Kenyataan Pra-Bajet 2022: Tema Dan Tumpuan Utama Bajet 2022 – Tengku Zafrul

Kenyataan Pra-Bajet 2022: Tema Dan Tumpuan Utama Bajet 2022 ~ Pembentangan Bajet 2022 atau Belanjawan 2022 akan berlangsung pada hari Jumaat, bersamaan 29 Oktober 2022 dan dijangka akan bermula pada pukul 4 petang.

Pembentangan ini akan dilakukan oleh Menteri Kewangan Malaysia, YBM Tengku Dato Sri Zafrul bin Tengku Abdul Aziz. 

Bajet 2022 dirangka dengan jangkaan situasi ekonomi yang akan pulih daripada kesan pandemik COVID-19 pada tahun hadapan. 

Oleh yang demikian, Bajet 2022 akan memberi tumpuan utama untuk terus melindungi dan memulih kehidupan serta mata pencarian rakyat dan perniagaan, membina semula daya ketahanan negara dan memangkin pembaharuan pasca-pandemik.

Sebagai salah satu usaha penambahbaikan proses penyediaan bajet tahunan, Kementerian Kewangan bersetuju untuk menerbitkan Kenyataan Pra-Bajet (KPB) atau Pre-Budget Statement bermula tahun ini.

Hal ini adalah agar rakyat berpeluang mendapatkan gambaran awal berkenaan hala tuju, pendekatan yang diambil dan jangkaan kemudahan yang bakal dinikmati daripada Bajet 2022. 

Tema Bajet 2022

Terdapat 3 tema utama Bajet 2022 yang dirangka seiring dengan senario negara yang sedang pulih daripada krisis pandemik dan ekonomi. 

Bajet 2022 dirangka dengan matlamat untuk terus melindungi dan memulih kehidupan serta mata pencarian rakyat, membina semula daya ketahanan ekonomi serta memangkin pembaharuan sosioekonomi. 

3 Tema Utama Bajet 2022;

  1. Meneruskan program bantuan dan sokongan. Hal ini adalah  untuk memastikan pemulihan negara daripada kesan jangka panjang krisis pandemik terhadap kesihatan awam dan struktur ekonomi selaras dengan pembukaan sektor ekonomi secara berperingkat melalui PPN. 
  1. Menentukan kesinambungan dasar dan bantuan. Hal ini adalah untuk menyokong rakyat dan perniagaan agar kekal berdaya tahan dalam menghadapi krisis bagi terus melindungi mata pencarian dan kehidupan rakyat dan perniagaan. 
  1. Memangkin pembaharuan pasca-pandemik supaya negara mampu bangkit dengan lebih perkasa dan berdaya saing serta berteraskan pembangunan negara yang lebih terangkum dan mampan. 

Tumpuan Utama

Bajet 2022 akan tertumpu kepada 3R dan ia bersandarkan ketelusan. Dalam memastikan semangat ketelusan, Kementerian Kewangan memperkenalkan kenyataan pra-Bajet dan empat kertas rundingan dan ia merupakan satu sejarah.” – Tengku Zafrul 

3R yang dimaksudkan tersebut ialah, 3R  ‘Recovery’, ‘Resilience’, ‘Reform’.

A.Recovery: Melindungi Dan Memulih Kehidupan Serta Mata Pencarian
  • Meneruskan kesinambungan strategi peralihan keluar secara berfasa bagi mengatasi kemelut pandemik COVID-19 (PPN). Hal ini adalah untuk memacu pemulihan negara.
  • Terus melindungi dan memulih kehidupan dan mata pencarian pasca pandemik bagi memastikan negara berjaya pulih dan keluar daripada kemelut ini. 
  • Memacu pemulihan bagi sektor ekonomi yang paling teruk terjejas seperti sektor pelancongan dan peruncitan.
  • Menumpukan usaha untuk membantu golongan rentan, wanita, orang asli dan kurang upaya supaya tidak terpinggir dalam agenda pemulihan dan pembangunan negara. 
  • Usaha berterusan bagi melindungi dan mencipta peluang pekerjaan baharu akan terus dijadikan keutamaan. 
B. Resilience: Membina Semula Daya Ketahanan Negara

KESIHATAN – 

  • Menekankan usaha untuk membina semula daya ketahanan sistem kesihatan negara untuk menghadapi krisis kesihatan melalui peningkatan kapasiti dan kualiti, memperkasa modal insan dalam sektor berkenaan serta menjalinkan kerjasama lebih erat antara penyedia perkhidmatan kesihatan awam dan swasta.
  • Memberi tumpuan kepada aspek pembangunan dan penyelenggaraan infrastruktur fizikal. 
  • Memberikan penekanan ke arah mempertingkatkan infrastruktur digital dan teknologi yang menjadi nadi utama bagi kelangsungan sistem ekonomi dan sosial pada masa hadapan. 

PENDIDIKAN – 

  • Meningkatkan infrastruktur dan aplikasi digital bagi membolehkan sistem pendidikan membuat penyesuaian dengan keperluan belajar secara dalam talian di rumah. 

PERNIAGAAN– 

  • Meningkatkan aplikasi dan infrastruktur digital yang turut memainkan peranan penting sepanjang tempoh PKP bagi memastikan sektor ini kekal beroperasi dan produktif.

TRANSFORMASI DIGITAL- 

  • Mempercepat peralihan kepada teknologi IR 4.0 dan transformasi digital serta meningkatkan keupayaan modal insan negara melalui program peningkatan kemahiran dan kemahiran semula berasaskan permintaan semasa pasaran pekerjaan.

FISKAL- 

  • Bajet 2022 turut akan mengkaji kaedah untuk membina semula ketahanan fiskal negara yang terkesan disebabkan komitmen Kerajaan dalam menampung pakej rangsangan dan bantuan untuk rakyat dan perniagaan. 
C. Reform: Memangkin Pembaharuan 
  • Memberi penumpuan kepada pencapaian SDG, RMKe-12 dan WKB2030 sebagai salah satu langkah-langkah pembaharuan yang akan dilaksanakan. 
  • Memperkukuhkan agenda kelestarian dan kemampanan dalam Bajet 2022.
  • Menumpukan ke arah meningkatkan kecekapan sistem penyampaian awam serta penekanan unsur alam sekitar, kemampanan dan tadbir urus (Environmental, Social and Corporate Governance – ESG) dalam perkhidmatan awam, badan berkanun serta syarikat berkaitan Kerajaan. 
  • Membangunkan ekonomi yang lebih lestari dan terangkum agar menjadi daya penarik kepada perniagaan untuk menjadikan negara ini sebagai destinasi pelaburan utama. 
  • Memperkukuh kerjasama dengan CSO dalam pelbagai bidang seperti membasmi kemiskinan, meningkatkan modal insan dan meningkatkan kualiti kesihatan rakyat.

Kerajaan sedang melaksanakan pelbagai sesi libat urus dan konsultasi bagi mendapatkan input dan cadangan daripada pelbagai pihak bagi memastikan Bajet yang dirangka adalah komprehensif dan memenuhi aspirasi segenap pihak selaras dengan iltizam Keluarga Malaysia. 

Sumber: www.mog.gov

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!