Maal Hijrah 2023 (1445H) : Tarikh Cuti Umum Awal Muharam & Tema Sambutan

Maal Hijrah atau Awal Muharam merupakan hari yang penting bagi umat Islam memperingati peristiwa penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Kota Makkah ke Kota Madinah pada tahun 622 Masihi.

Latar Belakang Peristiwa Hijrah Rasulullah SAW

Tahun berlakunya Hijrah Rasulullah SAW ini diambil sebagai permulaan bagi kiraan kalendar hijrah. Ia bukan sekadar perpindahan biasa, malah ia merupakan suatu iktibar untuk seseorang berubah kepada yang lebih baik.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Wahai manusia, berhijrahlah dan berpegang teguhlah dengan Islam. Ini adalah kerana selama jihad kekal, selama itulah hijrah (keluar di jalan Allah SWT) akan berkekalan.” (HR Tabrani)

Anda boleh ikuti infografik di bawah untuk renungan bersama.

Maal Hijrah 2023
Maal Hijrah 2023
Maal Hijrah 2023
Maal Hijrah 2023

Tarikh Cuti Awal Muharam / Maal Hijrah 2023

Berdasarkan kalendar/takwim JAKIM, tarikh Awal Muharam di Malaysia jatuh pada 19 Julai 2023 iaitu pada hari Rabu.

Tarikh ini juga merupakan Hari Kelepasan Am Persekutuan. Ini bermakna semua negeri akan bercuti pada hari ini.  

Anda boleh rujuk lampiran di bawah untuk info lanjut.

Tema Sambutan Maah Hijrah 2023 / 1445H

Majlis Sambutan Maal Hijah Peringkat Kebangsaan Tahun 1445H / 2023 akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur (PWTC) pada 1 Muharam bersamaan 19 Julai 2023.

Pada tahun ini, tema sambutan Maal Hijrah pada tahun 1445H adalah ‘Perpaduan Teras Malaysia Madani’.

Anda boleh saksikan liputan langsung bagi sambutan ini bermula di RTM TV1 dan media sosial rasmi JAKIM bermula jam 7.00 pagi.

Logo Maal Hijrah dan Maksudnya

Berikut dikongsikan erti di sebalik logo Maal Hijrah :

  1. Kuning – Keagungan
  2. Biru – Persaudaraan
  3. Huruh ‘ha’ – Hijrah
  4. Putih – Fitrah manusia yang suci dan bersih
  5. Merah – Semangat perpaduan
  6. Bulatan – Melambangkan glob dunia. Ia dilingkari sarang labah-labah yang mengingatkan peristiwa dramatik dan mendebarkan jantung iaitu ketika Rasulullah SAW bersama sahabat karibnya Saidina Abu Bakar bersembunyi di dalam gua ketika berhijrah dari Makkah ke Madinah

Peristiwa Penting Bulan Muharam

Selain menyambut kedatangan tahun baru dengan bacaan doa akhir tahun dan awal tahun, kita juga digalakkan untuk menghayati bulan Muharam dengan memperingati peristiwa penting yang berlaku pada bulan tersebut.

Peristiwa penting yang berlaku pada bulan Muharam adalah :

1. 1 Muharam – Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan 1 Muharam adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah).

2. 10 Muharam – Juga dinamakan sebagai hari ‘Asyura‘. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilan dan kebenaran.

Hari Asyura juga sangat sinonim dengan ibadah puasa sunat.

Antara fadilat terbesar puasa pada 10 Muharam yang tidak sepatutnya diabaikan adalah diampunkan dosa seorang hamba itu bagi tempoh setahun yang lalu.

Walau bagaimanapun, mazhab Shafie menyatakan sunat untuk kita berpuasa pada 9,10 dan 11 Muharam.

Jadi, memang rugi jika umat Islam tidak berpuasa pada hari tersebut sekiranya berkemampuan.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku peristiwa-peristiwa berikut :

1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.

2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.

3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.

4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.

5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.

6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.

7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.

8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.

9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.

10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.

11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.

12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.

13. Hari pertama Allah menciptakan alam.

14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.

15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.

16. Allah menjadikan ‘Arasy.

17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.

18. Allah menjadikan alam.

19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.

20. Nabi Isa diangkat ke langit.

Baca Juga :

Doa Akhir Tahun Hijrah 1444H / 2023 – JAKIM

Doa Awal Tahun Hijrah 1445H / 2023 (JAKIM)

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!