Le Tour De Langkawi 2023, Tarikh, Jadual & Laluan LTdL

Trek laluan Le Tour de Langkawi 2023 (LTdL) Edisi -23 tidak melibatkan Langkawi. Acara basikal bertaraf dunia itu di jadualkan akan berlangsung pada tarikh 23 hingga 30 September dengan tema “Beat The Heat”.

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) selaku pemilik LTdL dan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) yang merupakan badan induk sukan itu di negara ini.

Manakala Majlis Sukan Negara (MSN) dilantik sebagai pengendali LTdL Edisi -27 ini.

Le Tour De Langkawi 2023 (LTdl) Ke-27

Le Tour De Langkawi 2023

Perlumbaan acara jelajah lumba basikal lebuh raya bertaraf dunia LTdL edisi ke-27 di jadualkan akan berlangsung selama 8 hari bermula pada tarikh 23 hingga 30 September 2023.

Tema perlumbaan tahun ini ‘Beat The Heat’ di ambil berdasarkan gambaran ujian getir yang bakal di harungi oleh para pelumba yang akan melalui pendakian yang mencabar ke puncak Genting Highlands, beserta cuaca panas terik di samping janji sorakan hangat daripada peminat di sepanjang laluan perlumbaan di seluruh negara

Trek Laluan Le Tour De Langkawi 2023

laluan Le Tour De Langkawi 2023

Perlumbaan basikal lebuh raya LTdL 2023 akan melalui lapan peringkat perlumbaan yang akan merentasi 11 buah negeri di Semenanjung Malaysia dengan jarak keseluruhan sejauh 1,280 kilometer (km)

  • Peringkat 1 (Sabtu, 23 September) -Kerteh ke Kuala Terengganu – 184.4km
  • Peringkat 2 (Ahad, 24 September) -Kuala Terengganu ke Kota Bharu – 186.2km
  • Peringkat 3 (Isnin, 25 September)- Jeli ke Baling – 177.1km
  • Peringkat 4 (Selasa, 26 September) -Bukit Mertajam ke Meru Raya – 140km
  • Peringkat 5 (Rabu, 27 September) -Slim River ke Genting Highlands – 133.3km
  • Peringkat 6 (Khamis, 28 September)-Karak ke Melaka – 176.6km
  • Peringkat 7 (Jumaat, 29 September)-Muar ke Seremban 2 – 125.7km
  • Peringkat 8 (Sabtu, 30 September)-Setia Alam ke Kuala Lumpur – 157km

Baca juga : Langkawi International Maritime and Aerospace (LIMA) 2023

Senarai Pasukan Yang Bertanding

Penyertaan Le Tour De Langkawi 2023 melibatkan minimum tiga tiga pasukan dunia (UCI World Team) dan tujuh pasukan Pro (UCI Pro Team).

11 pasukan benua berstatus Pro Series (UCI Continental) dan wakil tunggal tempatan – pasukan kebangsaan Malaysia juga bakal bersaing pada kejohanan LTdl 2023 ini.

Manakala bagi senarai rasmi pasukan yang akan mengambil bahagian pada edisi kali ini akan dimuktamadkan tidak lama lagi.

Fakta Menarik Le Tour De Langkawi 2023

  • Walaupun Langkawi tiada dalam senarai laluan LTdL, nama kejojahan ini masi di kekalkan
  • Ini bukan kali pertama Langkawi tiada dalam senarai trek laluan kejohanan LTdl
  • Kejohanan ini akan berlangsung selama 8 hari dengan melalui 8 trek laluan
  • MSN mempunyai rekod yang baik sebagai penganjur LTdL dari 2012 hingga 2014 di mana mereka dianugerahkan “Organizational Level of Excellence” oleh badan induk dunia, Union Cycliste International (UCI).

Baca juga : Azizulhasni Awang Raja Pecut Basikal Trek Kebangaan Malaysia

Sejarah Le Tour de Langkawi

Acara bertaraf dunia ini mula di perkenalkan pada tahun 1996 hasil cetusan idea Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir Mohamad, Wan Lokman Wan Ibrahim dan juga First Cartel.

Hasil daripada kejohanan ini sekaligus telah berjaya mempromosikan Langkawi, yang telah berjaya merubah dan meningkatkan taraf ekonomi Langkawi itu sendiri.

Walaupun begitu kejohanan ini juga telah beberapa kali menghadapi kesulitan disebabkan masalah kewangan.

Pada tahun 2021 pula kejohanan ini tidak dapat dilaksanakan disebabkan pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia

Maklumat Lanjut

KBS mengalu-alukan sokongan daripada pelbagai penaja untuk tampil ke hadapan bagi menjamin kelancaran penganjuran dan menyemarakkan lagi kemeriahan perlumbaan peringkat Pro-Series ini. Untuk maklumat lanjut berkaitan Le Tour De Langkawi 2023 LTdl Edisi Ke-27 ini anda juga boleh hubungi ;

Majlis Sukan Negara Malaysia,
Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil,
57000 Kuala Lumpur, Malaysia.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!