Ustaz Yahya Daud, Ustaz Fauzi Awang, Ustaz Abdul Rahim Ahmad, Ustaz Husin Yunus dan menguasai 7 jenis Taranum iaitu Baiyati, Soba, Hijaz, Nahwand, Rast, Sikah dan Jiharkah.

Pendidikan:

  • Ijazah Sarjana Muda Tahfiz, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), Nilam Puri, Kelantan
  • Diploma Tahfiz Al-Quran, Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), Nilam Puri, Kelantan
  • SK Kampung Sireh, Kelantan

Rancangan TV/Radio:

  • Juri program Akademi Qurra’ TV Alhijrah.
  • Memperdengarkan Azan di stesen radio Kelantan FM dan Klasik Nasional

Pencapaian:

  • 24 Ogos 2023: Johan Qari Majlis Tilawah & Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa 1445H/2023M (MTHQA) Ke-63
  • Jun 2023: Johan Qari Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan 1444H/2023M (MTHQK)
  • Feb 2020: Johan Qari Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan 1441H/2020M (MTHQK)
  • Mac 2019: Tempat Kedua Qari Majlis Tilawah dan MenghafazAl-Quran Peringkat Kebangsaan 1440H/2019M (MTHQK)
  • April 2017: Tempat Ketiga Qari Majlis Tilawah dan MenghafazAl-Quran Peringkat Kebangsaan 1438H/2017M (MTHQK)
  • Dijemput oleh Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan semasa penutupan Majlis Penyampaian hadiah Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan di Ankara, Turki pada tahun 2016.
  • Naib Juara Program Realiti Adik-Adikku Anjuran JAKIM dan RTM
  • 2007: Juara Pertandingan Azan Peringkat Kebangsaan
  • 2006: Juara Pertandingan Azan Peringkat Kebangsaan
  • Naib Johan Pertandingan Azan Subuh kategori junior bermasalah penglihatan peringkat kebangsaan

Peserta Malaysia Juara Qari Antarabangsa 2023

juara qari antarabangsa 2023

Dalam Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) ke-63 yang melabuhkan tirai pada 24 Ogos 2023 yang lalu.

Telah menyaksikan peserta Malaysia, Muhammad Qayyim Nizar Sarimi yang merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU) penglihatan dinobatkan sebagai Johan Qari.

Dalam acara berprestij itu, beliau berjaya meraih markah 94.96 peratus mengatasi peserta Iran, Alireza Bizhaniavval dengan beza 1.36 mata.

juara qari antarabangsa 2023

Manakala, wakil Brunei Darussalam, Awang Mohd Zul-Hafiz Awang Tengah pula memenangi tempat ketiga dalam pertandingan tersebut.

Manakala bagi Johan Qariah pula ia disandang oleh peserta dari Maghribi, Sara Belmamoun dengan markah sebanyak 93.05 peratus.

Kedua-dua johan membawa pulang hadia wang tunai, hadiah iringan berserta sijil kemenangan mereka.

Doa Allah “celikkan” mata hati dengan Al Quran

Tidak sesekali meletakkan kekurangan yang ada pada dirinya sebagai orang kurang upaya (OKU) cacat penglihatan sebagai penghalang untuk berjaya.

Malah beliau banyak memperdengarkan bacaannya dengan menyertai banyak pertandingan Al-Quran.

Muhammad Qayyim Nizar berkata, beliau mula belajar membaca Al-Quran braille dengan guru mengaji ketika di sekolah rendah.

“Bermula dari situlah, saya tekad mempelajarinya lebih mendalam, selain menyertai pelbagai pertandingan tilawah sejak sembilan tahun dan mencapai banyak kejayaan.”

Bahkan beliau menganggap, kecacatan yang ada pada dirinya hanya di luaran dan mahu menerangi hati melalui bacaan kitab suci Al-Quran.

“Saya sentiasa berdoa kepada Allah SWT supaya ‘celikkan’ mata hati ini untuk terus belajar dan membaca al-Quran.

Ini kerana saya mahu menjadi sehebat idola, iaitu qari dari Mesir, Mustafa Ismail atau lebih dikenali ‘King Of Qurra’ berikutan kehebatannya dalam mengalunkan ayat suci al-Quran.”

Pada masa yang sama, beliau turut menyeru dan memberikan galakan kepada golongan OKU penglihatan sepertinya untuk mendalami Al-Quran.

“Sesiapa yang ada masalah penglihatan, kita ni kena juga belajar baca Al-Quran kerana dengan Al-Quran ni, cerah masa depan kita,” ujarnya.

Rezeki yang diperolehinya malam itu tidak pernah dijangka sama sekali kerana beliau tidak mengambil kira soal menang atau kalah.

Baginya, menetapkan niat untuk mendapatkan keredhaan Allah dan Rasul itu adalah lebih utama.

Namun inilah yang sudah tertulis takdir dan rezeki buat Muhammad Qayyim Nizar Sarimi sehingga dinobatkan sebagai Juara Qari Antarabangsa 2023 dan mengharumkan nama negara.

Diharapkan kejayaan Juara Qari Antarabangsa 2023 ini dapat menyuntik ramai lagi anak-anak muda yang berkecimpung dalam bidang Al Quran untuk mewujudkan sebuah generasi cinta akan Al Quran.

Anda juga boleh baca informasi kami yang lain dan lebih menarik seperti:

Sumber:

  1. Johan Qari Lazimi Doa Al-Quran Celikkan Hati. Berita Harian
  2. Qari Malaysia Johan Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa. Utusan Malaysia
SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!