SPS Khidmat | Skim Caruman  PERKESO Bagi Orang Bekerja Sendiri

SPS Khidmat | Skim Caruman  PERKESO Bagi Orang Bekerja Sendiri ~ Sekiranya anda bekerja sendiri, ini peluang anda untuk membuat caruman PERKESO. Sila baca dengan teliti maklumat dibawah. 

SPS Khidmat

SPS Khidmat, di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri PERKESO adalah merupakan salah satu inisiatif kerajaan yang telah diumumkan  oleh YB Menteri Kewangan  dalam pembentangan Belanjawan 2022. 

SPS Khidmat ialah bantuan penuh caruman di mana pihak Kerajaan menyediakan pembiayaan caruman sepenuhnya (100%) di bawah Pelan Caruman dua (2) dan empat (4) dengan tempoh perlindungan selama 12 bulan (1 tahun) kepada OBS melalui kumpulan sasar yang ditetapkan.

SPS Khidmat

Kumpulan sasar di bawah SPS Khidmat ini dikhususkan kepada empat (4) kategori seperti berikut:

i. Anggota Pasukan Sukarelawan

a) Anggota Tentera Simpanan

b) Anggota Polis Simpanan

c) Anggota Pertahanan Awam Malaysia

d) Anggota Maritim

ii. Perkhidmatan Rumah Ibadat Islam (JAKIM)

a) Guru Takmir, Noja, Siak, Imam, Bilal dan Merbut

iii. Penyelia dan Petugas Pemulihan Komuniti

iv. Anggota Sektor Awam

a) Berstatus Contract For Service

Faedah-Faedah Diterima Pencarum

Melalui SPS Khidmat, mereka yang layak akan menerima faedah-faedah berikut:

  • Faedah perubatan
  • Faedah Hilang Upaya Sementara (HUS)
  • Faedah Hilang Upaya Kekal (HUK)
  • Faedah Orang Tanggungan (FOT)
  • Lain-lain faedah

Syarat Kelayakan

  • Bertaraf warganegara Malaysia/pemastautin tetap tanpa mengira had umur
  • Individu yang menjalankan aktiviti pekerjaan sendiri untuk mencari nafkah
  • Bekerja sepenuh masa atau separuh masa
  • OBS bekerja di Malaysia

Cara Membuat Permohonan

Bagi OBS yang memenuhi syarat kelayakan di atas dan berminat untuk memohon SPS Khidmat, permohonan boleh dibuat melalui kaedah berikut:

  • Permohonan individu boleh dibuat melalui agensi pentadbiran masing-masing
  • Permohonan secara pukal perlu dikemukakan kepada bahagian SPS ([email protected]) untuk proses pendaftaran
  • Tempoh perlindungan bermula selepas penerimaan senarai pemohon daripada agensi kepada PERKESO

Dokumen Diperlukan

Untuk tujuan permohonan, pemohon juga dikehendaki menyediakan dokumen-dokumen sokongan berikut bagi memastikan permohonan anda akan diproses:

  • Salinan kad pengenalan;
  • Surat pelantikan / pengesahan kerja – untuk petugas khidmat komuniti / anggota sektor awam (contract for service) / Anggota Sukarelawan / Guru Takmir/ Imam/ Bilal/ Siak/ Noja/ Merbut

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila layari/rujuk:

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!