LIMA 2023 : Tarikh Pertunjukan Udara, Kapal Maritim & Tiket

LIMA 2023

Setelah ditangguhkan selama 4 tahun, akhirnya acara Langkawi International Maritime and Aerospace (LIMA) kembali.

Acara LIMA 2023 merupakan pameran maritim dan aeroangkasa terkemuka di rantau Asia Pasifik sambil melibatkan ratusan organisasi serta syarikat daripada dalam dan luar negara.

Tema LIMA 2023

Untuk acara pada tahun ini, LIMA membawakan tema Titik Perhubungan Perdagangan Maritim dan Aeroangkasa Asia (The Nexus of Asia’s Maritime and Aerospace Trade).

Baca Juga : Sukan SEA 2023 – Siaran Langsung & Kedudukan Pingat

Program ini juga akan dihadiri oleh lebih 400 orang kenamaan termasuk Menteri Pertahanan, Menteri Pengangkutan, Pegawai Kerajaan dan ketua perkhidmatan tentera dari 59 buah negara.

Acara gilang-gemilang ini difahamkan akan disertai lebih 600 syarikat daripada industri pertahanan tempatan dan antarabangsa sekaligus bakal menarik kehadiran lebih kurang 50,000 delegasi ke Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC).

LIMA 2023

Antara syarikat terkemuka yang bakal mengambil bahagian dalam acara LIMA pada tahun ini adalah :

  1. BHIC
  2. Deftech
  3. Gading Group
  4. Global Turbine Asia
  5. NADI
  6. Radimax
  7. Sapura
  8. Airbus (UK)
  9. MBDA (Perancis)
  10. Kongsberg (Norway)
  11. Pasukan Tentera Laut (Perancis)
  12. Korea Aerospace Industries (KAI)
  13. Pasukan Pertahanan Australia
  14. Aselsan
  15. Roketsan
  16. Havelsan (Turki).

Senarai Acara LIMA 2023

Airshow Demonstration Time

Selain tayangan 110 buah kapal terbang dan 110 kapal maritim serta aset ketenteraan dan komersial, sudah tentu ramai yang menanti-nantikan acara utama LIMA iaitu demonstrasi serta pertunjukan udara atau Airshow.

Selain pertunjukan daripada TUDM dan MOT, malah ia juga akan melibatkan pasukan udara daripada negara luar seperti Indonesia, Korea Selatan, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Rusia.

Butiran bagi Airshow adalah seperti berikut :

  • Tarikh : 26 dan 27 Mei 2023
  • Waktu pertunjukan : 10:00AM – 12:00PM dan 02:30PM – 06:30PM
  • Lokasi : Mahsuri Exhibition Centre (MIEC)
LIMA 2023

Maritime Demonstration Time

Selain pertunjukan udara, satu lagi tarikan terbesar LIMA 2023 adalah pertunjukan maritim.

Butiran bagi pertunjukan maritim adalah seperti berikut :

  • Tarikh : 23 hingga 27 Mei 2023 (lawatan untuk orang awam terbuka pada 26 dan 27 Mei sahaja)
  • Waktu pertunjukan : 10:00AM – 12:00PM dan 02:30PM – 06:30PM
  • Lokasi : Resorts World Langkawi
LIMA 2023

Di samping itu, terdapat sembilan lagi  acara yang dijadualkan akan berlangsung dalam program ini iaitu :

  1. e-Sports
  2. Air Chief Conference
  3. Langkawi Maritime Conference
  4. SpaceTech
  5. Chief Of Navy Roundtable Talk
  6. Leaders by CAAM
  7. Naval Engineering Conference
  8. Cyber Security Form
  9. International Maritime Conference

Anda boleh rujuk butiran bagi setiap acara dengan lebih lanjut di pautan berikut :

https://limamalaysia.com.my/event/event-listing

Cara Beli Tiket Masuk

Untuk makluman, pameran ini memerlukan pelawat untuk membeli tiket harian mengikut kategori seperti berikut :

  • Pelawat Awam (Public visitor) – Harga tiket bermula RM 30 dan ke atas. Klik DI SINI untuk membeli tiket secara online.
  • Pelawat Dagang (Trade Visitor) – Harga tiket bermula RM 175 dan ke atas. Klik DI SINI untuk membeli tiket secara online.

Nota : Pelawat dinasihatkan untuk membaca garis panduan serta peraturan di yang telah ditetapkan pada pautan yang disediakan untuk menjamin lawatan ekspo yang teratur dan lancar.

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai program LIMA 2023, sila layari laman web rasmi Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA) di pautan https://www.limamalaysia.com.my/ dan ikuti Facebook rasmi LIMA 2023 di https://www.facebook.com/2023LIMA.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!