Biasiswa Kursi Tok Nan 2022 | Permohonan & Syarat Kelayakan

Biasiswa Kursi Tok Nan 2022 | Permohonan & Syarat Kelayakan ~ Sukacita dimaklumkan, khususnya buat anak kelahiran Sarawak yang berpotensi dan berkelayakan, anda di pelawa untuk memohon penajaan Biasiswa Kursi Tok Nan 2022. 

Biasiswa Kursi Tok Nan 2022 

Biasiswa Kursi Tok Nan 2022 adalah merupakan salah satu inisiatif penubuhan Kursi Tok Nan antara UPM Kampus Bintulu dan Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak dalam usaha untuk membantu dana pengajian anak tempatan dalam bidang Sains Sosial dan Kemanusian.

Biasiswa ini memberikan penajaan pengajian kepada pelajar yang berkelayakan mengikut syarat-syarat yang ditetapkan. Antaranya ialah: yuran pengajian, yuran kolej kediaman, elaun buku dan wang saku.

Penajaan biasiswa akan diberikan selama; 4 semester untuk Diploma, 6 semester untuk Bacelor.

Program pengajian yang ditawarkan adalah;

  • Diploma Pembangunan Manusia dan
  • Bacelor Sains Pembangunan Manusia dengan Pengurusan.
Biasiswa Kursi Tok Nan

Syarat Permohonan 

  • Anak Jati Sarawak (Sama ada ibu atau bapa atau kedua-duanya sekali anak kelahiran Sarawak).
  • Pemohon, ibu dan bapa mestilah warganegara Malaysia.
  • Mempunyai keputusan yang cemerlang iaitu minimum PNGK 3.50 ke atas.
  • Hanya pemohon yang belum menerima sebarang penajaan daripada lain-lain penaja atau bantuan kewangan dari mana-mana organisasi dalam dan luar negara layak memohon.
  • Pelajar yang telah mendapat tajaan contohnya JPA, MARA dan sebagainya tidak layak memohon.
  • Pelajar yang telah / pernah menerima pinjaman daripada mana-mana badan tajaan dalam penajian Pensijilan atau Diploma tidak layak untuk memohon.
  • Sekiranya pernah menerima pelajaran, surat selesai bayaran pinjaman hendaklah disertakan bersama borang permohonan.

Cara Permohonan

Borang permohonan boleh didapati di laman web berikut:  www.btu.upm.edu.my atau : https://btu.upm.edu.my/kandungan/biasiswa_kursi_tok_nan_tahun_2022-65421?L=bm 

Borang yang telah lengkap beserta dokumen-dokumen yang telah disahkan hendaklah dikemukakan dan diterima secara serahan tangan oleh pihak Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UPMKB.

Permohonan penajaan biasiswa yang akan dibuka seperti ketetapan berikut :

  • Diploma: 22 Februari 2022 sehingga 01 Mac 2022
  • Bacelor: 28 Mac sehingga 16 April 2022

Maklumat Lanjut & Pertanyaan 

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, anda boleh hubungi  Puan. Rabaiyah binti Zaini di talian 086-855474 atau emel: [email protected] 

Atau rujuk, 

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!