Permohonan Bantuan Permulaan Ke IPT MAINPP 2022  

Permohonan Bantuan Permulaan Ke IPT MAINPP 2022  ~ Sukacita dimaklumkan permohonan bagi Bantuan Permulaan ke IPT MAINPP (Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang) bagi tahun 2022 kini dibuka.

Bantuan ini digerakkan oleh MAINPP bagi meringankan beban para pelajar pada fasa awal kemasukan IPTA dan IPTS dalam dan luar negara.

Untuk makluman, bantuan ini dibuka kepada pelajar yang mengikuti salah program sijil/matrikulasi, diploma, ijazah dan IPT luar negara.

Baca Juga : Zakat Pulau Pinang: Permohonan Bantuan Awal Persekolahan 2022

Kadar Bantuan

Kadar bantuan adalah berdasarkan program pengajian yang diikuti pemohon seperti butiran berikut :

Sijil / Matrikulasi : RM 600

Diploma : RM 800

Ijazah : RM 1,000

IPT Luar Negara : RM 2,000 maksimum

Bantuan Permulaan Ke IPT MAINPP

Syarat-Syarat Permohonan Bantuan Permulaan Ke IPT MAINPP

Sebelum kemukakan permohonan, pemohon perlulah fahami syarat-syarat yang telah digariskan seperti berikut :

  • Permohonan bagi bantuan adalah sah dalam tempoh 6 bulan pertama daripada tarikh surat tawaran
  • Bantuan terbuka untuk kemasukan permulaan IPT sahaja
  • Permohonan dibuka sepanjang tahun

  Syarat-Syarat Umum Bantuan

Pemohon mestilah :

  • Beragama Islam
  • Merupakan warganegara Malaysia
  • Bermastautin di Pulau Pinang sekurang-kurangnya 3 bulan
  • Tidak menerima bantuan atau zakat dari negeri-negeri lain.

Syarat Khusus Bantuan Permulaan Ke IPT MAINPP

  • Pemohon mestilah penuhi syarat-syarat umum bantuan zakat
  • Anak pemohon / pelajar telah mendapat tawaran untuk belajar di peringkat matrikulasi / asasi / sijil / diploma / ijazah pertama sahaja.
  • Permohonan hendaklah dibuat dalam tempoh enam bulan dari surat tawaran
  • Permohonan mestilah melanjutkan pelajaran sepenuh masa
  • Tempoh pengajian mestilah tidak kurang daripada setahun
  • Kemasukan ke Tingkatan 6 tidak layak untuk memohon kerana tidak diiktiraf sebagai IPT

Cara Memohon

Calon yang berminat boleh kemukakan permohonan bantuan secara atas talian (online) melalui portal Zakat Pulau Pinang melalui pautan berikut :

Zakatpenang2u.com

Untuk mendaftar, masukkan butiran seperti berikut :

  • Nama Penuh
  • Nombor Kad Pengenalan
  • Alamat Emel
  • Nama pengguna
  • Kata laluan
  • Sahkan kata laluan

Setelah selesai isi butiran, klik Hantar.

Bantuan Permulaan Ke IPT MAINPP

Emel pengesahan di laman portal Zakat Pulau Pinang akan dihantar ke alamat emel yang sudah didaftarkan.

Nota : semua permohonan bantuan mestilah diisi atas nama ketua keluarga. Namun, pelajar dibenarkan untuk mengisi borang bagi pihak ketua keluarga.

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai Bantuan Permulaan IPT Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang , sila hubungi Bahagian Institusi dan Pendidikan Zakat Pulau Pinang di talian berikut :

04 – 549 8165

04 – 549 8168

04 – 5498178  

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!