Bakul Prihatin Negara: Bantuan Barangan Asas Keluarga Terjejas
Kerajaan hari ini telah melancarkan Bakul Prihatin Negara bagi membantu keluarga dan isi rumah yang terjejas akibat penularan COVID-19 dan memerlukan barangan keperluan asas.
Inisiatif ini adalah cetusan idea daripada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi mengambil tindakan proaktif terhadap keadaan yang dihadapi oleh rakyat yang terkesan akibat pandemik COVID-19.
Bantuan ini melibatkan peruntukan sebanyak RM5 juta dan tambahan 16 juta daripada lima syarikat korporat iaitu Yayasan Petronas, AEON Big, Pharmaniaga, Tenaga Nasional Berhad, dan Telekom Malaysia.
Bagi keluarga yang terjejas dan memerlukan barangan asas, anda boleh memohon kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk mendapatkan bantuan ini.
Apa Itu Bakul Prihatin Negara?
Bakul Prihatin Negara adalah bantuan yang diberikan hasil kerjasama strategik berkonsepkan “Whole of Society” melibatkan Kerajaan Malaysia dan syarikat korporat.
Pelaksanaan penyampaian bantuan oleh Sukarelawan Skuad Prihatin Negara di bawah kendalian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Keluarga yang memerluka akan menerima bantuan barangan asas untuk yang disalurkan menerusi Sukarelawan Skuad Prihatin Negara tersebut.
Senarai Barangan Asas
Berikut sebanyak 8 barangan asas yang diberikan menerusi bantuan ini iaitu:
- Beras (5 Kg)
- Gula (1 Kg)
- Tepung (2 Kg)
- Bihun (400 Gm)
- Kicap (650 Ml)
- Sardin (230 Gm)
- Biskut
- Kopi
Syarat Kelayakan
Semua rakyat Malaysia bagi setiap keluarga yang terjejas pendapatan akibat pendemik COVID-19 layak untuk memohon Bakul Prihatin Negara.
Cara Memohon
Bagi memohon bantuan ini, hubungi sahaja Talian Kasih di 15999 atau menghantar Whatsapp ke 019-2615999.
Keluarga yang ingin memohon juga boleh menghubungi mana-mana 108 Bilik Gerakan JKM yang berhampiran untuk membuat permohonan iaitu:
1) Perlis
2) Kedah
3) Pulau Pinang
4) Perak
5) Selangor
6) Wilayah Persekutuan
7) Negeri Sembilan
8) Melaka
9) Johor
10) Pahang
11) Terengganu
12) Kelantan
13) Sabah
14) Sarawak
Kaedah Penyaluran
Penyaluran bantuan dibuat oleh Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Bahagian/Jajahan setelah mendapat butiran lanjut daripada pemohon.
Kemudian, Skuad Prihatin Negara akan bertanggungjawab mengagihkan Bakul Prihatin Negara untuk diagihkan kepada pemohon yang terlibat dalam tempoh 24 jam selepas membuat permohonan.
Namun, penghantaran bantuan tersebut bergantung kepada hari bekerja, jumlah permohonan harian, jarak dan bentuk muka bumi untuk sampai kepada pemohon.
Maklumat Lanjut
Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai bantuan ini, sila layari laman web https://www.jkm.gov.my/.