Pendaftaran Online Permohonan Tadika MAIWP 2023 & MAIWP Kids

Permohonan Tadika Islam Maiwp 2023 dibuka mulai 1 hingga 30 September 2022. Ibu bapa /penjaga yang ingin boleh membuat pendaftaran online permohonan Tadika islam Maiwp boleh di buat bermula bulan September ini.

Tadika Permata MAIWP dan MAIWP Kids adalah program pendidikan prasekolah bagi kanak-kanak 5 dan 6 tahun dibawah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Kadar Yuran Pendaftaran

Bagi pendaftaran kemasukan Tadika Maiwp 2023 kada bayaran yuran adalah seperti berikut ;

  • RM20.00 (Asnaf)
  • RM50.00 (Warganegara)
  • RM80.00 (Bukan warganegara)

Syarat Permohonan Tadika Maiwp 2023

  1. Pemohon (murid) adalah warganegara Malaysia.Dibuka juga pada murid Bukan Warganegara mengikut kekosongan.
  2. Keutamaan kepada ibu/bapa/penjaga yang bekerja atau menetap di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
  3. Pendaftaran Tadika Permata MAIWP dan MAIWP Kids bagi 5 tahun adalah bagi kanak-kanak yang lahir pada tahun 2018
  4. Pendaftaran Tadika Permata MAIWP dan MAIWP Kids bagi 6 tahun adalah bagi kanak-kanak yang lahir pada 2017 (murid baru sahaja).
  5. Sihat tubuh badan dan tidak mengalami penyakit berjangkit, kronik dan kritikal.
  6. Pengambilan murid terhad kepada bilangan kelas yang sedia ada sahaja.
  7. Permohonan hanya dibuka secara atas talian (onlinebermula 1 – 30 September 2022.
  8. Ibu/bapa/penjaga DIWAJIBKAN mengisi Borang Permohonan Kemasukan dengan lengkap secara atas talian (online) di laman sesawang rasmi MAIWP (maiwp.gov.my).
  9. Hanya murid yang membuat pengisian secara atas talian (online) sahaja akan dipertimbangkan untuk pemilihan ke Tadika Permata MAIWP dan MAIWP Kids.
  10. Ibu/bapa/penjaga hanya boleh membuat 1 permohonan sahaja untuk seorang anak.
  11. Keputusan permohonan/tawaran akan dimaklumkan di laman sesawang MAIWP (maiwp.gov.mymulai 1 November 2022 dan ibu/bapa/penjaga hendaklah membuat pengesahan terimaan tawaran tersebut selewat-lewatnya pada 14 November 2022.

Syarat Tambahan UNTUK KEMASUKAN KE TADIKA PERMATA MAIWP PRESINT 18, PUTRAJAYA

  1. Diutamakan kepada pendapatan kasar isi rumah yang tidak melebihi RM10,000.00.
  2. Lulus ujian penilaian kendiri yang akan dilaksanakan oleh MAIWP

Dokumen Diperlukan Untuk Permohonan Tadika Maiwp 2023

  1. Salinan Sijil Kelahiran / Pasport Murid
  2. Salinan Kad Pengenalan / Pasport ibu dan bapa/penjaga.
  3. Satu salinan Penyata Gaji / Pencen / Perkeso ibu dan bapa/penjaga terkini.
  4. Surat Akuan Sumpah Pendapatan terkini (yang dicop oleh Pesuruhjaya Sumpah) sekiranya ibu/bapa/penjaga yang tiada penyata gaji / bekerja sendiri / tidak bekerja.
  5. Rekod kesihatan kanak-kanak (Rekod Imunisasi)
  6. Satu salinan Cukai Pintu / Bil Utiliti kediaman semasa
  7. Salinan surat pengesahan Baitulmal (yang mendapat bantuan bulanan sahaja dari Zakat Wilayah Persekutuan dan Zakat Selangor)

Maklumat Lanjut

Sekiranaya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Permohonan Tadika Maiwp 2023, anda boleh hubungi ;

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ( Bahagian Pembangunan Insan )
Aras 8 Banguan PERKIM, No.150 Jalan Sultan Azlan Shah, 51200 KUALA LUMPUR
Telefon :03 – 4047 9444 sambungan 599/523/571/597/395
unitprasekolahmaiwp@admin

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (Cawangan Putrajaya)
Aras 3, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya, No.3 Jalan Tun Razak, 62100 PUTRAJAYA
No. Tel : 03 – 8871 50000

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (Cawangan Labuan)
Blok 4, Tingkat 13, Kompleks Ujana Kewangan, peti Surat 80960, 87019 LABUAN
No. Tel : 087 – 418 5515 / 512

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!