Bantuan Pesawah RM200 Sebulan Selama 6 Bulan

Terkini bantuan pesawah RM200 sebulan selama 6 bulan sementara menunggu hasil tuaian akan dilaksanakan. Pengumuan itu dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Yaakob dalam satu majlis makan malam dan mesyuarat agung tahunan NAFAS ke-48 semalam.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas mengadakan perbincangan bersama Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai menghargai jasa dan pengorbanan besar golongan pesawah terhadap negara.

 

Tarikh Pelaksanaan Bantuan Pesawah RM200 Sebulan

bantuan pesawah rm200 sebulan selama 6 bulan

Kerajaan bersetuju menyalurkan bantuan kepada pesawah berjumlah RM200 sebulan bagi tempoh enam bulan sementara menunggu hasil tuaian padi.

Perdana Menteri menyatakan, perkara itu akan dimasukkan kerajaan dalam Belanjawan 2023 yang diumumkan pada bulan Oktober ini.

 

bantuan itu menunjukkan kerajaan tidak pernah lupa kepada jasa petani, nelayan dan penternak.

Tegasnya, tanpa mereka, kehidupan rakyat akan menjadi sukar kerana pengorbanan golongan itu amat besar.

“Betul saya setuju kalau penoreh getah dapat bantuan sewaktu musim tengkujuh kerana tiada pendapatan jadi kita beri sumbangan selama tiga bulan, begitu juga nelayan satu ketika dahulu RM200 (diberikan) kemudian saya naikkan RM300 termasuk elaun untuk nelayan darat.

“Saya terkejut apabila dimaklumkan pesawah tak dapat. Bila Pengerusi NAFAS sebut, saya kira itu sudah menjadi arahan sebab kalau tak dengar cakap dia, kira derhaka adik-beradik.

Baca juga : Cara Mohon Projek Khas Tani Pasca Covid-19 Jabatan Pertanian Negeri Perak 2022

 

Dalam pada itu, Perdana Menteri meminta NAFAS menguasai keseluruhan rantaian nilai pasaran ayam bagi mengelak pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan.

Jelasnya, ahli NAFAS seramai sejuta orang mampu menjayakannya

 

 

Terdahulu, Ismail Sabri menggesa NAFAS dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) digesa melaksanakan perubahan dan anjakan paradigma bagi memastikan negara mempunyai bekalan makanan yang mencukupi, katanya.

Perdana Menteri berkata, NAFAS perlu memberi nafas baharu kepada sektor makanan berasaskan pertanian melalui penerapan teknologi tinggi dan pendigitalan, bagi meningkatkan pengeluaran pertanian, sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada import makanan

 

 

Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata, kerajaan melalui MAFI sudah meluluskan peruntukan sebanyak RM4.47 juta dari Tabung Bencana Pertanian untuk membantu 29 Pertubuhan Peladang dan 483 Ahli Peladang yang terjejas akibat bencana alam pada tahun ini.

Katanya, Peruntukan Pembangunan Semula Projek Agromakanan (PPSPA) itu akan disalurkan melalui LPP di tujuh negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Kelantan dan Terengganu.

Sementara itu, NAFAS mengumumkan dividen Dana Peladang Kebangsaan (DPK) yang berakhir Disember 2021 untuk Skim Pelaburan Khas Peladang (SPKP) sebanyak lapan peratus membabitkan hampir 6,000 pelabur dengan keseluruhan nilai agihan dividen berjumlah RM8.5 juta.

 

Maklumat Lanjut

Sumber :  Berita Harian Facebook Ismail Sabri Yaakob 

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!