Kembara Mahkota Johor 2023 : Senarai Program & Jadual

Setelah tiga tahun tidak dapat dijalankan akibat kekangan pandemik Covid-19, Kembara Mahkota Johor (KMJ) kini kembali lagi.

Program istimewa ini telah diilhamkan oleh DYMM Sultan Ibrahim sejak tahun 2001 ketika menjadi Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor (DYAM TMJ).

Bermula dari 5 hingga 8 Ogos 2023, Sultan Johor iaitu Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar bersama Keluarga Diraja Johor bakal mengadakan lawatan ke semua 10 daerah di Johor untuk beramah mesra dan menyantuni bangsa Johor.

Berangkat bersama dalam konvoi Diraja, YAM Che’ Puan Besar Khaleeda binti Bustamam, YAM Tunku Idris Iskandar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Temenggong Johor; YAM Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor; YAM Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Putera Johor dan Dato’ Dennis Muhammad Abdullah.

Di samping itu, jelajah ini juga bakal disertai oleh Menteri Besar dan pegawai-pegawai kerajaan negeri.

Kembara Mahkota Johor

Kembara Mahkota Johor 2023

Jelajah Kembara Mahkota Johor bagi tahun ini merupakan edisi ke-23 dan dipimpin oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim buat julung kalinya.

Untuk makluman, jelajah terakhir telah berlangsung pada tahun 2019 sebelum negara dibadai pandemik Covid-19.

 Selain mengeratkan hubungan antara rakyat, pemimpin serta kerabat diraja, objektif program ini juga adalah bagi merapatkan hubungan antara kaum di samping meringankan beban golongan kurang bernasib baik.

Berlangsung dari 5 hingga 8 Ogos 2023, program jelajah konvoi ini akan mengambil masa selama 4 hari, penduduk Johor bakal disajikan dengan pelbagai pengisian serta acara menarik yang dibawakan khas oleh Kerajaan negeri Johor.

Senarai Laluan dan Jadual Program Lengkap

Untuk jelajah kali ini, ia akan melibatkan jarak perjalanan kira-kira 852 kilometer dan lokasi ketibaan pertama kumpulan konvoi Keluarga Diraja Johor adalah di Kulim Eco Trail Retreat yang terletak di Ulu Tiram.

Berikuti dikongsikan jadual program lengkap untuk rujukan anda.

Kembara Mahkota Johor

Untuk ketahui perkembangan mengenai jelajah Kembara Mahkota Johor, sila ikuti laman Facebook rasmi DYMM Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Baca Juga : Hari Kebangsaan & Hari Malaysia 2023 Logo Dan Tema

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!