Sambutan Hari Merdeka 2023 Tarikh, Lokasi,& Acara

Info Sambutan Hari Merdeka 2023, Tarikh, Lokasi & Jadual Penuh Acara Sempena Sambutan Hari Kebangsaan 31 Ogos 2023.

Sambutan 31 Ogos merupakan antara acara yang di nanti-nanti oleh rakyat Malaysia. Selain daripada sebagai tanda semangat patriotik. Acara dan pertunjukan daripada badan beruniform antara yang menarik minat orang ramai untuk hadir menyaksikan sambutan hari merdeka.

Tema sambutan hari merdeka 2023, ialah “Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan”

Bagi anda yang ingin hadir dan menyaksikan sambutan hari merdeka 2023, berikut info-info penting berkaitan tarikh, lokasi dan tentafif program sepanjang sambutan tersebut.

Tarikh, Lokasi & Masa Sambutan Hari Merdeka 2023

sambutan hari merdeka 2023 di mana

Sambutan hari merdeka peringkat kebangsaan 2023, akan di buat di Dataran Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya pada 31 Ogos 2023.

Acara akan berlansung seawal jam 7:00pagi dan semua rakyat Malaysia dijemput hadir bagi sama-sama menyemarakan sambutan hari kebangsaan 2023.

Manakala sambutan peringkat negeri pula akan dibuat dibeberapa negeri seperti berikut ;

Sambutan Hari Merdeka Peringkat Negeri 2023

  • Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-66 Peringka Negeri Perak 2023 – Dataran KTM, Ipoh,Perak
  • Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-66 Peringka Negeri Pahang 2023 – Padang Kemunting, Pahang
  • Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-66 Peringka Negeri Sabah – Padang Bandaran Kota Kinabalu, Sabah

Jadual Acara

Sepanjang sambutan hari kemerdekaan 2023, antara acara menarik yang di adakan adalah seperti;

  • Sambutan Ambang Merdeka 2023
  • Perarakan Kereta Antik Oleh Agrobank
  • ARMY RED WARRIOR (TENTERA DARAT MALAYSIA)
  • Aksi Terjunan Tepat 69 KOMANDO PDRM VAT69.
  • 36 Kumpulan Pancaragam akan mengiringi Acara Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan 2023
  • Perarakan Kereta Berhias
  • Perarakan daripada badan berkannun dan unit beruniform
acara sambutan hari merdeka 2023
sambutan hari merdeka 2023

Banyak lagi acara dan persembahan sepanjang tempoh hari kebangsaan dan hari malaysia 2023. Tentatif dan jadual penuh program anda boleh dapati menerusi pautan berikut https://dbook.penerangan.gov.my/dbook/dmdocuments/takwim_hkhm_2023/mobile/index.html

Jalan /Laluan Ditutup Sempena Sambutan Hari Merdeka 2023

lokasi jalan ditutup sempena sambutan hari merdeka 2023

Bagi melancarkan program sambutan hari merdeka, Pihak Polis Diraja Malaysia memaklumkan sebanyak 22 jalan menghala ke lokasi sambutan Hari Kebangsaan 2023 di Putrajaya akan ditutup sementara bagi menjamin kelancaran acara sambutan pada 31 Ogos ini.

Penutupan jalan/laluan ini bermula dari pukul 5 pagi hingga 11 pagi.

Antara laluan yang ditutup ;

  • Persiaran Perdana dari Bulatan Putra
  • Lebuh Saujana ke Persiaran Perdana dan ke Lebuh Wadi Ehsan
  • Lebuh Wawasan ke Simpang Empat Kastam (Persiaran PErdana)
  • Jalan Pembangunan dari arah Jalan Tun Abd Razak dan Jalan Permodenanan
  • Jalan Kemerdekaan ke Araha Persiaran Perdana
  • Jalan P3F ke Persiaran Perdana
  • Jalan P2K ke Persiaran Perdana
  • Jalan P3C ke Persiaran Perdana
  • Jalan P2S ke Persiaran Perdana
  • Jalan P2W ke Persiaran Perdana
  • Jalan P2P ke Persiaran Perdana
  • Lebuh Setia ke Persiaran Perdana
  • Jalan Persiaran Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ke Bulatan Putra
  • Lebuh Setia ke Jalan Perdana
  • Jalan Perpaduan ke Lingkaran Gemilang 1
  • Jalan Tun Hussein ke Lebuh Bestari
  • Persimpangan Lebuh Saujana / Persiaran Perdana
  • Lebuh Wadi Ehsan ke Persiaran Perdana

Perkhidmatan Shuttle Bus & Lokasi Tempat Letak Kereta Awam Sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2023

parking awam sambutan hari merdeka 2023
shuttle bus hari merdeka 2023

Bagi memudahkan pergerakan orang ramai, penganjur menyediakan dua bas perantara di Terminal Putrajaya Sentral dan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Sempena Sambutan Hari Kebangsaan, pada 31 Ogos ini, stesen LRT, MRT, dan Monorel beroperasi seawal 4 pagi. Bas percuma juga disediakan dari Stesen MRT Putrajaya Sentral ke Dataran Putrajaya.

Untuk kelancaran, anda boleh menyemak jadual perkhidmatan Shuttle bus seperti yang tertera pada gambar dan pilih lokasi pick up dan drop off berdekatan lokasi anda.

Bagi yang berhajat untuk menaiki kenderaan sendiri, pastikan anda semak lokasi dan jumlah tempat letak kereta awam yang tersedia bagi melancarkan perjalanan anda ke lokasi sambutan

Tapak Berniaga

Bagi peniaga-peniaga yang berminat untuk berniaga di kawasan tapak sambutan hari kemerdekaan, penyertaan adalah secara  First come first serve hanya di tapak yang dibenarkan sahaja.

Syarat-syarat operasi penyertaan adalah seperti berikut ;

* Untuk makluman, Perbadanan Putrajaya (PPj) tidak melantik mana-mana pihak atau pihak ketiga bagi tujuan tapak perniagaan sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2023.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berkaitan program sambutan Hari Merdeka 2023 seluruh Malaysia, anda juga boleh melayari

Baca juga :

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!