Jata Negara Malaysia, Sejarah & Maksud Logo

Sejarah Jata Negara Malaysia. Maksud logo jata dan identiti lambang rasmi kerajaan Malaysia

Jata negara merupakan lambang kepada identiti dan kedaulatan sesebuah negara. Ia sering digunakan dalam dokumen dan upacara rasmi untuk mewakili negara. Reka bentuk logo jata berbeza bagi setiap negara.

Tetapi lazimnya, ianya merangkumi simbol yang penting kepada sejarah dan budaya sesebuah negara.

Sebagai contoh, jata negara Malaysia menampilkan bulan sabit dan bintang, yang merupakan simbol penting dalam agama Islam, agama rasmi negara. Ia juga menampilkan harimau, yang merupakan simbol kekuatan dan kuasa. Jata Amerika Syarikat menampilkan helang botak, yang merupakan simbol kebebasan dan demokrasi. Ia juga menampilkan bintang dan jalur, yang merupakan simbol 13 koloni asal.

Sejarah Jata Negara Malaysia

sejarah jata negara malaysia

Jata Negara Malaysia pertama kali diperkenalkan dan digunakan secara rasmi bermula pada tahun 1895. Dimana logo asal jata negara ini hanya berkonsepkan dan mengendentitikan 4 buah negeri sahaja. Iaitu Pahang, Perak, Selangor and Negeri Sembilan dengan motto dalam tulisan jawi yang bermaksud , Dipelihara Allah.

Kali pertama jata negara diubah selepas kerajaan Persekutuan Tanah Melayu di bentuk pada tahun 1948.

Antara elemen dan perubahan yang dibuat, ialah penambahan 5 keris pada perisai, penambahan lambang negeri pulau pinang dan melaka.

Tulisan motto juga di ubah kepada Bersekutu Bertamba Mutu dalam 2 tulisan iaitu tulisan jawi dan bahasa inggeris.

Simbol mahkota di atas perisai juga diubah kepada lambang bulan dan bintang

Kemasukan Singapura dan Sarawak untuk bergabung membentuk persekutuan Malaysia pada tahun 1963, jata negara sekali lagi di ubah dengan
memasukan elemen identiti negeri-negeri di bawah persekutuan Malaysia.

Kemudian, peristiwa Singapura keluar daripada persekutuan Malaysia pada tahun 1965, jata negara terpaksa di ubah sekali lagi buat kali ketiga. Dengan mengeluarkan identiti Singapura dan digantikan dengan simbol bunga raya.

Kali terakhir jata negara di ubah adalah pada tahun 1988. Perubahan ini adalah disebabkan perubahan pada identiti bendera negeri Sarawak.

Maksud Jata Negara Malaysia

maksud jata negara

Bintang pecah 14 : menandakan 13 buah negeri yang terkandung dalam Persekutuan Malaysia iaitu Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu serta Wilayah Persekutuan seperti Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan

Bintang dan anak bulan : Lambang Agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia.

Lima bilah keris : Bermaksud 5 negeri-negeri Melayu tidak bersekutu iaitu Johor, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu.

Perisai yang berimej pokok : Pokok pinang menandakan negeri Pulau Pinang dan bahagian sebelah kanan yang berimej dengan pokok Melaka mewakili negeri Melaka.

Empat jalur : Terletak di bahagian tengah yang berwarna merah, hitam, putih dan kuning itu, warna-warna hitam dan putih mewakili warna Pahang; merah dan kuning mewakili warna Selangor; hitam, putih dan kuning mewakili warna Perak; dan merah, hitam dan kuning mewakili warna Negeri Sembilan. Empat buah negeri ini adalah Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang asal.

Dua ekor harimau : Simbol keberanian, kegagahan dan kekuatan.

Tiga bahagian di sebelah bawah : Simbol negeri Sabah,di tengah-tengahnya ialah bunga raya yang merupakan Bunga Kebangsaan Malaysia dan negeri Sarawak di sebelah kanan.

Cogan kata : “Bersekutu Bertambah Mutu” ditulis dengan tulisan rumi di sebelah kiri dan tulisan jawi di sebelah kanan.

Warna kuning pada awan-awan : Adalah warna Diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Akta Pengunaan Jata Persekutuan

akta penggunaan jata negara

Jata Persekutuan adalah hak Kerajaan Persekutuan. Kegunaannya adalah di bawah kuasa Kerajaan Persekutuan dan penggunaannya dihadkan kepada Kementerian, Jabatan dan pegawai-pegawai Kerajaan Persekutuan apabila bertindak atas urusan rasmi masing-masing.

Penggunaan Jata Persekutuan tanpa kebenaran adalah menjadi suatu kesalahan dan sekiranya disabitkan kesalahan tersebut boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi tiga (3) tahun atau kedua-duanya sekali.

* Akta 414- Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963

Sumber : Majlis Keselamatan Negara

Fungsi dan Peranan

Jata negara ialah cara sesebuah negara menunjukkan kebanggaan dan perpaduannya. Ia adalah simbol bahawa rakyat negara boleh berhimpun. Jata juga merupakan satu cara bagi sesebuah negara untuk membezakan dirinya dengan negara lain.

Berikut adalah beberapa fungsi jata negara:

  • Mewakili negara dalam dokumen dan upacara rasmi.
  • Melambangkan identiti dan kedaulatan negara.
  • Untuk menggalakkan kebanggaan dan perpaduan negara.
  • Untuk membezakan negara dengan negara lain.
  • Untuk mendidik orang ramai tentang sejarah dan budaya negara.
  • Untuk menyemarakkan semangat patriotisme dan cintakan negara.

Jata negara adalah aset berharga kepada mana-mana negara. Ia adalah simbol yang boleh digunakan untuk menyatukan rakyat, mempromosikan kebanggaan negara, dan membangkitkan semangat patriotisme.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut anda juga boleh melayari laman web Akrib Negara Malaysia di http://www.arkib.gov.my/

Baca juga :

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!