Kejora Bakti Siswa Untuk Pelajar B40 Melanjutkan Pelajaran Ke IPT

Berita baik untuk pelajar –pelajar cemerlang SPM, STPM Lembaga Kemajuan Johor Tenggara menyediakan insentif kecemerlangan di kenali KEJORA BAKTI SISWA kepada anak-anak daripada keluarga miskin tegar / miskin / B40 dalam Wilayah KEJORA bagi lepasan SPM atau STPM yang berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Awam atau Swasta di dalam atau di luar negara yang diiktiraf oleh Kerajaan

Apa Itu KEJORA BAKTI SISWA

kejora bakti siswa 2022

Ianya merupakan salah satu Insentif kecemerlangan untuk membantu kepada anak-anak daripada keluarga miskin tegar/miskin/B40 dalam Wilayah KEJORA lepasan SPM atau STPM yang berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi di institusi Pengajian Tinggi (IPT) Awam atau Swasta di dalam atau di luar negara yang diiktiraf oleh kerajaan

Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Penduduk Wilayah KEJORA, pemohon yang menetap di luar Wilayah KEJORA adalah tidak dibenarkan.
  • Keutamaan bagi keluarga yang disahkan sebagai miskin tegar / miskin / berpendapatan rendah (B40).
  • Pemohon lepasan SPM atau STPM tahun semasa atau sekurang-kurangnya satu tahun sebelumnya
  • Berjaya dan bersetuju melanjutkan pengajian di IPT Awam atau Swasta yang ditawarkan sama ada peringkat diploma atau ijazah sarjana muda pada tahun semasa permohonan.
  • Had umur pemohon semasa permohonan dibuat :
    • Peringkat Diploma : 18 hingga 20 tahun.
    • ii. Peringkat Ijazah Sarjana Muda : 20 hingga 25 tahun.

Kadar Intensif

Kadar insentif untuk pemohon yang layak menerima insentif ini adalah seperti berikut ;

  • Diploma : RM 500.00
  • Ijazah Sarjana Muda : RM 1,000.00

Cara Permohonan

  • Pemohon boleh juga hadir ke Pejabat KEJORA bagi mendapatkan Borang Permohonan KEJORA Bakti Siswa.

Tarikh Permohonan

Permohonan insentif ini boleh dibuat mulai 1 Julai 2022 sehingga tarikh tutup permohonan pada 31 Disember 2022

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan  mengenai Permohonan Kejora Bakti Siswa, anda boleh layari facebook https://www.facebook.com/lembagakemajuanjohortenggara atau hubungi nombor:

  • Encik Amir Hafizal – 07 882 3086
  • Cik Norniza – 07 882 3085

Baca juga ;

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!