Kembara Kenali Borneo 2023: YDP Agong Jelajah Sabah & Sarawak 

Kembara Kenali Borneo 2023: YDP Agong Jelajah Sabah & Sarawak 

Pelbagai persiapan sedang giat dijalankan bersempena dengan Kembara Kenali Borneo 2023 yang akan diadakan buat julung kalinya.

Pasangan diraja, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dijadualkan akan ke Negeri di Bawah Bayu itu bersempena dengan jelajah kembara tersebut.

Artikel pada kali ini, kami akan berkongsi kepada anda mengenai Kembara Kenali Borneo 2023 yang akan berlangsung pada bulan hadapan.

Apa itu Kembara Kenali Borneo 2023?

kembara kenali borneo 2023

Kembara Kenali Borneo 2023 adalah sebuah program yang dijalankan selama enam hari kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah untuk mengenali dan menyelami adat, budaya serta warisan rakyat berbilang kaum di Sarawak.

Bagi menjayakan kembara ini, ia melibatkan kerjasama dari Menteri Pelancongan, Seni Persembahan dan Indistri Kreatif Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah serta kerajaan negeri.

Tema program

Program ini bertemakan “Journey of Culture and Nature”.

Ia membuka peluang kepada kedua-dua negeri Sabah dan Sarawak, khususnya kerajaan negeri bagi memaparkan keunikan budaya dan etnik dengan lebih dekat kepada Seri Paduka berdua. 

Bila program ini bermula?

Jelajah Kembara Kenali Borneo 2023 akan bermula  dari Tawau, Sabah pada 3 September 2023 dan berakhir di Teluk Melano, Sarawak pada 13 September 2023.

Program/aktiviti yang akan dijalankan

Pelbagai program akan dijalankan sepanjang kembara ini berlangsung.

Ia menghimpunkan penduduk setempat untuk beramah mesra dengan baginda melalui program-program yang dianjurkan oleh kerajaan negeri di setiap lokasi persinggahan.

Antara programnya adalah aktiviti bersama rakyat, pameran dan demonstrasi kraf tangan, aktiviti kebudayaan dan aktiviti memasak. 

Senarai laluan dan jadual program lengkap

kembara kenali borneo 2023

Lokasi yang bakal dilawati di Sabah akan melibatkan beberapa daerah seperti Tawau, Lahad Datu, Sandakan, Telupid, Ranau (Kundasang), Kota Kinabalu, Penampang dan Sipitang. 

Manakala, di Sarawak, antara lokasi yang akan dilawati di Sarawak termasuk Tebingan Lawas, Miri Handicraft Centre, Coco Cabana Miri, Kampung Pangkalan Lutong, Pantai Bungai Bekenu, Kampung Penan Muslim Batu 10, Rumah Panjang Raymond Plen, Sungai Gelam, Sebauh, Tokong Yu Lung Tian En Si Sibu, Kampung Bandung Sibu, Pasar Central Sibu, Masjid Bahagian Sri Aman, Fort Alice Sri Aman dan Zero KM Lebuh Raya Pan Borneo, Telok Melano.

Di setiap lokasi yang dilawati, Kerajaan Sabah dan Sarawak telah menyediakan pelbagai program menarik, antaranya aktiviti bersama rakyat, pameran dan demonstrasi kraftangan, aktiviti kebudayaan dan aktviti memasak. 

Selama enam hari rombongan akan berpeluang mengenali dan menyelami adat, budaya, warisan rakyat berbilang kaum di Sabah dan Sarawak.

Rombongan juga akan menikmati pelbagai jenis juadah dan makanan tempatan Sabah dan Sarawak yang begitu unik.

Yang paling penting baginda turut berpeluang beramah mesra dengan rakyat di dua negeri ini sejajar dengan matlamat utama kembara untuk mendampingi dan menyantuni rakyat Borneo. 

Berikut adalah tentatif lengkap perjalanan Kembara Kenali Borneo 2023:

  • 3 September: Memulakan Jelajah Kembara Kenali Borneo
  • 7 September: Tiba di Sarawak dari Sabah melalui jalan darat di pintu masuk ICQ Merapok Lawas dan rombongan akan terus ke Bandar Lawas menuju ke Tebingan Lawas sebelum meneruskan perjalanan ke Negara Brunei Darussalam.
  • 7 September: Berada di Brunei selama 3 hari sehingga 9 September.
  • 9 September: Meneruskan Kembara Kenali Borneo di Sarawak.
  • 13 September: Kembara akan berakhir di Zero KM Telok Melano.

Harapan kepada jelajah kembara ini

Harapan agar Kembara Kenali Borneo yang menyaksikan Seri Paduka Baginda memandu sendiri menyelusuri Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak dengan jarak perjalanan kira-kira 1,198 kilometer ini meninggalkan pelbagai kenangan manis buat KDYMM SPB Yang Di-Petuan Agong serta KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong, anakanda-anakanda baginda dan juga seluruh rombongan daripada Istana Negara.

Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan Kembara Kenali Borneo 2023 dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat.

Anda juga boleh baca informasi kami yang lain dan lebih menarik seperti:

Sumber:

  1. Agong Akan Dekati, Santuni Rakyat Sarawak. Utusan Online
  2. Agong, Raja Permaisuri Berkenan Jelajah ‘Kembara Kenali Borneo’. Berita Harian
SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!