Kempen Servis Prihatin MODENAS, Khusus Untuk Motosikal Terjejas Banjir

Kempen Servis Prihatin MODENAS, Khusus Untuk Motosikal Terjejas Banjir ~ Sukacita dimaklumkan, baru-baru ini, dalam sebuah kenyataan media terkini, pihak MODENAS telah mengumumkan satu bantuan khas melalui Kempen Servis Prihatin MODENAS khusus untuk mangsa banjir

Bencana banjir yang berlaku baru-baru ini telah mengakibatkan banyak kerugian termasuklah kepada pemilik-pemilik motosikal. Besarlah harapan pihak MODENAS agar kempen ini dapat membantu meringankan sedikit sebanyak beban mangsa yang terjejas banjir. 

Kempen Servis Prihatin MODENAS

Kempen Servis Prihatin MODENAS menawarkan pemeriksaan PERCUMA untuk pemilik motosikal yang terjejas akibat banjir, diskaun alat ganti sehingga 25%, upah kerja PERCUMA bagi motosikal yang tidak perlu di baikpulih serta perkhidmatan cuci motosikal secara PERCUMA!

Cawangan Yang Terpilih

Kempen ini berlangsung mulai 22 hingga 31 Disember 2021 ini. Anda boleh mendapatkan servis percuma yang ditawarkan di cawangan MODENAS Service Centre yang terpilih seperti di bawah:

1. MODENAS SERVICE CENTRE (SHAH ALAM, SELANGOR)

  • Alamat: No.62 & 64 Jalan Pluto Ay, Seksyen U5 40150 Shah Alam,Selangor
  • Waktu Operasi: 9.00am – 5.00pm
  • Nombor Telefon: 04-4668160

2. MODENAS SERVICE CENTRE (KUANTAN, PAHANG)

  • Alamat: No A149, Lorong Seri Teruntum 8,
  • Jalan Dato Wong Ah Jang, Taman Tunas Maju, 25200 Kuantan, Pahang
  • Waktu Operasi: 9.00am – 5.00pm
  • Nombor Telefon: 09-5123380 /044668199

Perkhidmatan Yang Ditawarkan

Antara perkhidmatan yang ditawarkan adalah seperti dibawah:

  • Caj upah kerja PERCUMA untuk baik pulih biasa (tanpa overhaul)
  • Pemeriksaan PERCUMA
  • pembersihan motosikal PERCUMA
  • diskaun sehingga 25 peratus untuk alat ganti
  • Diskaun 15 peratus untuk alat ganti skuter
  • Diskaun 70 peratus bagi caj buruh melibatkan servis “overhaul”
Kempen Servis Prihatin MODENAS

Maklumat Lanjut & Pertanyaan 

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut sebagai pemilik motosikal yang terjejas, anda boleh menghubungi pusat servis Modenas yang terpilih, atau hubungi: 1-800-880-181 atau, 019-570 8135 (Whatsapp).

Sila kunjungi pusat servis Modenas cawangan Subang dan Kuantan bagi mendapatkan tawaran ini.

Info lanjut, sila layari : 

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!